Rabu, 2 Oktober 2013

MAMPUKAH PAS MENCARI PANGGANTI AZIZAN ???

Sangkakala baca dalam Sinar Harian yang mana presiden PAS berkehendakkan seorang calon pilihanraya yang setanding dengab Arwah Tan Sri Azizan untuk bertanding di dalam pilihanraya kecil Sungai Limau.


Persoalannya mampukah PAS mencari pengganti sepertimana Arwah Tan Sri Azizan atau ianya hanya untuk memberikan semangat kepada jentera parti?

Yang sebenarnya PAS sememangnya ketandusan pemimpin yang betul betul berkaliber dan mempunyai daya juang seperti Arwah.

Sangkakala nak tanya, berapa ramai dalam PAS yang betul betul berjuang kerana Islam dan adakah mereka ini berjuang benar benar ikhlas?

Sangkakala tak nampak lagi mereka berjuang secara jujur dan ikhlas dan perjuangan mereka sebenarnya hanyalah untuk mendapatkan kuasa semata mata.

Ramai dikalangan pemimpin PAS yang membawa kepada penyatuan agama dan bangsa di cantas oleh kepimpinan PAS seperti contoh Datuk Hasan Ali dan Ustaz Nasha.

Mereka berjuang untuk menegakkan islam tetapi mereka dicantas hingga di ambil tindakan dengan cara memecat mereka dari parti.

Tambahan pula apabila ada campurtangan daripada DAP dan PKR yang sudah terang terangan menolak kepimpinan Islam dan jika tidak begitu, masakan Karpal pernay mengeluarkan kenyataan supaya melangkah mayat beliau terlebih dahulu jika PAS mahu mewujudkan negara Islam.

Ini pun kita dah nampak sama ada parti yang mengatakan mereka bersama sama PAS selama ini menolak apa yang PAS perjuangkan.

Ianya akan terus berlaku sekiranya pakatan pembangkang memenangi pilihanraya dan di pilihanraya kecil ini pula, Sangkakala lihat jika DUN Sungai Limau dimenangi oleh Barisan Nasional maka lebih banyak kemudahan akan diperolehi oleh pengundi serta rakyat Sungai Limau memandangkan kerajaan negeri kini dibawah Barisan Nasional.