Rabu, 2 Oktober 2013

JALAN BERMASALAH !!! KERAJAAN JANGAN BERDIAM DIRI !!!

Seorang rakan facebook telah memuat naik gambar gambar dibawah dan menurut beliau jalan yang dimuat naik adalah laluan pintas ke hospital Sultan Abdul Halim Sg Petani Kedah.


Dalam gambar diatas jelas beliau ada membuat kenyataan bahawa jalan tersebut baru sebulan disiapkan dan jalan tersebut telah mengalami kerosakan seperti gambar dibawah.






Kalau dilihat daripada keadaan jalan, ianya memang kelihatan masih baru jika hendak dibandingkan dengan kerosakan yang dialami.

Bagi Sangkakala, keadaan ini amat membahayakan pengguna jalan raya terutama di waktu malam.

Seperti gambar yang terdapat diatas, sebuah ambulan yang melalui jalan tersebut juga terpaksa mengambil laluan bertentangan untuk mengelak daripada terlanggar lubang yang terdapat di laluan tersebut.

Perkara sebegini sepatutnya disiasat sepenuhnya kerana ianya melibatkan duit kerajaan dan kontraktor yang menjalankan kerja kerja tersebut perlu dipanggil untuk disiasat mengapa perkara ini berlaku.