Selasa, 8 Oktober 2013

NORA DANISH PERTAHAN KEKASIH !!! NAZRI TERSILAP PERTAHAN ANAK !!!


Wahhh..nampaknya Nora Danish beriya iya mempertahankan Nedim Nazri dalam isu pembelian banglo mewah berharga RM 7.2 juta yang didedahkan oleh SAMM baru baru ini dengan mendakwa mereka mempunyai dokumen pembelian tersebut.


Nora Danish pertahankan bahawa banglo itu bukanlah dibeli untuk dirinya tetapi ianya adalah untuk ibu Nedim dan ianya bukanlah dibeli oleh Nedim seorang.

Kenyataan ini nampaknya bercanggah sedikit dengan kenyataan Datuk Seri Nazri Aziz selepas ditanya oleh pemberita berkenaan dengan pembelian banglo tersebut oleh anaknya dengan mengatakan jika Nedim membeli istana sekalipun itu bukan masalah beliau.

Jawapan yang Sangkakala rasa tak patut keluar darimulut seorang menteri sebab tuduhan yang dilakukan oleh SAMM adalah berkenaan kekayaan yang dimiliki oleh Nedim dan pembelian banglo tersebut adalah meragukan.

Jika jawapan tersebut diberikan oleh Menteri Pelancongan itu kepada pemberita Sangkakala dapat melihat bahawa Nazri tiada kuasa untuk menahan nafsu anakanya sendiri dan jika semua bukan masalah kepada diri beliau Sangkakala berqni mengatakan bahawa ianya adalah masalah dalam UMNO dan tolinglah jangan bawa isu liabiliti seperti Nedim dalam kancah politik.

Mungkin Nazri akan mengulangi kata kata beliau dulu bahawa masalah anak beliau tidak ada kena mengena dengan UMNO,  Sangkakala tak nafikan perkara tersebut tetapi jika Nazri sendiri bukan berada dalam persada politik tanah air atau beliau tidak memegang apa apa jawatan dalam UMNO. 


Jika Nazri merasakan bahawa anak beliau bukan permasaalahan, Sangkakala berani mengatakan rata rata orang UMNO dah mula jelak dengan sikap angguh dan ego  Menteri Pelancongan ni.

Berbalik kepada cerita Nora Danish tadi, Sangkakala agak keliru tentang 0emb3lian banglo yang didakwa oleh artis tersebut untuk ibu Nedim sebab kalau anaknya sebegitu kaya, mustahil bapanya seorang Menteri sebegitu miskin, mestlah bapanya lebih kaya lagi dan mampu untuk membeli bukan dengan nilai 7.2 juta malah ada kemungkinan 72 juta pun beliau mampu.

Jadi untuk apa pulak Nedim belikan banglo untuk ibunya ataupun itu hanyalah alasan semata mata untuk mengaburi mata orang ramai.


Satu lagi Nora Danish kata dia tidak memandang harta dan dia sebenarnya selesa berpacaran dengan Nedim.

Dulu pun anak menteri, lepas tu dengan artis, agaknya maintenence tinggi jadi tak boleh support jadi kenalah cari anak menteri sekali lagi dan seperti biasa adat manusia siapa yang berani mengaku kata dia bercinta kerana duit atau harta, semuanya akan kata ikhlas dari hati tetapi E-Class perlu depan mata.