Khamis, 3 Oktober 2013

MAMPUKAH BARISAN NASIONAL RAMPAS DUN SUNGAI LIMAU ???

Suruhanjaya Pilihanraya telah menetapkan bahawa tarikh untu penamaan calon bagi pilihanraya kecil Sungai Limau akan diadakan pada 23 oktober dan hari pembuangan undi pula akan jatuh pada 4 November.

Nampaknya UMNO perlu menumpukan sepenuh tenaga dan jentera untuk merampas kawasan DUN yang di punya oleh PAS tersebut.


DUN Sungai Limau dikosongkan apabila penyandang yang juga bekas Menteri Besar Kedah meninggal dunia baru baru ini, dan ini sebenarnya adalah satu kehilangan besar buat parti tersebut.

Barisan Nasional Sangkakala lihat mempunyai kelebihan disini apabila PAS sudah tidak mempunyai wakil yang boleh menandingi arwah Ustaz Azizan dan dari apa yang Sangkakala dengar, Arwah ustltaz Azizan tidak perlu berkempen kerana orang sudah mengenali beliau.

Tapi kali ini,  presiden PAS sendiri iaitu Tuan Guru Haji Hadi Awang mengeluarkan kenyataan seolah olah amat risau sekiranya pengganti ustaz Azizan tidak dapat dicari.

Ini akan membuatkan PAS kemungkinan besar akan menerima kekalahan kerana rakyatdi kawasan DUN tersebut memerlukan seorang pemimpin seperti Arwah.

Sangkakala yakin, PAS akan menukar calon yang mempunyai kriteria yang berlainan kerana kita semua sedia maklum bahawa semasa ustaz Azizan menjadi Menteri Besar,  pelbagai cemuhan diberikan oleh pemimpin pakatan pembangkang kerana ustaz Azizan lebih kepada perpaduan tanpa mengira parti.

PAS sudah pasti akan meminta pendapat daripada rakan sekutunya iaitu PKR serta DAP dan sudah pastilah calon tersebut mampu untuk mengikut perintah mereka dan jika tidak mampu, sudah pasti tidak akan menjadi calon.

Zaman ustaz Azizan sudah tamat, yang ada hanyalah pengganti pengganti yang hanya akan mencari pangkat dan nama sedangkan perjuangan akan diletakkan ke tepi. 

Para pengundi di Sungai Limau sudah pasti tahu apa yang berlaku semasa zaman Azizan, dan Sangkakala yakin bahawa yang akan bertanding nanti hanyalah membawa suara PKR dan DAP sedangkan suara rakyat setempat akan dipinggirkan.