Selasa, 8 Oktober 2013

MUKHRIZ FUAD PERLU DILETAKKAN DALAM BARISAN PEMUDA


Sebelum Sangkakala mengenali beliau, Sangkakala juga merasakan mungkin Dato' Ahmad Mukhriz bin Ahmad Fuad ni sombong dengan segala yang ada pada dirinya.

Maklumlah dengan pangkat dan segala kemampuan, mana mungkin anak lelaki muda yang sudah mendapat gelaran Dato ' atas segala sumbangan yang beliau berikan mahu bergaul dan berceloteh bersama sama dengan pemuda pemuda marhain macam Sangkakala.

Namun apa yang Sangkakala sangkakan itu jauh meleset sebenarnya, apabila memulakan bicara dengan pemuda dari Pekan Pahang ini ternyata beliau tidak sombong dan mahu bergaul dengan rakan rakan tidak mengira pangkat dan darjat.

Perlakuan ini telah membuatkan Sangkakala tertarik untuk menyokong beliau sebagai EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia pada pemilihan yang akan berlangsung pada 12 Oktober nanti dan bagi Sangkakala,  adalah satu kerugian jika Dato' Ahmad Mukhriz tidak diberi mandat untuk berada dalam barisan pergerakan pemuda UMNO Malaysia. 

Dengan sikap ramah tamah dan tidak meninggi diri, beliau amat sesuai untuk berada di saf kepimpinan sayap UMNO tersebut. 

Mungkin ada yang pernah merasakan sepertimana yang Sangkakala rasa tetapi percayalah, anggapan tersebut tidak benar sama sekali dan jika mahukan buktinya cibalah rapat dengan calon no 11 pergerakan pemuda UMNO Malaysia ini dan anda semua akan merasai kemesraan yang beliau tunjukkan terhadap rakan rakan walaupun baru sahaja mengenali beliau.

Sangkakala harap agar beliau diberi peliang untuk bersama sama membantu pergerakan pemuda UMNO Malaysia demi kebaikan seluruh ahli pemuda dan demi untuk kesinambungan survival pemuda itu sendiri.