Selasa, 29 Oktober 2013

#BeraniHijrah AMIRUDDIN SALAHKAN SYARIKAT SENDIRI UNTUK LEPASKAN DIRI @NajibRazak @MukhtizMahathir @tunfaisal


Pengarah operasi pilihanraya PAS bagi prk Sungai limau nampaknya menyalahkan syarikat beliau sendiri dalam kes edit gambar yang menunjukkan calon berjumpa dengan arwah ustaz Azizan.

Syarikat yang mencetak risalah tersebut sebenarnya adalah milik beliau sebelum beliau menjadi ADUN kawasan Anak Bukit.

Syarikat yang mencetak risalah tersebut menjadi syarikat beliau dan apabila beliau menjadi calon syarikat tersebut telah diserahkan kepada seorang proksi bagi menjalankan operasi syarikat tersebut.

Kalau dah syarikat tersebut menjadi milik beliau sebelim ini, mana mungkin beliau tidak mengetahui tentang cetakan risalah yang dibuat hingga beliau menyalahkan grafik designer yang telah meng-edit gambar perjumpaan tersebut.

Agak mustahil juga kalau macam tu sebab selaku pengarah operasi pilihanraya,  adalah tidak munasabah jika beliau langsung tidak mengetahui perkara itu. 

Apa yang Sangkakala lihat, apabila tembelang mereka telah pecah, maka Amiruddin cuba untuk menyalahkan orag lain dalam usaha beliau untuk menyelamatkan diri.

Ini memang sudah biasa di lakukan oleh pemimpin PAS, apabila sudah terdesak makan mereka akan menyalahkan orang lain, tapi selagi ianya belum bocor maka perkara tersebut akan didiamkan sehingga ke sudah.

Pembohongan ini sudah menjadi lumrah dalam PAS dan mereka akan terus melakukan penbohongan demi untuk mencapai kemenangan.