Jumaat, 4 Oktober 2013

@tengkuadnanreal AHLI UMNO JANGAN LANGAR PERKARA 5 TATAETIKA AHLI

Sangkakala nampak macam perkara 5 tataetika ahli iaitu salah laku macam dilanggar sekarang ni.

Jadi disini biarlah Sangkakala maklumkan bahawa Perkara 5 tatetika ahli UMNO dalam perlembagaan ada menyebut dalam perkara 5.1 iaitu Rasuah/Sokongan Politik.

Dalam perenggan 5.1.1 berbunyi : Menyalahgunakan apa jua kuasa secara langsung dengan sendiri atau melalui mana mana orang lain bagi pihaknya dengan tujuan mendorong atau memaksa orang itu mengundi atau tidak mengundi mana mana orang dalam mana mana pemilihan parti bagi pihaknya sendiri atau bagi pihak lain.

Contoh : (a) Menggunakan kedudukan atau kuasanya secara salah dengan membuat janji janji memberi pangkat, anugerah/ gelaran, peluang perniagaan, bagi mendapat undi.

Jadi nampak gayanya sudah ada tanda tanda perkara tersebut berlaku dan bagi Sangkakala selama tempoh sebelum pemilihan ini, segala bagai jawatan atau apa juga tidak boleh diberikan kepada mana mana individu apatah lagi jika orang tersebut mempunyai kepentingan di bahagian.

Dan Sangkakala lihat ada satu lagi iaitu ahli UMNO boleh membuat aduan kepada UMNO Malaysia tetapi jika ianya tidak diambil tindakan atau tidak disiasat atau tidak diambil kira, bolehkah seseorang ahli itu membuat laporan kepada pihak yang sepatutnya berpandukan daripada apa yang termaktub dalam perlembagaan tersebut? Mungkin juga boleh tapi sipengadu akan dikenakan tindakan termasuk dibuang keahlian dan Sangkakala rasa jika untuk memperbetulkan parti dan bagi ahli yang sayangkan parti itu semua tidak menggentarkan mereka untuk menegakkan kebenaran.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: