Sangkakala dengar ada sorang calon EXCO Pemuda bahagian Cheras yang mendapat nombor pencalonan nombor 5 ni mengatakan dia rapat dan mendapat sokongan daripada calon peringkat pemuda UMNO Malaysia termasuk calon Naib Presiden UMNO.
Dan apa yang menggelikan hati ialah calon nombor 5 ni mengatakan bahawa beliau akan dilantik oleh pemuda UMNO Malaysia sebagai EXCO lantikan sekiranya beliau kalah.
Tapi bila Sangkakala bertanya pada calon yang dia maksudkan, memang calon ni mengakui bahawa beliau mengenali calon nombor 5 ni tapi tidaklah sampai menawarkan apa apa jawatan sekiranya dia kalah bertanding nanti.
Jangan le nak bertanding sampai nak membohong orang bro, yang nak ditipu tu pulak bukan orang sebarangan, Presiden sebuah persatuan besar tu.
Apa yang Sangkakala tau ialah, beliau cuba untuk membohongi seorang rakan kongsi dalam perniagaan dan turut melibatkan anak seorang calon pergerakan wanita.
Nampaknya semua yang nak bertanding ni ada track record yang tak berapa baik kali ni, yang sorang anak calon pergerakan wanita, yang sorang lagi ni pulak, calon pergerakan pemuda.
Apa yang Sangkakala tau, calon nombor 5 ni selalu sangat menggunakan nama pemimpin peringkat tertinggi untuk mengaburi mata orang yang nak menjadi partner dia berniaga.
Jangan la buat macam tu, tak baik bro, kalau nak berniaga biar jujur dan apabila nak jadi pemimpin, kenalah amanah, bukan dengan cara jual nama orang tambahan lagi pemimpin.
Bertandinglah mengikut kemampuan sendiri, bukan kemampuan orang lain.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone