Rabu, 2 Oktober 2013

SINDIKET PENIPUAN GUNAKAN NAMA BANK NEGARA DAN UNIFI

Sangkakala baru sahaja menerima kenyataan ini dari seorang rakan dan diharap tidak ada lagi mangsa yang terpedaya.

Hati hati...

Hanya copy n post. ...

2 akaun bank terpaksa dibekukan,hampir terpedaya semalam dengan "Hutang Unifi" rm3800 dan kes dibawak ke "Bank Negara" untuk tindakan undang-undang.

Semalam dapat panggilan telefon "+1300881222" kata ada tertunggak unifi selama 3bulan,uitttss!!bila masa register unifi..call balik no tadi dan "pegawai" tu bacakan maklumat detail Nama Penuh,Nombor IC dan No.tel Telekom yang register untuk unifi,dia dengan niat nak "membantu" sarankan aku telefon "Bank Negara" untuk siasatan lanjut.

03-27885046/03-27885038 - Nombor bank negara dia bagi,sebijik sama sistem layan diri Bank Negara sediakan,aku pun pilih nak cakap dengan pegawai..pegawai tu pun mulakan siasatan minta detail aku,cuma kad bank yang 3 digit tu memang tak akan bagi,belajar dari pengalaman..maybank dah pesan jangan bagi sape2.

Pegawai tu siap tanya ada berapa akaun bank? ada berapa kat dalam tu? pelik jer soalan ni!tak pe la mungkin dia nak bantu..so bagitahu jelah,dia cakap akan telefon lagi sejam,kes akan dihantar ke mahkamah,dalam masa 3 hari tak dibenarkan buat transaksi dan jangan bagitahu sape2 dalam masa siasatan.

Sementara tunggu sejam tu,aku cuba call TM dan Bank Negara,tapi respon tak baik sebab hari minggu..Bank Negara tak operasi hari AHAD!mula ragu,biar betul diorang ni..pakej unifi paling mahal pun baru berapa?tak kan sampai rm3800 untuk 3 bulan?aku cuba call balik no. tadi dan menyamar seolah orang salah nombor..tiba2 dengar suara gaya indon,dan kurang sopan cara cakap!!SAH!PENIPU!JAHANAM!~

Aku pun cuba google no telepon tadi HASILNYA:
1- http://www.nst.com.my/mobile/nation/...ifles-1.349625

2- http://vsdaily.com/beware-macau-scam/

3- http://diabuatdah.blogspot.com/2013/...acau-scam.html

4- http://www.kosmo.com.my/kosmo/conten...i&pg=bt_23.htm

5- http://amkns.blogspot.com/2010/01/na...a-kad-atm.html

6- http://whocallsme.com/Phone-Number.aspx/0326988044

7- http://www.ohtidak.com/oh-hati-hati-...ari-nombor-tm/

8- http://azwandengkil.com/sindiket-penipuan-masih-aktif

Ya Allah rupanya sudah ramai yang tertipu dengan sindiket haram ni,terus call maybank dan cimb untuk bekukan akaun.Syukur,diberi petunjuk sebelum terkena.

Pesan saya untuk semua,hati-hati dengan nombor ni - +1300881222 ( hampir sama dengan nombor unifi,cuma ada tanda "+",nombor sebenar unifi tak ada simbol "+")
03-27885046/03-27885038 - Bank Negara PENIPU!!

p/s: harap tak ada yang jadi mangsa lagi.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: