Rabu, 14 Mac 2012

PAS AMPANG TENGGELAM PUNCA

Kejadian banjir yang melibatkan penduduk Kg Lembah Jaya Utara pada 7 Mac lepas menyaksikan lebih dari 300 buah keluarga menerima bantuan tidak henti-henti dari kerajaan Pusat serta Badan Perhubungan UMNO negeri.

Bermula dari malam kejadian UMNO bahagian Ampang telah menggerakkan jentera bagi membantu mangsa yang terlibat di kawasan tersebut.

Sangkakala pula melihat PAS kawasan Ampang telah kehilangan punca apabila bantuan demi bantuan dihulurkan kepada mangsa yang terlibat di kawasan terbabit. Begitu juga dengan kerajaan negeri yang kini telah menampakkan kegagalan dalam usaha membantu mangsa terbabit.

BANTUAN DAPUR DAN GAS
Walaupun kawasan ini dikatakan adalah kubu kuat PAS sebelum ini, bantuan yang dihulurkan oleh Badan Perhubungan UMNO Negeri tidak memilih siapa sahaja untuk menerima bantuan yang dihulurkan tidak kira sama ada mereka itu orang PAS atau tidak.

Ketua UMNO Bahagian Ampang, Datuk Ismail Kijo semasa ditemui oleh Sangkakala berkata UMNO tidak memilih sesiapa, bagi UMNO semua mangsa perlu dibantu serta mendapat pembelaan.

Sangkakala juga menemui mangsa yang terlibat dalam kejadian ini pula berkata, PAS hanya memberi bantuan membersihkan rumah kepada orang-orang PAS dikawasan ini dan mereka tidak akan memasuki rumah yang dimaklumkan sebagai rumah orang-orang UMNO. "tapi saya tengok orang UMNO bantu semua rumah yang didapati bermasalah" kata mangsa tersebut yang tidak mahu namanya disiarkan oleh Sangkakala.

Hari ini sebagai contoh, Kelab Putra UMNO Malaysia mengagihkan tilam serta selimut yang dihantar dari rumah ke rumah. Bantuan ini dihantar oleh sukarelawan-sukarelawan seperti Gerakan Belia 4B, Kelab Putra UMNO dan sukarelawan dari UMNO Bahagian Ampang sendiri.

BANTUAN SELIMUT DITURUNKAN DI PUSAT
GERAKAN BANTUAN BANJIR
PENGHANTARAN TILAM DARI TUMAH KE RUMAH

Selain dari itu, Bank Rakyat semalam telah mengeluarkan zakat kepada mangsa dan disampaikan oleh Datuk Seri Ismail Sabri selaku Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) kepada mangsa.

SUMBANGAN ZAKAT OLEH BANK RAKYAT

KENYATAAN TERAS TIDAK BERASAS

Pertubuhan Teras Pengupayaan Melayu (TERAS) hari ini berkata bahawa Perdana Menteri tidak sepatutnya berbelanja besar untuk majlis pertunangan anak beliau di Shangrila hotel Kuala Lumpur baru-baru ini. Presiden TERAS, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata perkara itu di itu dilihat sebagai satu pembaziran sedangkan rakyat 'KAIS PAGI MAKAN PAGI"

Perkataan "KAIS PAGI MAKAN PAGI" itu bagi Sangkakala adalah sesuatu yang amat tidak sesuai digunakan memandangkan rakyat di negara ini hidup mewah berbanding negara-negara yang lebih miskin.
Cuma mungkin ada segelintir sahaja masyarakat di Malaysia yang masih lagi miskin tetapi pihak kerajaan tidak henti-henti memberikan bantuan mahu pun mewujudkan program demi program dalam usaha membantu rakyat untuk menaikkan taraf hidup mereka.

Berkenaan dengan majlis pertunangan anak Perdana Menteri, itu tidak menjadi persoalan dan ianya adalah dari sumber duit peribadi, dan mengapa ianya perlu di politikkan oleh sesetengah pihak hanya semata-mata untuk menjatuhkan kewibawaan Perdana Menteri.

Bagi Sangkakala, sesiapa juga layak untuk berbelanja sesuka hati asalkan ianya tidak melibatkan duit orang lain atau lebih tepat ianya menggunakan duit poket sendiri.

AHLI PARLIMEN PERSENDA KEMATIAN DIRANG

Al-fatihah untuk arwah adik Dirang yang dijumpai mati dibunuh kemudian dibakar kelmarin.

Seluruh rakyat Malaysia mengecam tindakan kejam pembunuh tersebut yang tidak mengenal erti kemanusiaan.

Tetapi apa yang lebih mengecewakan apabila Ahli Parlimen Kota Raja Klang seolah-olah mempolitikkan kematian arwah dengan mengatakan negara ini tidak selamat.

Pembunuhan boleh terjadi dimana-mana dan bila-bila apabila manusia itu hilang sifat kemanusiaan. Ini tidak ada kena mengena sepertimana yang di dakwa oleh Ahli Parlimen tersebut dengan mengatakan dimanakah tempat paling selamat.

Ahli Parlimen PAS itu semalam bercakap di luar Parlimen seolah-olah mengatakan Malaysia ini antara negara yang paling tinggi kadar jenayah, sedangkan banyak lagi negara-negara lain yang mempunyai kadar jenayah paling tinggi berbanding Malaysia.

Apa maksud beliau berkata begitu? Adakah isu kematian seperti ini juga PAS ingin ambil kesempatan untuk menyalahkan kerajaan?

Negara ini masih lagi selamat jika dibandingkan dengan negara lain kerana negara ini tidak mengalami letupan bom dan sebagainya, kita patut bersyukur kerana itu.

Sangkakala juga melihat seperti ahli parlimen tersebut seperti tidak dapat menerima qada dan qadar serta ketentuan Allah SWT. Beliau sepatutnya tahu bahawa jika duduk dirumah sekali pun sekiranya Allah sudah menentukan bahawa suatu kejadian akan berlaku maka ianya tetap akan berlaku.

Jadi Sangkakala harap sangat kematian arwah adik Dirang janganlah dipolitikkan, lebih afdhal rasanya jika kita semua membacakan al-fatihah untuk arwah dan berdoa agar ibu bapa serta keluarga dapat menerima kematian arwah dengan redha.

Selasa, 13 Mac 2012

AKTIVIS WANITA OTAK KUNING

Sangkakala nak tergelak pun ada dengan kenyataan Aktivis Wanita yang hadir ke Parlimen untuk memberikan sarung tangan di Parlimen siang tadi mengatakan bahawa Datuk Seri Zahid bercakap berbaur seks.

Bagi Sangkakala Datuk Seri Zahid tidak mengeluarkan kenyataan seperti yang dimaksudkan. Beliau (Zahid) hanya berkata bahawa memegang isteri dengan memakai sarung tangan nanti isteri tak terasa, dimana unsur seks yang di maksudkan oleh aktivis wanita tersebut?

Bagi Sangkakala memang benar apa yang dikatakan oleh Datuk Seri Zahid tersebut, jika memakai sarung tangan adakah seorang isteri mahupun sesiapa sahaja merasa tapak tangan kita menyentuh mereka? itu adalah maksud yang di sampaikan oleh Datuk Seri Zahid.

Aktivis tersebut datang ke Parlimen hari ini untuk memberi sarung tangan kepada ahli parlimen, dan kenyataan tersebut diberikan oleh Zahid sebaik sahaja diberi sarung tangan tersebut.

Sah aktivis wanita tersebut memang mempunyai otak uning, lain yang dimaksudkan lain pula yang ditafsirkan. Sangkakala rasa aktivis sebegini tidak layak untuk menjadi aktivis apabila perkataan yang keluar dari mulut seseorang disalah erti.


psssttt..suruh suami dia pegang dia dengan sarung tangan hari-hari..mesti dia pun boring gak..







LEPAS NI APA LAGI FITNAH RAFIZI TERHADAP PM

PEMFITNAH BESAR


Rafizi Ramli sekali lagi terkedu apa bila Shangrila Hotel Kuala Lumpur mengeluarkan kenyataan bahawa tempahan untuk majlis pertunangan anak Perdana Menteri Malaysia di bayar sendiri oleh Perdana Menteri.

Rafizi selama ini mendesak dan mengeluarkan kenyataan bahawa tempahan Banquet Event Order telah dibayar oleh Pejabat Perdana Menteri ternyata adalah palsu dan fitnah semata-mata demi untuk menutup kisah sokongan Anwar Ibrahim keatas Israel.

Shangrila Hotel hari ini mengeluarkan kenyataan tersebut dan sekaligus membuatkan Rafizi terkedu dan malu setelah desakan demi desakan di keluarkan.

Apa kata selepas ini Sangkakala cadangkan kepada Rafizi untuk mengemukakan bukti bahawa pernikahan anak Nik Aziz tidak di biayai oleh kerajaan negeri mahu pun dalam bentuk sumbangan orang ramai.

lagi satu Sangkakala ingin maklumkan disini bahawa Perdana Menteri bukanlah sengkek sangat hingga perlu menggunakan duit rakyat untuk majlis pertunangan tersebut.

Sangkakala seperti merasakan bahawa kepimpinan Pakatan Rakyat memang berbuat begitu agaknya, jika tidak bagaimana rafizi boleh terfikir dengan sebegitu bodoh.

Sangkakala nasihatkan Rafizi supaya lebih mencari atau menyiasat sumber kewangan PKR, PAS serta DAP agar ianya tidak menggunakan wang ahli yang juga merupakan rakyat Malaysia.

BANTUAN BERTERUSAN BUKTI BN TERBAIK

Setelah hampir seminggu kejadian banjir melanda kawasan Ampang dan hulu Langat keadaan kini bertambah pulih, namun begitu pihak kerajaan pusat tidak henti-henti menghantar bantuan bagi membantu mangsa yang terlibat.

Semalam sahaja bantuan berupa tong berisi gas serta dapur disumbangkan oleh Kementerian Pertanian yang disampaikan oleh Datu Seri Noh Omar selaku Menteri Pertanian dan juga Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Selangor.

ANTARA TONG GAS YANG DISUMBANGKAN
Hari ini pula bantuan masih lagi diteruskan dengan kehadiran sukarelawan dari FAMA yang menghantar sukarelawan seramai 105 orang, Angkatan Tentera Malaysia seramai 250 orang, Briged Putra UMNO 100 orang dan Gerakan Belia 4B seramai 80 orang turun bersama-sama membantu mangsa membersihkan rumah kediaman yang mengalami masalah.

SUKARELAWAN FAMA

BRIGED PTRA UMNO MALAYSIA

GERAKAN BELIA 4B MALAYSIA

ANGKATAN TENTERA DIRAJA MALAYSIA


Selain dari menghantar sukarelawan pelbagai barangan makanan dan peralatan rumah turut disumbangkan antaranya, Briged Putra UMNO menyumbangkan tilam untuk diagih-agihkan kepada mangsa.

Menurut maklumat yang diberikan, Datuk Seri Noh Omar akan turun sekali lagi petang nanti bagi menyampaikan sumbangan kepada mangsa.

Sekretariat Hal Ehwal Bandar (SHEB) Pemuda UMNO Malaysia juga menghantar pasukan bantuan bagi membantu mangsa bencana, turut terlibat sama paukan perubatan dari Hospital Pakar Pantai yang menghantar pasukan perubatan bagi memeriksa serta merawat mangsa-mangsa yang mengalami masalah kesihatan dia kawasan terbabit.

PAS PUNCA ISLAM BERPECAH

Kehadiran PAS didalam arena politik tanah air hanya memecahbelahkan orang Islam di tanah air. Hakikat ini Sangkakala berani katakan apabila kita melihat kepada permulaan perpecahan apabila Haji Hadi mengeluarkan Amanat haji Hadi beberapa puluh tahun dahulu yang menyebabkan ramai orang telah menjadi mangsa akibat dari amanat tersebut.

Amanat itu juga telah menjadikan ramai wanita bergelar isteri menjadi janda setelah diceraikan oleh suami masing-masing akibat dari perbezaan politik dalam sesebuah rumah tangga, tidak kurang juga anak-anak yang tidak mengaku ibu dan ayah sebagai ibu ayah kandung dan begitu juga sebaliknya.

Kita juga dapat melihat dimana ustaz Ibrahim Libya, seorang guru agama yang di sanjungi di Kedah akhirnya gugur kebumi bersama pengikut arwah kerana termakan hasutan PAS yang kononnya memerangi kerajaan itu adalah jihad dan ganjarannya adalah Syurga. oleh kerana termakan hasutan ini Ibrahim Libya telah bertindak menyerang pihak berkuasa walau pun telah diarahkan supaya tidak berbuat demikian.

Ini adalah salah satu sebab kenapa Sangkakala mengatakan PAS hanya memecah belahkan orang Melayu dalam politik. PAS sepatutnya menjadi sebuah badan untuk memantau kegiatan agama Islam serta memberikan dakwah serta nasihat tentang agama Islam kepada rakyat serta kepimpinan kerajaan bukannya menjadi sebuah parti politik yang kemudiaannya memfitnah dan mengeluarkan fathwa yang lari dari akidah.

Jika PAS benar-benar memperjuangkan Islam, tidak akan timbul perkataan bahwa undi PAS masuk Syurga dan menyokong UMNO sudah boleh ditafsir sebagai orang kafir.

PAS juga telah mengajar anak-anak muda supaya membenci kepimpinan orang Islam itu sendiri sedangkan kepimpinan orang Islam itu menjadi kekuatan kepada agama, bangsa dan agama.

Jika dulu PAS berkata pengikut  atau penyokong UMNO itu kafir kerana bersekongkol dengan orang bukan Islam, kini kita lihat pula bagaimana PAS telah sanggup menjadi boneka kepada PKR dan DAP yang mana ianya terdiri daripada bukan Islam (DAP) serta kepimpinan campuran (PKR).

Kemana pergi menifesto serta slogan membangun bersama Islam yang di laung-laungkan oleh pemimpin PAS selama ini? Semuanya tinggal kenangan apabila DAP serta PKR menggula-gulakan PAS dengan kuasa menteri besar EXCO dan sebagainya.

GUAN ENG JANGAN CAMPUR URUSAN UMNO



Ketua Menteri Pulau Pinang hari ini mengatakan bahawa pengunduran Shahrizat Jalil sebagai Mneteri Pembangunan Wanita dan Masyarakat hanyalah sekadar drama. Setiausaha Agung DAP itu berkata didalam artikel yang dikeluarkan oleh MalaysiaKini semalam.

Apa yang Sangkakala ingin katakan disini, Shahrizat telah menunjukkan semangat beliau dan tanggungjawab sebagai seorang pemimpin walau pun beliau tidak bersalah dalam kes NFCorp dan beliau langsung tidak disentuh oleh mana-mana badan kerajaan yang menyiasat kes tersebut.

Bagi Sangkakala, yang lebih perlu meletakkan jawatan ialah Guan Eng sendiri apabila beliau serta bapa beliau Lim Kit Siang dikatakan pernah terlibat dalam penyelewengan wang derma bagi membebaskan Bukit   Cina Melaka pada satu ketika dulu hingga kedua-dua mereka tidak lagi berani bertanding di negeri Hang Tuah tersebut.

Ibarat kata pepatah Melayu, 'satu jari menunjuk orang< tiga jari menunjuk diri' itulah perumpamaan yang paling sesuai di letakkan kepada dua beranak ini yang telah menipu secara terang-terangan kaum cina di Melaka.

Jadi Sangkakala nasihatkan kepada Lim Guan Eng supaya tidak perlu sangat campur hal dalaman UMNO atau Barisan Nasional tetapi perlu membuat persediaan tentang kebangkitan rakyat Pulau Pinang.

ANAK MUDA SOKONG UMNO DAN BARISAN NASIONAL

Hari ini Sangkakala hendak menyangkal tuduhan yang kononnya anak muda Malaysia akan menghukum UMNO dan Barisan Nasional seperti yang telah dilaporkan oleh media pakatan rakyat keadilandaily semalam.

Apa yang Sangkakala lihat kini, sokongan anak muda lebih menjurus kepada UMNO serata Barisan Nasional berbanding dengan PAS, PKR mahupun DAP.

Sangkakala berani menyatakan begitu setelah Sangkakala melihat sendiri sokongan dan dorongan yang diberikan oleh anak-anak muda Malaysia terhadap program-program yang dijalankan oleh pihak kerajaan kini mendapat sambutan yang begitu memberangsangkan tambahan pula dengan pengiktirafan kerajaan bahawa golongan muda dan belia adalah benteng barisan hadapan kerajaan.

Ini juga telah menjadi ketakutan kepada Pakatan Rakyat hingga baru-baru ini mereka telah mengeluarkan kenyataan tetapi tidak mendapat perhatian apa bila Naib Presiden PAS- Datuk Mahfuz Omar menyelar Kementerian Belia dan Sukan dengan mengatakan bahawa Kementerian itu mengeluarkan dana untuk Datuk Dr Hasan Ali yang juga bekas ahli PAS memberi ceramah di seluruh tanah air.

Isu yang dikeluarkan oleh Naib Presiden PAS itu langsung tidak menerima respon dari belia kerana para belia berangapan bahawa isu itu adalah fitnah secara terang-terang oleh PAS.

Apa yang para belia nampak kini ialah kerajaan dengan ikhlas membantu para belia dari pelbagai sudut dan ianya adalah satu kebaikan yang perlu diterima oleh para belia.

Jadi Sangkakala berani katakan disini bahawa golongan muda hari ini tidak akan menghukum kerajaan sewenang-wenangnya bahkan pemuda seta para belia tanah air akan menghukum kerajaan di negeri-negeri yang diurus tadbir oleh kerajaan Pakatan Rakyat seperti Selangor, Pulau Pinang serta Kedah termasuklah juga Kelantan yang teh ditadbir oleh PAS tetapi tidak menampakkan kemajuan untuk belia.

Isnin, 12 Mac 2012

SYED ALI NI HEBAT SANGAT KE

Kelmarin Menteri Pembangunan Wanita mengumumkan bahawa beliau sedia menarik diri dari menjadi Senator akibat dari masalah NFCorp walaupun ternyata beliau tidak bersalah.

Yang peliknya pada Sangkakala sekarang ni, ada pulak diikalangan ketua bahagian UMNO yang menyerang beliau hingga mengatakan beliau adalah pelakon bollywood seperti artikel yang terdapat dalam blog PapaGomo.

Baca link
http://t.co/QRfkVWYD

Apabila terbaca petikan kata-kata seperti didalam artikel tersebut, Sangkakala berpendapat Syed Ali bukanlah pemimpin UMNO yang matang didalam politik, lebih kepada anak-anak bermain guli, orang lain semua tak betul, tapi dia sentiasa benar.

Kalau nak diikutkan, Sangkakal tak pernah dengar Syed Ali menghentam atau mengkritik pemimpin Pakatan Rakyat sehebat beliau mengkritik Datuk Seri Shahrizat.

Kenapa agaknya? Takut dihentam semula hingga telanjang tak tinggal bulu mungkin.

Apa yang menjadi pelik disini, beliau berkata bahawa Shahrizat berlakon, adakah Syed Ali tidak berlakon selama ni?

Pada Sangkakala lakonan Syed Ali lebih hebat lagi mungkin, siapa tahu. Ini kerana cara beliau bercakap seolah-olah Shahrizat mempunyai masalah yang besar denga beliau, mungkin juga benar kata Gomo, beliau mengidam jawatan menteri pembangunan wanita dan masyarakat agaknya.



Pssstttt..kenapa beriya-iya sangat Syed Ali ni? Dia pun bukan hebat mana.

SADIS DAN KEJAM

Rangka mayat yang ditemui disahkan mayat Nurul Nadirah (Dirang) yang dilaporkan hilang baru-baru ini.

Pihak polis turut mengesahkan perkara tersebut selepas ujian DNA dijalankan.

Sangkakala mengecam perlakuan orang yang tidak bertanggung jawab berkenaan.

Sangkakala juga berharap agar pihak polis dapat menyiasat kes ini dengan teliti dan seterusnya mengheret si pelaku ke muka pengadilan dan menerima hukuman setimpal dengan apa yang telah di lakukan kepada arwah.

Al-fatihah keatas roh adik Dirang semoga rohnya dicucuri rahmat dan Sangkakala berharap agar keluarga arwah dapat menerima qada' dan qadar.

SITANGGANG ALAF BARU

Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali boleh dianggap sebagai si Tanggang Alaf baru apabila langsung tidak menjengah ibu beliau yang dikatakan sedang sakit tenat sekarang.

Sangkakala di fahamkan bahawa beliau telah dihubungi beberapa kali dan diminta untuk datang menjenguk ibu beliau namun beliau enggan untuk berbuat demikian.

Bagi Sangkakala, musibah akan melanda PKR kerana mengikut kisah si Tanggang pun bencana menimpa seterusnya si Tanggang menjadi batu akibat derhaka kepada ibunya.

PKR mengagung-agungkan Azmin walaupun ternyata Azmin bersikap begitu. Tapi Sangkakala tidak merasa hairan jika Azmin berkelakuan begitu kerana beliau mengikuti jejak langkah ketua umum PKR Anwar Ibrahim.

Kenapa Sangkakala berkata begitu? Cuba para pembaca ingat sejenak, Anwar Ibrahim semasa dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri tidak pernah menjengah ibu beliau memohon restu. Sedangkan semua pemimpin dalam kerajaan bertemu dengan ibu dan bapa masing-masing bagi memohon restu.

Jadi tidak hairanlah Azmin kini mengikut jejak langkah Anwar dan insyaallah AZmin juga akan menjadi seperti mentor beliau itu.

TERNYATA PAS BERTINDAK KEJAM

PAS hari ini memperlihatkan betapa kejamnya mereka keatas mangsa-mangsa banjir di kampung Lembah Jaya Utara Ampang apabila sebahagian dari mangsa yang masih lagi ditempatkan di Surau Al-Insaniah Lembah Jaya Utara di minta untuk mengosongkan premis ibadat berkenaan pada hari esok.

Mengikut kata penyelaras PAS DUN Lembah Jaya hari ini, kesemua mangsa diminta untuk mengosongkan surau berkenaan meskipun kesemua yang masih tinggal disitu mengalami masalah apabila kediaman mereka rosak teruk dan masih menunggu bantuan dari kerajaan negeri yang berjanji untuk memberi bantuan tersebut.

Menurut mangsa yang di Sangkakala temui tadi, kerajaan Pakatan Rakyat Selangor berjanji untuk memberi bantuan tetapi hingga kini tiada sebarang bentuk bantuan yang tiba, "kami disini hanya menerima bantuan dari UMNO bahagian Ampang dan janji yang ditabur oleh kerajaan negeri tidak sampai, malah kami dihalau dari surau tempat kami menumpang teduh untuk sementara, ini agaknya kerajaan kebajikan yang di canang oleh PAS Ampang agaknya" kata beliau.

Dalam pada itu seorang penduduk pula berkata "sekiranya kerajaan Selangor sudah tidak mampu untuk meneruskan bantuan lebih baik serahkan surau tersebut kepada UMNO dan jangan hanya pandai untuk mengatur tentang islam sedangkan mereka tidak tahu apa itu islam yang sebenarnya.

Dalam pada itu, hari ini Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO/BN negeri Selangor Datuk Seri Noh Omar hari ini menghantar bantuan berupa gas memasak serta dapur untuk diagih-agihkan kepada mangsa yang terlibat. selain dari itu juga beliau (Noh Omar) turut menghantar makanan dan telah di hantar rumah ke rumah oleh sukarelawan belia serta BN.

Apa nak jadi dengan PAS, sampai sanggup untuk menghalau mangsa-mangsa yang didalam musibah serta masalah. Inikah kepimpinan yang di agung-agungkan oleh pengikut-pengikut PAS selama ini.

SOKONGAN KAUM INDIA MENINGKAT

Walaupun pengundi India hanya mewakili 1.9 juta atau 7.3 peratus daripada 28 juta penduduk Malaysia, tetapi kehadiran mereka begitu bermakna bagi 63 daripada 67 kerusi parlimen di semenanjung Malaysia.

Pada tahun 2008 keprcayaan pengundi india terhadap Barisan Nasional jatuh akibat dari fitnah yang dilemparkan oleh pembangkang.

Dan kini, pengundi kaum itu dilihat sudah mulai sedar bahawa kerajaan Barisan Nasional mampu untuk membela nasib kaum itu dengan jayanya.

Melihat pula kepada negeri-negeri yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat, kaum india dilihat lebih tertekan seperti kes kampung buah pala di Pulau Pinang contohnya.

PRU 12 kaum india dilihat terpedaya dengan hasutan Pembangkang hingga membuatkan kaum itu merasa tersisih dan kecil hati walaupun pada hakikatnya ia tidak seperti itu.

Kerajaan Barisan Nasional selama ini tidak pernah menyisih atau menyingkirkan mana-mana kaum di Malaysia kerana adalah sudah menjadi polisi Kerajaan untuk menjaga kebajikan semua rakyat tidak mengira kaum.

Hasutan ini yang sebenarnya sengaja di buat oleh parti pembangkang semata-mata untuk mendapat kuasa memerintah.





Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

PENDUDUDK SABAH HALAU MAZLAN ALIMAN

Pengerusi ANAK yang juga Pengerusi Lajnah Tanah Dan Wilayah PAS Pusat ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu malam semalam. Beliau yang dikatakan dalam rangka lawatan kerja selama tiga hari dinegeri itu ditahan oleh pegawai emigresen dan di bawa ke pejabat jabatan itu di lapangan terbang.

Menurut rakan Sangkakala yang berada di Sabah, penahanan Mazlan Aliman bukan disebabkan kes jenayah atau sebagainya, cuma rakyat Sabah tidak senang dengan kehadiran beliau ke negeri itu disebebkan rakyat Sabah merasakan pengerusi ANAK itu seorang yang tidak mengenang budi serta tidak bertanggung jawab.

Menurut kata beliau, Mazlan Aliman dilihat seperti tidak mengenang budi apabila beliau selaku anak Felda mengkritik kerajaan dengan penuh rasa benci. "kami tak suka dengan orang yang tidak mengenang budi" itu kata-kata rakan Sangkakala disana.

Menurut beliau juga Mazlan Aliman di lihat cuba menghasut penduduk serta rakyat Sabah supaya membenci kerajaan dengan mengatakan bahawa rakyat sabah tertindas sedangkan kini rakyat Sabah hidup mewah serta aman damai di bawah kerajaan Barisan Nasional.

"Rakyat Sabah juga tak suka kepada penghasut dan kami tak mahu lagi dia datang ke Sabah" itu kata-kata dari seorang lagi rakan Sangkakala disana.

Menurut rakan Sangkakala itu, Mazlan Aliman cuba mencari pengaruh PAS di Sabah dan bukannya untuk membantu rakyat seperti yang digembar-gemburkan. Menurut beliau lagi dengan kehadiran Mazlan Aliman sudah pastinya hidup kami yang selama ini harmoni dengan pelbagai kaum akan menjadi kucar-kacir dan kami tidak suka dengan keadaan itu. Jika beliau (mazlan aliman)tidak suka pada kerajaan yang telah banyak membantu peneroka Felda itu urusan dia dan jangan babitkan kami. kata beliau lagi

Beliau juga memberi amaran supaya Mazlan Aliman jangan tunjuk pandai di negeri Sabah.

Sangkakala nampak penduduk Sabah lebih cerdik dari pengikut-pengikut PAS di Semenanjung, mana tidaknya, mereka yang dikatakan tidak begitu cemerlang dalam pelajaran lebih berfikiran dari pengikut PAS yang berpendidikan, mereka lebih menghargai apa yang telah diberikan oleh kerajaan berbanding Mazlan Aliman serta penyokong_penyokong beliau.

Ahad, 11 Mac 2012

FERIZ OMAR PULA BERKATA-KATA

UNDURNYA SHARIZAT BUKTI BETAPA TINGGI TAHAP TANGGUNGJAWAB, TELUS & TULUSNYA KERAJAAN BN-UMNO !

1. Seperti diramal, isu NFC sebenarnya membuka peluang besar untuk BN-UMNO bermain di lapangan politik ala 'Blue Ocean Strategy' sehingga pastinya tidak terjangkau oleh parti politik pembangkang.

2. Sama ada tuduhan ke atas YB DS Shahrizat itu benar ataupun tidak, pokoknya kerelaan YB DS Shahrizat utk mengundurkan diri dari kabinet perlu disanjung kerana ia lambang kematangan politik individu dan kepartian Islam-Melayu menuju Wawasan 2020.

3. Sikap tanggungjawab, telus dan tulus YB DS Shahrizat tidak wujud dalam jiwa ruh mana-mana pemimpin pembangkang seperti Lim Guan Eng yang baru-baru ini membayar yuran rundingan tinggi kepada jururunding Singapura bagi satu projek pembangunan di Penang; Khalid Ibrahim yang bergelumang dengan skandal konsesi pasir di Selangor; Nik Aziz yang cenderung memajak tanah Rakyat Kelantan kepada pelabur-pelabur Cina Singapura; dan amalan nepotisme perniagaan serta politik terlampau anjuran Anwar Ibrahim.

4. Langkah bijak DS Shahrizat lepaskan jawatan Senator seiring dgn pembubaran Parlimen sempena pengumuman PRU13 yg dijangka tidak lama lagi.

5. Sebijak-bijak DS Shahrizat, BN-UMNO juga perlu belajar dari insiden NFC.

6. Sebagai komuniti politik yg sudah
mentadbir negara lebih 50 tahun, sudah sampai masanya utk BN-UMNO menguatkuasakan polisi yg tidak membenarkan suami atau isteri mana-mana Menteri dari parti BN-UMNO berniaga dengan Kerajaan Malaysia.

7. Dengan adanya polisi sedemikian, semua Menteri Kabinet BN-UMNO akan dipilih bukan saja dari kalangan ahli-ahli Yang Berhormat yang hanya bersih tetapi dilihat bersih (not just clean but is seen clean) dari kacamata Rakyat Malaysia.

FERIZ OMAR
FB : Feriz Omar
T : @FerizOmar
BB : 269F6EB7

APABILA LOKMAN ADAM BERSUARA

Hari ini merupakan detik yg sungguh bersejarah buat saya :
1) Kerana saya dapat melihat dengan mata saya sendiri bagaimana fitnah dan persepsi bisa menjatuhkan seseorang yang tidak bersalah.
2) Kerana saya dapat melihat dengan mata saya sendiri bagaimana seorang serikandi sanggup membakar dirinya sendiri demi menjaga nama baik parti.
3) Kerana saya dapat melihat depan mata saya sendiri bagaimana kepentingan parti diletakkan di atas kepentingan peribadi.Pengorbanan yang Dato Seri Shahrizat lakukan hari ini tidak mungkin mampu dilakukan oleh mana2 pemimpin Pembangkang. Kita saksikanlah sendiri apa yang terjadi bila sesuatu isu melibatkan pemimpin pembangkang :
1)Anwar telah meliwat Sukma, Mior, Azizan, Ismail Harun, Ahmad Hairani, Saiful Bukhari dan ramai lagi, namun beliau tak pernah merasa aib malah masih cuba menegakkan benang yg basah walaupun spermanya dijumpai dalam rektum Saiful.
2)Nik Aziz masih mempertahan Mat Sabu bermati-matian walaupun Mat Sabu telah ditangkap khalwat di bilik 121 Hotel Perdana, Kota Baru. Hari ini Mat Sabu pula diangkat sebagai Timbalan Presiden PAS.
3)PAS masih meletak semula Saiful Bahri sebagai ADUN Selising walaupun Saiful sebelum ini pernah ditangkap dalam bilik VVIP 1 gerabak keretapi KTM bersama isteri orang. Yang menangkap mereka Pembantu Nik Aziz sendiri dan dalam keadaan isteri orang itu hanya memakai tuala merah dan Saiful hanya berseluar dalam.
4)Elizabeth Wong masih lagi dikekalkan sebagai Exco Kerajaan Negeri Selangor walaupun beliau bersekedudukan dengan Helmi yang mendedahkan gambar bogelnya.
5)Badrul Amin masih dikekalkan sebagai Ahli MPT PKR dan Penerangan Kerajaan Selangor walaupun ditangkap khalwat bersama isteri orang jam 2 pagi dlm sebuah bilik hotel di Kuantan.
6)Anwar yg kantoi bila gambar video lucahnya dengan Pelacur China didedahkan oleh Dato Eskay, masih tak tahu malu dan mengekalkan kerusinya sebagai Ketua Pembangkang.
7)Nik Aziz yg kantoi kerana nak pergi menunaikan Haji dengan duit hasil Suapan Abroad Technologies Sdn Bhd bernilai RM650,000 setelah meluluskan hampir 3000 hektar konsesi balak dan konsesi pasang billboard kepada Abroad Tech, tanpa segan silu mengakui bahawa beliau dah 20 tahun ke Mekah dan tak pernah pakai duit dia walau 5 sen.
8)Ir Ariffahmi Bin Abd Rahman, Menantu Nik Aziz dilantik oleh beliau sebagai CEO PMBK sehingga rugi berjuta ringgit,Nik Aziz tak pernah rasa bersalah.
Lokman Noor Bin Adam
Panel Pemikir
Jabatan Hal Ehwal Khas

DEWAN MUSLIMAT PAS BAIK LAYAN SUAMI ELOK-ELOK

Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS- Dr Siti Mariah Mahmud semalam mempertikaikan duit yang digunakan oleh Perdana Menteri bagi membuat lawatan ke seluruh negara.

Ini kerana menurut beliau Perdana Menteri juga adalah Presiden Parti UMNO serta Barisan Nasional.

Soalan yang juga kurang cerdik bagi seorang doktor macam Dr Mariah ni. Perdana Menteri Malaysia dipilih dari parti UMNO dan kerajaan Malaysia hari ini adalah Barisan Nasional. Kenapa soalan-soalan sperti ini yang agak-agak kurang akal dipersoalkan?


Baik, Sangkakala pula ingin mengajukan soalan kepada beliau dan ini adalah untuk melihat sejauh mana kita mampu untuk  berfikir  supaya pemikiran kita tidak menjadi sempit seprti Doktor kurang akal ni.

Soalannya berbentuk begini, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah ketua pembangkang dan juga merupakan ketua umum PKR, adakah beliau menggunakan duit yang diberikan oleh ketiga-tiga parti gabungan haram itu atau beliau menggunakan hanya duit PKR setiap kali beliau pergi keluar negara?

Adakah beliau pergi atas urusan ketua pembangkang atau ketua umum PKR? Jika beliau pergi ke luar negara atau kemana saja sekali pun, adakah beliau memberitahu duit dariman yang beliau gunakan, sama ada duit sendiri, PKR atau gabungan haram ketiga-tiga parti tersebut.

Untuk makluman Doktor bengong ni, UMNO dan Barisan Nasional mempunyai kewangan yang kukuh, tidak seperti PAS yang mengutip duit dalam tong milo kemudian digunakan oleh pemimpin bagi melakukan kerja-kerja yang tiada langsung faedah.

UMNO masih mampu untuk menanggung kos Presiden untuk kemana-mana tanpa perlu untuk mengambil semula atau meminta semula duit BR1M seperti yang dilakukan oleh PAS Taiping baru-baru ini untuk mencari dana dan diserahkan kepada pemimpin-peminpin mereka untuk pergi kauseling isteri orang pada jam 3 pagi di bilik hotel.

Jadi Sangkakala nasihatkan disini kepada Doktor Masitah agar lebihkan menjaga suami kerana menjaga suami itu lebih besar pahalanya daripada melalak taktentu kira.

PERSATUAN ANAK IBARAT ANAK KECIL MINTA SUSU



 Pengerusi ANAK atau Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan -Mazlan Aliman dilihat seperti anak kecil yang laparkan susu apabila sentiasa merengek untuk mendapat perhatian dari kalangan pemimpin PAS dan Pakatan Rakyat.


Semalam dalam kenyataan didalam akhbar Harakah, beliau sekali lagi membuat pertanyaan kepada Felda kenapa pembekalan kelengkapa peralatan sekolah untuk anak-anak Felda diberi secara runding terus. Ini soalan orang yang tidak cukup akal sebenarnya, jika dilihat semula banyak juga faedah yang dapat dimanafaatkan jika sesebuah projke dibuat secara runding terus, kerana ini akan menjimatkan masa dan dalam proses membekal kelengkapan ini buka semua pembekal mampu berikutan dengan saiz kasut baju seluar atau kain para pelajar adalah tidak sama dan berbeza-beza, jika dibuat secara tender sudah pasti semua itu perlu di masukkan kedalam bill of quantity (BQ) dan harga sudah pastinya akan melambung sekali ganda.

Sebagai anak Felda yang lantang bersuara kononnya mempertahankan warga Felda yang tertindas, Mazlan Aliman perlu mangambil kira semua aspek, janganlah apabila pembekalan peralatan kelengkapan sekolah untuk anak-anak felda yang masih belajar juga dipolitikkan.

Sebagai salah seorang anak Felda sepatutnya beliau menyokong dan memberikan cadangan untuk penambah baikan pemberian atau menambah dalam bentuk pemberian atau boleh juga membantu bagi mengesan mereka yang terlepas pandang hingga tidak menerima bantuan tersebut, bukan dengan cara itu salah in tak betul.

Seperti artikel yang Sangkakala keluarkan sebelum ini, Sangkakala ada mengatakan bahawa anak Felda generasi kedua atau ketiga ini perlu melihat dari mana mereka datang dan kena selalu-selalu atau rajin-rajin bertanya pada orang tua, dudlu bagaimana kehidupan berbanding hari ini.

Jika hanya untuk menjadi pembangkang tetapi tidak ada idea atau cara bagi penambahbaikan maka ianya seperti mengetuk tong kosong ditepi jalan, bunyi berdentum-dentam tapi ternyata isinya kosong, jika ada yang datang melihat kerana mendengar akhirnya akan pulang dengan mengatakan kita sebagai orang gila yang tak tau apa-apa, akhirnya tinggallah kita disitu tanpa ada sesiapa mempedulikan kita.

ANWAR IBRAHIM DIKEJAR HUTANG AHLONG


Pilihanraya umum yang ke 13 akan berlangsung tidak lama lagi. Kini parti-parti yang akan bertanding sedang sibuk menjalankan kerja-kerja terakhir bagi memastikan bahawa calon serta parti mereka menang dalam pilihanraya yang diramalkan oleh pengamal-pengamal politik antara yang paling sengit dalam sejarah tanahair.

Parti Keadilan Rakyat atau PKR juga tidak terkecuali dalam bersiap-sedia untuk berperang habis-habisan. Tetapi untuk berperang memerlukan peluru, cuma didalam politik peluru yang dimaksudkan ialah duit. Dimana Anwar nak cari duit untuk memastikan calon mereka menang bertanding dalam pilihanraya? Ini jawapannya.

Kita semua pernah mendengar bahawa Anwar Ibrahim pernah mengeluarkan kenyataan dimana beliau menyokong resolusi keselamatan Israel walaupun negara itu adalah sebuah negara yang dimiliki secara rampasan oleh puak Yahudi daripada rakyat Palestin.

Persoalannya kenapa Anwar menyokong resolusi ini? Adakah ianya seperti yang dinyatakan oleh Anwar hanya sebagai manipulasi sebuah akhbar? Atau ada udang disebalik batu?

Sangkakala pernah terdengar daripada seorang kenalan bahawa Anwar Ibrahim mempunyai hubungan baik dengan kerajaan beberapa buah negara termasuklah negara Israel, dan negara-negara ini memerlukan sesuatu yang ada di Malaysia, untuk mendapatkan barangan atau bahan tersebut mereka perlu memberi peluang kepada Anwar untuk menang sebagai Perdana Menteri Malaysia, kerana sudah menjadi polisi kerajaan Malaysia pada masa ini untuk meneliti serta memperhalusi setiap permintaan dari negara luar tentang bahan ataupun barangan yang ada di negara ini.

Jika sekiranya Anwar Ibrahim berjaya menjadi Perdana Menteri, maka negara-negara ini dengan mudah mendapatkan apa sahaja yang mereka ingini dan hajati. Untuk menjadikan kemenangan ini, negara-negara tersebut perlu atau harus mengeluarkan belanja atau dana bagi merealisasikan apa yang dihajati oleh Anwar serta rakan-rakan sekutunya di negara-negara yang terbabit.

Cuba para pembaca semua fikirkan kembali apa yang Sangkakala katakan ini, sama ada ianya betul atau tidak. Jika ditakdirkan Anwar menang dalam pilihanraya dan diletakkan oleh Pakatan Rakyat sebagai Perdana Menteri, adakah negara-negara ini akan berdiam diri? Sudah pasti mereka akan menuntut kembali dari Anwar apa yang telah mereka laburkan seperti hutang ALONG yang perlu dibayar semula, tetapi ianya bukanlah berbentuk duit, mungkin ianya berbentuk bahan mentah seperti minyak sawit, getah dan sebagainya.

Mungkin ada sesetangah pembaca akan berfikir eloklah begitu, kerana minyak sawit akan melambung tinggi. Ini bukan masalah sama ada minyak kita akan melambung atau tidak, tetapi minyak sawit yang kini menjadi sumber pendapatan utama negara akan jatuh ketangan orang asing dimana mereka akan mengawal harga tersebut hinggalah ianya menjadi beban kepada kita dan seterusnya ramai pekebun-pekebun kecil sawit akan menjual tanah mereka.

Perlu juga diingat bahawa, jika Pakatan rakyat menang dalam PRU13 mereka akan mengubah perlembagaan negara dan tidak mustahil juga mereka akan mengubah kanun tanah negara yang mana tanah rizab melayu akan di hapuskan, seterusnya tanah-tanah pekebun kecil sawit tadi yang kebayakannya milikan orang-orang Melayu akan terjual kepada bangsa asing, mereka akan membeli tanah-tanah ini dengan harga yang murah dan setelah mereka mempunyai atau memiliki tanah-tanah ini maka harga sawit akan dilonjak kembali demi memberi keuntungan kepada si pemilik yang baru.

Apa akan jadi kepada kita semua? Adakah kita mampu untuk menebus semula tanah-tanah tersebut yang pastinya akan mejadi mahal ekoran kenaikan hasil keluaran atas tanah tersebut. Sudah pasti tidak dan kita akan terus merempat di negara sendiri akibat dari seorang manusia yang bernama Anwar bin Ibrahim yang berjaya menjual tanah air ini kerana kesilapan kita sendiri.

Kepada anak-anak muda sekalian, janganlah kita gadai tanah pusaka turun temurun datuk dan nenek kita ini, mereka telah berjuang selama lebih dari 400 tahun demi untuk memastikan kita dapat hidup dalam keadaan serba mewah pada hari ini tapi kita pula memberi kesengsaraan kepada anak cucu kita yang akan datang.

Hari ini kita berterima kasih kepada keturunan kita yang terdahulu, janganlah nanti dimasa hadapan kita mendapat makian serta cemuhan dari keturunan kita yang akan datang, kerana kita tidak mewarisi tanah air ini dari keturunan kita yang terdahulu, tetapi kita meminjamnya dari generasi yang akan seterusnya, kita adalah pencorak masa depan kerana ukiran telah dilakukan oleh generasi yang terdahulu.

RAFIZI MENDAPAT KEMALUAN



Setelah mendapat kemaluan yang amat besar, Rafizi Ramli yang juga Pengarah Strategi KEADILAN kini bertukar arah pula dengan meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengemukakan atau menjawab lapan pertanyaan beliau berkaitan denga majlis pertunangan anak Perdana Menteri.

Belum pernah dibuat manusia untuk menceritakan berapa banyak belanja yang dikeluarkan untuk majlis pertunangan seperti yang di minta oleh Rafizi ni.

Jika dilihat pula dari sudut yang lain, kenapa Rafizi tidak bertanya kepada Nik Aziz berapa belanja pertunangan anak tuan guru itu dan dari mana sumber kewangan diperolehi, adakah ianya juga diperolehi dari sumber zakat atau hadiah seperti yang diperkatakan oleh Nik Aziz semasa menerima pakej melakukan umrah sikit masa dulu.

Rasanya ramai lagi dikalangan pemimpin pembangkang yang mengadakan majlis yang serupa tetapi kenapa tidak dibuat pertanyaan. Adakah ini strategi bodoh seorang Pengarah dalam parti?

Tapi dari  apa yang Sangkakala lihat dan perhatikan, beliau sedang cuba untuk memutarbelitkan cerita supaya orang tidak mentertawakan beliau apa bila Pejabat Perdana Menteri sendiri telah mengeluarkan menyataan berhubung dengan isu tersebut.

Bagi Sangkakala pula, apabila melihat kepada dokumen yang ditunjukkan oleh beliau semasa sidang akhbar, Sangkakala sedikit ketawa dan berfikir tidak adakah orang lain yang boleh dilantik oleh PKR selain dari orang gila ni.

Manakan tidak Sangkakala berkata begitu jika seluruh rakyat Malaysia juga merasakan itu adalah surat palsu yang boleh dibuat oleh mana-mana orang PKR yang mungkin ada sedikit kemahiran menggunakan komputer, kerana apa? Ini kerana semua dokumen kerajaan adalah rahsia dan sekiranya Datuk Seri Najib menggunakan wang rakyat sudah pastilah dokumen itu akan dimusnahkan, tapi ianya boleh sampai ke tangan Rafizi yang ternyata kurang seinci akalnya.

Jadi Sangkakala nasihatkan Rafizi supaya jangan ingat rakyat Malaysia ini boleh ditipu atau dipermainkan, makcik-makcik dan pakcik-pakcik di kampung pun sekarang dah pandai guna facebook dan sebagainya.

Jika cara ini untuk menghentam kepimpinan Datuk Seri Najib, Sangkakala rasa lupakan saja wahai Pengarah strategi yang takde strategi untuk mengelirukan pemikiran rakyat.


psssttt..agaknya rafizi syok kat anak pm yang bertunang tu kot, pasal tu yang marah sangat tu.

VIDEO ANWAR KONSPIRASI AGEN ASING



Video Anwar Ibrahim yang heboh diperkatakan oleh blogger satu ketika dulu didalangi oleh agen asing.

Agen yang Sangkakala maksudkan ialah agen dari negara-negara yang mahu melihat Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri. Dan ianya bukanlah konspirasi UMNO seperti yang di dakwa oleh pengikut-pengkut Pakatan Rakyat.

Video ini sebenarnya diambil untuk menjadi senjata mereka dalam menuntut agar Anwar apabila menjadi Perdana Menteri supaya mengikut telunjuk mereka.

Bayangkan apabila Anwar menjadi Perdana Menteri sudah pasti mereka ini akan mengugut Anwar dengan video yang mereka perolehi.

Sangkakala mengeluarkan kenyataan begini kerana, Datuk Eskay yang didakwa menjadi dalang dalam menyebarkan gambar tersebut hanya menjumpai kamera litar tertutup tersebut didalam laci semasa beliau diminta untuk mencari jam tangan Omega Anwar.

Bagi Sangkakala, mujur juga Datuk Eskay menjumpai kamera tersebut kerana yang pertama, jika ianya jatuh ketangan agen asing maka negara ini berada dalam kedudukan yang amat bahaya apabila mereka mengugut akan menyebarkan video tersebut dan untuk menjaga kerusi Perdana Menteri, Anwar sudah sudah pasti akan mengikut sahaja kemahuan dan kehendak mereka.

Yang kedua pula jika Datuk Eskay tidak menemui kamera tersebut maka sampai ke hari ini kita tidak tau siapa Anwar Ibrahim disebalik kes liwat beliau yang dilaporkan.

Sabtu, 10 Mac 2012

ZURAIDA JIJIK DENGAN LUMPUR


Melihat kepada keadaan mangsa banjir di Ampang kelmarin hati Sangkakala merasa amat sedih dan pilu apa bila kediaman dan peralatan rumah musnah ditenggelami lumpur hampir mencecah 2 meter tinggi.

Ramai dikalangan mangsa keluh dan resah mengenangkan nasib yang menimpa mereka pada malam 7 haribulan itu apa bila air dari sungai berhampiran melimpah mendadak ekoran hujan yang tidak berhenti-henti selama lebih dari 3 jam.

Rata-rata penduduk berkata, mereka tidak sempat menyelamatkan barang-barang rumah memandangkan air serta lumpur naik sekelip mata, kami cuma sempat mencapai dokumen-penting sahaja, itu kata salah seorang mangsa yang sangkakala jumpa di kampung Lembah Jaya Utara.

Dalam pada Sangkakala sibuk mendapatkan maklumat tiba-tiba Sangkakala dihampiri oleh seorang lelaki dan bertanyakan sama ada Sangkakala dari pihak pembangkang atau kerajaan, pelik juga bila di ajukan soalan sebegitu dan Sangkakala terus bertanya kenapa dia bertanya sebegitu kepada Sangkakala? Beliau rupanya ingin memberitahu bahawa rombongan dari UMNO Ampang telah sampai kalau-kalau Sangkakala ingin mengikut rombongan yang diketuai oleh Ketua UMNO Bahagian Ampang itu.

Sangkakala bertanya lagi sama ada Zuraida Ahli Parlimen Ampang ada datang menjengah atau tidak, beberapa penduduk mengatakan Ahli Parlimen Ampang itu ada datang menjengah, tetapi apa yang mendukacitakan mereka apabila Zuraida hanya ke pusat penempatan sementara sedangkan ramai mangsa sedang sibuk membersihkan lumpur di kawasan dalam dan luar rumah masing-masing.

"kalau datang setakat nak tunjuk muka, tak payah datang pun takpe" itulah kata-kata seorang warga emas yang bersama-sama Sangkakala pada ketika itu. "agaknya dia jijik dengan lumpur" kata jiran beliau yang juga merupakan seorang warga emas. "ini masa dia, pilihanraya nanti masa kita" sambung beliau sambil membersihkan selut yang ada di kaki seluar.

Menurut kedua-dua warga emas ini Zuraida ridak menjengah langsung kedalam kawasan kampung selepas banjir, dan mereka tidak menghantar bantuan untuk membersihkan kawasan kediaman mereka yang teruk di penuhi lumpur.

Mereka juga berkata bahawa PAS ada unit amal tapi kenapa saat-saat begini unit amal tidak dikerah untuk membantu mangsa? Unit amal ke unit apa yang mereka tubuhkan ni? kata mereka dalam keadaan marah.

Kali ni kami akan tumbangkan perempuan tua tak sedar diri tu, itu pula kata pemuda yang berada berhampiran dengan Sangkakala.

Sangkakala terfikir ada juga betulnya apa yang dikatakan oleh kedua-dua orang warga emas tadi, mana unit amal? selalunya kalau berceramah mereka le yang akan kedepan, tapi bila masa-masa macam ni hilang entah kemana. Agaknya unit amal tak dapat elaun kot, itu sebab tak berapa kisah dengan khidmat kemanusiaan begini.

Kepada penduduk Ampang beringatlah bahawa mereka ini hanya melepaskan batuk di tangga, sebelum dapat jawatan semua boleh, lepas dapat jawatan nak pijak lumpur pun jijik.

DEWAN PEMUDA PAS PEMBOHONG

Sangkakala terbaca dalam portal keadilandaily yang bertajuk "Rakyat Melihat Pembabitan Najib Dalam Kes Altantuya'. Dalam artikel tersebut ada menyebut bahawa penghakiman penuh oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam berhubung kes Altantuya tidak dapat menghindarkan rakyat dari melihat penglibatan Datuk Seri Najib Razak dengan kes pembunuhan itu, kata Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat- Riduan Mohd Nor.

Kenapa Sangkakala kat ianya pembohongan? Sangkakala juga adalah rakyat malaysia dan Sangkakala tak rasa macam tu pun.

Sangkakala juga yakin bahawa pembaca yang membaca artikel ini mungkin bersetuju dengan apa yang Sangkakala katakan. Jika semua rakyat merasakan begitu sudah pasti sesuatu akan berlaku.

Isu ini yang sebenarnya sengaja ditimbulkan semula untuk menutup beberapa isu yang sedang melanda kepimpinan PAS seperti isu pemecatan Datuk Dr Hasan Ali di Selangor dan isu 2 orang EXCO Kerajaan Kedah yang tidak dilantik semula.

Tidak ada bukti menunjukkan bahawa perdana Menteri terlibat didalam pembunuhan tersebut. kenapa perkara ini di sebut kembali? Nampaknya saudara Riduan juga sama macam Nik Aziz yang akan mengeluarkan isu hudud apabila tiba musim pilihanraya.

Beliau juga berkata, "bagaimana kedua-dua anggota ini bertugas menjaga keselamatan pemimpin negara boleh terlibat melakukan operasi membunuhan ini dengan begitu kejam?"

Jawapan bagi soalan ini ialah, adakah Perdana menteri menjaga kedua-dua pegawai polis ini atau pegawai polis ini yang menjaga perdana Menteri? Jika jawapannya ialah pegawai-pegawai ini menjaga Perdana Menteri, ini bermakna Perdana Menteri tidak akan mengetahui kemana mereka akan pergi setelah habis waktu bertugas.

Jika kita lihat pula serang Ustaz yang baru-baru ini dijatuhi hukuman penjara kerana menyebabkan kematian seorang pelajar sekolah agama, adakah Nik Aziz atau Hadi Awang terlibat sama sedangkan sekolah agama tersebut dikatakan adalah milik PAS dan takkan sebagai Mursyidul Am serta Presiden parti tidak mengetahui perkara ini.

Untuk membuat sesuatu pertuduhan, Sangkakala minta supaya saudara Riduan dapatkan bukti penuh dahulu barulah berhujah. Takut nanti tersalah hingga menjadi fitnah, dan selaku orang yang berjawatan didalam parti yang mengatakan memartabatkan agama, rasanya beliau lebih tahu tentang hukum fitnah.

KANAK-KANAK HILANG



Nurul Nadirah binti Abdullah, 5 tahun hilang pada 1 march yang lepas berdekatan dengan blok A, Pangsapuri Seri Delima, Bandar Seri Alam Masai, Johor.

Jika sesiapa terjumpa atau terlihat kanak-kanak ini, bolehlah menghubungi balai polis berhampiran atau hubungi pegawai penyiasat di talian 012-5997705/07-2254422.

Anda juga boleh menghubungi ibu kepada kanak-kanak ini di talian 010-8239010, 010-2997606 (datuk), 010-7127447 (En. faizal) atau 013-7348888 (Rizam)

Segala maklumat pembaca adalah amat diperlukan bagi mengesan serta mencari kanak-kanak ini.

Jumaat, 9 Mac 2012

MAHFUZ OMAR HARI-HARI MENYALAK


Naib Presiden PAS ni hari.hari menyalak, PAS pulak hari-hari nak itu nak ini, tapi takde pulak nak bagi cara macam mana nak selesaikan masalah.

Semalam Perdana Menteri telah umumkan untuk memansuhkan SBPA dan kembali kepada  Sistem Saraan Baru (SSM), hari ni Mahfuz pulak bertanya apa akan jadi dengan kumpulan premier yang dah tandatangan kontrak dan ada juga yang dah terima ganjaran persaraan sebanyak RM 500,000.00.

Bukan ke le bih baik kalau cari jalan bagaimana nak membantu bagaimana cara untuk menyelesaukan masalah yang ada tu?

kadang-kadang PAS hanya dilihat cuba menimbulkan isu untuk memutarbelitkan keadaan dan pemikiran rakyat.

Dulu Pakatan Rakyat bising dengan pengumuman SBPA kononnya tidak memberi peluang kepada anak-anak muda untuk mendapat perkerjaan. Kini bila dah mansuh tanya pulak macam mana dengan golongan premium. Bila soalan begini diajukan, jawapan yang akan diterima ialah, kerajaan perlu fikir semua tu.

Kalau nak tau, Kerajaan sudah pasti ada jalan bagaimana untuk menangani sesuatu masalah dengan penuh bijak sana. Bukanlah seperti Pakatan Rakyat yang hanya tahu bagai mana untuk mewujudkan sesuatu isu.

Sangkakala amat yakin dan percaya bahawa kerajaan sudah meneliti serta memperhalusi dari semua sektor dan sudut barulah sesebuah keputusan itu dibuat.

Jadi kepada Mahfuz, tak perlu menyalak sana-sini nak tunjuk yang anda adalah seorang yang hebat atau anda seorang pejuang, ingat dulu anda bekerja sebagai apa?


pssttt...banyak kapal terbang belum cuci lagi tu..cleaner asyik bercakap tak henti-henti

PEGUAM TAK PERCAYA BADAN KEHAKIMAN

"Kes ini sewajarnya ditangani dengan prinsip belas kasihan, namun Mahkamah Persekutuan gagal melaksanakannya," ujar Surendran dalam satu kenyataan.

Itu kenyataan N.Surendran dalm kes yang melibatkan seorang Imam yang didakwa di mahkamah setelah melemparkan selipar beliau ke arah panel hakim. Imam tersebut telah didakwa menghina mahkamah dan dijatuhi hukuman pejara selama setahun.

N.Surendran adalah seorang peguam yang semestinya mempunyai pengetahuan serta pengalaman luas dalam perundangan.

Perbuatan Imam tersebut dilihat amat diwajar dilakukan oleh seorang rakyat Malaysia apatah lagi beliau adalah seorang Imam yang tahu tentang agama. Perbuatan melempar selipar tersebut dikira keterlaluan, kerana telah mencemar nama baik mahkamah.

Pemuda PAS pusat pula hari ini mengeluarkan kenyataan akan mendapatkan bantuan derma untuk keluarga imam tersebut.

Sangkakala pelik juga, kenapa semasa dalam perbicaraan imam tersebut tidak ada sesiapa dari pihak pembangkang yang tampil untuk memberikan bantuan kewangan atau pun dalam bentuk bantuan guaman. Kenapa bila dah jadi semua ni baru masing-masing nak tunjuk hero dan teringin untuk menjadi pembela?

Sangkakala dapat merasakan bahawa isu ini juga cuba dipolitikkan oleh pihak pembangkang demi meraih. Simpati dari pada rakyat kononnya mereka adalah pembela kepada masyarakat.




Psstttt..Badrulamin pun takde siapa nak bantu, sian dia..

MANA NAK LETAK MUKA BADROLAMIN

Kes khalwat yang membabitkan ustaz Badrulamin di negeri Pahang baru-baru ini menimbulkan kekecohan di seluruh negara.

Kes yang melibatkan beliau bersama dengan seorang wanita juga dipercayai berstatus isteri orang hangat diperkatakan da laman-laman blog tanah air.

Badrulamin juga pernah membuat kejutan dimana. Beliau pernah menyatakan bahawa Tengku Mahkota Pahang akan turun 'mencemar duli' untuk menyelesaikan masalah yang di hadapi oleh beliau kerana kononnya Tengku Mahkota kenalan rapat beliau.

Semalam, Tengku Mahkota Pahang mengeluarkan titah baginda "Ketika kejadian saya tidak ada di dalam negara, saya cuma nak tahu siapa yang terbabit...tak bolehlah kaitkan saya dengan kes ini sebab ini adalah masalah peribadi.

"Minta jasa baik hentikan perkara ini, saya harap tak perlulah kaitkan lagi nama saya dan jika kes ini (khalwat) memang berlaku, biarlah pihak yang bertanggungjawab yang menyiasat dan saya ikhlas tidak menyebelahi mana-mana pihak" titah baginda.

Sekarang ni Badrulamin menempah satu balak lagi untuk beliau junjung, dengan mengaitkan nama Tengku Mahkota mungkin dia rasa selamat agaknya, bila Tengku Mahkota bertitah begitu apa nak dikatakan lagi oleh Badrulamin?

Pasti terkedu ustaz PAS yang pernah mengutuk mufti negeri Perak- Tan Sri Harusani Zakria- ini satu masa dulu.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Khamis, 8 Mac 2012

TERIMA KASIH DATUK SERI NAJIB

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Perhimpunan Khas Penjawat Awam di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) mengumumkan pembatalan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dan kembali kepada Sistem Saraan Malaysia (SSM).

Kerajaan juga bersetuju untuk menaikkan kadar Bantuan Sara Hidup (COLA) bagi kawasan B dinaikkan daripada RM200 sebulan kpd RM250.

Bagi kawasan C pula kadarnya dinaikkan daripada RM100 sebulan kpd RM150 sebulan.

Pelarasan gaji diumumkan Perdana Menteri hari ini akan berkuatkuasa pada 1 Januari 2012 dan dibayar mulai bulan ini atau April kata Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

SHAHRIZAT HADIR KERANA PRIHATIN

Hujan lebat yang melanda sekitar kawasan Kuala Lumpur dan Selangor semalam menyaksikan beberapa kawasan di naiki air secara mendadak.

Salah satu kawasan yang terlibat adalah kawasan Ulu Langat dimana hampir 200 keluarga terpaksa dipindahkan apabila kediaman mereka dinaiki air sejak malam tadi.

Mereka kini ditempatkan di Sek. Keb. Sg Serai dengan bantuan pihak keselamatan seperti Polis, JPA3, RELA dan Bomba.

Bagi memastikan kesihatan mereka terjaga pula, kementerian Kesihatan turut menghantar pasukan bantuan bagi membantu mangsa di pusat pemindahan.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil juga turun padang menjenguk mangsa diiringi oleh squad sayang wanita UMNO Selangor.

Jabatan Kebajikan Masyarakat juga menghulurkan bantuan asas seperti selimut, tikar dan peralatan lain dalam membantu mangsa bencana alam ini.

Menurut seorang mangsa, kejadian seperti ini biasa berlaku di kawasan Ulu Langat apatah lagi jika hujan lebat tidak berhenti melebihi 3 jam.

Sangkakala juga dapat berita bahawa terdapat juga orang perseorangan yang sudi menghulurkan bantuan seperti makanan kering.

Gerakan Belia 4B Malaysia melalui Squad Unit Prihatin Selangor telah memberikan bantuan awal dari malam tadi dengan cara membantu memindahkan mangsa-mangsa banjir.

Pagi tadi, Presiden Gerakan Belia 4B Malaysia- Saudara Mu'amar Ghadafi Jamal hadir menghulurkan bantuan awal berupa air mineral sebanyak 900 botol kepada mangsa. Menurut beliau Unit Prihatin akan cuba mendapatkan serta mengumpul seberapa banyak bantuan dan akan diagih-agihkan kepada mangsa.

Rabu, 7 Mac 2012

MAZLAN ALIMAN CUBA KABURI KEPIMPINAN PAS

Timbalan PesuruhJaya PAS Johor, Mazlan Aliman kini sedang cuba untuk mengaburi kepimpinan PAS Pusat.

Beliau yang berani mengatakan bahawa PAS akan memenangi 17 kerusi DUN di Negeri itu dilihat sudah mula terasa kegoyangan jawatan yang disandangnya sekarang.

Manakan tidak, beliau berkata sokongan rakyat Johor terhadap parti itu kian meningkat, adakah ini benar?

Mari kita lihat apa yang telah terjadi dalam politik PAS di Johor.

Dalam PRU12 yang lalu negeri Perak, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang telah ditawan oleh kerajaan Pakatan Rakyat.

Di Johor pula 39 kerusi telah menjadi pertaruhan PAS dan parti itu cuma memenangi 2 kerusi.

Dalam PRU12 semua rakyat Malaysia tahu dan faham itu adalah Tsunami politik yang membolehkan 4 buah negeri seperti yang dinyatakan tadi dimenangi oleh pihak Pakatan. Cuba bayangkan dalam Tsunami tersebut PAS cuma perolehi 2 daripada 39 kerusi.

Dengan kepimpinan YAB Perdana Menteri Datuk Seri Najib pada hari ini, dengan segala kemudahan serta bantuan yang telah diberikan dan penganalisa-penganalisa politik juga telah ramai yang mengatakan pemerintahan Datuk Seri Najib merupakan adalah mengikut kehendak rakyat adakah mungkin PAS menambah kerusi di Negeri Johor?

Sangkakala tidak dapat membayangkan sama ada Mazlan Aliman boleh mengeluarkan sasaran yang begitu tinggi dalam PRU13.

Apa yang Sangkakala tahu dan maklum, rakyat Johor adalah rakyat yang tidak suka kepada perpecahan, tambahan pula mereka lebih selesa dengan hidup mereka kini dibawah pentadbiran kerajaan Barisan Nasional.

Cuba kita bayangkan jika PAS tidak berjaya memperolehi atau menambah kerusi DUN Johor, apa akan jadi kepada beliau? Jalan terbaik adalah dengan meletakkan jawatan. Jadi kepada Mazlan Aliman, Sangkakala juga merasakan bahawa pilihanraya semakin hampir, jadi bersiap-siaplah untuk melepaskan jawatan Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri tu.




Psstttt..angan-angan semua orang boleh, perlaksanaan tu belum tentu lagi bro..

UNDI CINA DAP KEPADA PAS HANYA UNTUK DAP

Dalam pilihanraya umum yang ke 12 (PRU12) yang lepas, kita telah melihat kemenangangan Pakatan Rakyat bagi beberapa buah negeri di Semenanjung Malaysia.

Perkara ini amat dibanggakan oleh PAS yang selama ini hanya memerintah Negeri Kelantan.

Mengikut pemimpin dan penyokong PAS, pemberian undi kaum cina kepada mereka membuktikan PAS diterima oleh orang bukan islam terutamanya kaum cina (penokong DAP) yang selama ini dilihat tidak mengundi parti itu.

Apa yang sebenarnya ialah, penyokong DAP khususnya masyarakat cina hanya memberikan undi kepada PAS untuk membolehkan DAP menjadi pemerintah dan bukannya atas dasar kepercayaan atau persahabatan.

Ini dapat dilihat apabila mereka memenangi negeri Perak, jelas kelihatan Menteri Besar pada ketika itu Datuk Seri Nizar Jamaluddin hanya tunduk mengikut kata-kata pemimpin DAP dalam pentadbiran negeri.

Orang Melayu khususnya pengikut dan pemimpin PAS mungkin tidak nampak dengan apa yang terjadi. tetapi itu adalah hakikat yang sebenar. Perkara ini dikuatkan lagi apabila 2 orang wakil rakyat dari PKR iaitu YB En Osman Jailu serta  YB En. Jamaluddin Radzi yang tidak lagi mahu menjadi wakil rakyat mewakili parti berkenaan tetapi memilih untuk keluar dari parti menjadi wakil rakyat bebas kemudian menyokong  Barisan Nasional untuk mentadbir negeri tersebut.

Ini juga terbukti apabila beberapa orang lagi wakil rakyat dari pihak Pakatan mengikut jejak langkah mereka berdua setelah tidak lagi merasakan bahawa parti tersebut mampu untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai sebuah kerajaan.

Jika kita ambil pula tentang Selangor, Pakatan Rakyat mendapat undi hingga menjadi kerajaan hanya kerana kepentingan DAP, ini juga jelas terbukti apabila Datuk Dr Hassan Ali dikritik dan dicemuh apabila mengadakan pemeriksaan mengejut di Gereja Methodist Damansara. Pelbagai tohmahan dilemparkan keatas beliau hanya semata-mata untuk menegakkan Islam di Negeri itu. Tindakan beliau telah mengundang rasa tidak puas hati dikalangan beberapa orang pemimpin DAP yang akhirnya melihat Menteri Besar tidak berani bersuara walaupun mempunyai kuasa untuk berbuat demikian.

Begitu juga apabila Datuk Dr Hassan Ali melarang kedai serbaneka 24jam dari menjual arak, pempimpin DAP dengan lantang telah mengkritik bekas EXCO agama Islam negri tersebut dan perkara ini juga tidak dapat disanggah oleh Menteri Besar yang mempunyai kuasa Eksekutif dalam pengharaman atau larangan tersebut dan seterusnya membiarkan sahaja perkara itu berlalu tanpa sebarang tindakan.

Daripada apa yang Sangkakala katakan diatas sudah jelas kelihatan bahawa undi kaum cina (pengikut DAP) ini hanyalah untuk memberikan mereka kuasa dalam pemerintahan. Jadi kepada anak-anak muda berfikirlah secara matang dan dewasa, siapa yang membela kita selama ini? pertanyaan ini bukan sahaja Sangkakala tujukan kepada anak-anak Melayu tetapi kepada semua anak-anak muda Rakyat Malaysia.


Selasa, 6 Mac 2012

PAS OH PAS APA DAH JADI NI

Macam ni pun boleh ke? Ajaran mana depa ikut ni?

Gelihati pulak Sangkakala baca blog sorang rakan ni, PAS buat mcm ni pun boleh.

Untuk cerita lebih lanjut baca je blog ni
http://bit.ly/wev76F

Dah baca nanti fikir-fikirkanlah apa yang nak dibuat. Jangan la sampai terus hanyut dengan dakyah PAS.

SILA JAWAB KHALID APA CERITA NI

Ternyata Tan Sri Khalid Ibrahim menipu rakyat Selangor selama ini.

Menteri Besar Selangor itu pernah berkata bahawa tidak ada lagi projek runding terus akan diadakan di negeri itu jika Pakatan Rakyat memerintah negeri itu.

Hari ini sebuah blog telah mengeluarkan bukti bersurat yang mungkin boleh dianggap sahih tentang pemalsuan janji-janji Khalid tentang perkara tersebut.

Sila baca link http://bit.ly/xtb0Dx

Sekarang Khalid perlu menjawab dengan rakyat Selangor apa dah jadi.

Mungkin projek rundingan terus ini hanya diberi kepada kontraktor-kontraktor yang hanya ada kepentingan dengan Pakatan Rakyat atau yang membantu mereka dari segala sudut pada PRU12 yang lepas.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

AZIZAN RAZAK DI PAKSA DIAM

Kemelut yang melanda dalam kepimpinan kerajaan negeri Kedah baru-baru ini rupanya ada udang di sebalik batu.

Ini dapat dilihat apa bila dua orang bekas EXCO kerajaan negeri itu menerima semula jawatan EXCO setelah dipersetujui oleh PAS Pusat.

Kedua-dua bekas EXCO tersebut - Datuk Phahrolrazi Zawawi dan Datuk Dr Ismail Salleh - menerima semula jawatan setelah satu jawatan kuasa pemandu ditubuhkan untuk memacu hala tuju Menteri Besar Kedah itu.

"Matlamat saya sudah tercapai, saya akan sertai semula exco," itu kata-kata Pahrolrazi kepada wartawan Malaysiakini, beliau seolah-olah amat berpuas hati setelah Azizan kini dilihat tidak boleh lagi bersuara dan tidak lagi mempunyai kuasa executive dalam pentadbiran di negeri Kedah.

Semua keputusan perlu merujuk kepada PAS pusat dan sudah tentulah seperti kata mantan ahli PAS serta EXCO negeri Selangor ianya akan dikawal selia oleh parasit-parasit di dalam PAS.

Kesian kat Azizan, jadi Menteri Besar tapi tak boleh buat apa-apa. Jangan sampai nanti nak pegi bilik air pun kena lapor ke PAS pusat juga nak minta persetujuan.

Kesian juga pada pengikut PAS Kedah kerana mengundi orang tempatan tapi orang luar buat keputusan. Ingat-ingatlah pengundi di Kedah, bila parasit dah mula masuk kena cari imunisasi dengan kadar segera. Supaya ianya tidak melarat nanti.

Isnin, 5 Mac 2012

GILIRAN AZIZAN RAZAK PULA JADI BONEKA

Seperti yang telah di jangka dari awal, Datuk Seri Azizan Razak selaku Menteri Besar Kedah terpaksa mengikut kehendak PAS Pusat jika mahu terus menjadi Menteri Besar di negeri tersebut.

Ini jelas dilihat apabila PAS pusat memberitahu bahawa Azizan kekal sebagai Menteri Besar tetapi perlu mengambil semula dua orang bekas EXCO kerajaan negeri itu yang tidak dipilih semula oleh Azizan pada sessi tahun ini sebagai EXCO kerajaan negeri.

Ini adalah pemerintahan diktator dimana PAS Pusat mula mencaturi perjalanan politik di Kedah.

Datuk Seri Azizan dilihat tidak boleh berbuat apa-apa ketika ini dan mungkin akan akur dengan kehendak PAS Pusat.

Jika PAS pusat sudah mengatur perjalanan politik negeri, apa guna Azizan menjadi pesuruhjaya parti di negeri itu?

Azizan dilihat kini sudah tidak mempunyai kuasa eksekutif dalam melantik atau menggugurkan seseorang EXCO kerajaan walaupun beliau mempunyai alasan tersendiri kenapa beliau tidak melantik semula dua orang EXCO terbabit.

Dalam kenyataan Phahrolrazi Zawawi selepas dimaklumkan bahawa beliau tidak dilantik semula sebagai EXCO, beliau sendiri mengakui bahawa banyak perkara yang mana diantara beliau dan Azizan tidak sepakat. Kalau satu atau dua perkara tak apa tapi kalau dah tujuh ke lapan dari sepuluh perkara, itu adalah masalah.

Kesian kat Azizan, dulu Nizar lambai jadi boneka, sekarang dia pulak, keputusan orang yang berumur seperti beliau juga tidak diguna pakai oleh PAS. Baik letak jawatan je kalau macam tu.




Pssttt..takpa tok jan, biaq pi kat depa, lepaih ni tengok depa nak jadi apa.

NIK AZIZ KENA TIPU

Jika sebelum didakwa dan dipenjarakan atas tuduhan meliwat Anwar Ibrahim mengatakan PAS adalah parti sesat dan beliau tetap dengan UMNO serta mengiktiraf Mantan Perdana Menteri sebagai Mentor, kini ianya sudah bertukar aliran.

Sangkakala mengambil dari aspek apa yang diperkatakan oleh Anwar bahawa Nik Aziz adalah 'tok guru' beliau jelas menunjukkan betapa hipokritnya Anwar dan betapa terdesaknya bekas timbalan perdana menteri itu dalam mencari kuasa politik.

Dengan menggunakan PAS kini, beliau merasakan bahawa undi PAS akan membawa kebaikan kepada beliau.

Nyata Nik Aziz ditipu oleh Anwar yang begitu pandai bermain kata-kata hingga orang yang boleh di anggap sebagai Ulamak oleh pengikut PAS ini ditipu hidup-hidup.

Kenapa dulu semasa bersama UMNO, Anwar tidak mengiktiraf Nik Aziz sebagai Tok Guru, malah menghentam mursyidul am PAS itu dengan pelbagai cara?

Kini apa bila beliau (Anwar) bersama Pakatan Rakyat barulah beliau mengiktiraf Nik Aziz sebagai Tok Guru dan menyifatkan seolah-olah beliau tidak dapat dipisahkan lagi dengan Nik Aziz.

Sayang sekali, Nik Aziz dan pengikut PAS lupa dengan apa yang dilakukan oleh Anwar terhadap parti itu semasa menganggotai UMNO dan menjadi Menteri Kabinet satu masa dulu.

Anwar mungkin juga berkata begitu kerana beliau sudah merasakan kesilapan beliau dalam menyokong isu keselamatan Israel dan ini telah menjadi satu isu hingga membuatkan Nik Aziz berasa kurang senang dengan Anwar, berikutan dengan itu Anwar terpaksa berpura-pura mengiktiraf Nik Aziz sebagai Tuan Guru.







Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

PENINGKATAN PENGUNDI PAKATAN MULA RISAU

Peningkatan peratusan pengundi di kawasan-kawasan luar bandar mula menjadi kerisauan kepada Pakatan Rakyat.

Keluhan ini di nyatakan oleh Ahli parlimen Serdang Teo Nie Ching dalam portal Malaysiakini.

Sebagai contoh kata beliau, adalah di bahagian pilihan raya Parlimen Hulu Selangor yang mengalami kenaikan mendadak 23.2 peratus iaitu daripada 63,593 pengundi kepada 78,370 pengundi.

Dalam situasi ini Sangkakala ucapkan tahniah dan syabas kepada UMNO dan parti komponen Barisan Nasional yang bekerja keras dalam mendaftar kan pengundi khususnya pengundi muda.

Perlu juga di ingat bahawa Teo berkata "Peningkatan ini adalah dari pengundi baru, bukan dari pengundi yang berpindah alamat. Jumlah mereka adalah jauh lebih ramai daripada pengundi baru yang telah kami daftarkan," katanya.

Pelik juga Sangkakala baca kenyataan Teo tu, seolah-olah macam Suruhanjaya Pilihanraya hanya memberi kuasa kepada Pakatan Rakyat untuk mendaftarkan pengundi baru di seluruh negara.

Biarlah Sangkakala tegaskan disini bahawa peningkatan pengundi baru ini adalah ekoran kesedaran anak-anak muda demi membantu kerajaan dan mereka sudah muak dengan Pakatan Rakyat.

Jadi kepada Teo dan Pakatan Rakyat, tak perlu risau atau curiga kerana peningkatan-peningkatan yang terjadi.

Pssttt..nyonya sudah risau kalah ye nanti.

Ahad, 4 Mac 2012

LAGI CERITA KEDUTAAN MALAYSIA DI LONDON

Setelah mengeluarkan artikel tentang kedutaan Malaysia di London pagi tadi, Sangkakala telah menerima satu lagi email dari orang yang tidak dikenali.

Si pengirim meminta Sangkakala bertanya kepada kedutaan serta Kerajaan Malaysia tentang beberapa perkara.

Assalamu'alaikum saudara..
Saya terbaca blog saudara tadi tentang kedutaan Malaysia di London, saya tidak nafikan perkara-perkara begini memang ada terjadi.

Kalau boleh saya nak minta saudara masukkan dalam blog saudara tentang beberapa soalan kepada kerajaan serta kedutaan Malaysia atau pun Wisma Putra.


1. brapa ramai rakyat malaysia yg sedang melanjutkan pelajaran di uk? berapa ramai melayu, cina dan india?

2.berapa ramai yg berkeluarga berada di uk?

3.berapa byk persatuan2 org malaysia di uk, berapa banyak persatuan melayu di uk?

4.bentuk bantuan mcm mana kedutaan akan beri jika berlaku sesuatu kemalangan?

tolong pertikai apa sebenarnya fungsi kedutaan malaysia di london? adakah sekadar jadi pot utk menteri singgah dan bodek?
Terima kasih..

Soalan-soalan tu Sangkakala rasa hanya Menteri berkenaan yang bertanggungjawab atau pegawai kedutaan je yang boleh jawab.

Sangkakala pun harap ada jawapan untuk semua tu.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

SELAMAT JALAN AZIZAN RAZAK

Mengikuti perkembangan kemelut yang melanda kepimpinan PAS Kedah masa kini, kemungkinan besar Datuk Seri Azizan Razak akan jatuh tertiarap.

Sangkakala berkata begitu apa bila menghayati apa yang telah terjadi dalam kepimpinan parti itu.

Meskipun Naib Presiden PAS mengatakan bahawa mereka telah mendapat kata putus dalam mesyuarat yang di adakan di kediaman Menteri Besar Kedah malam tadi, jelas menunjukkan bahawa kemelut ini sudah sampai ke kemuncak.

Mesyuarat yang berlangsung selama 5 jam itu dikatakan berjaya dan mendapat kata persetujuan.

Apa yang menghairankan PAS Pusat tidak memberitahu keputusan mesyuarat tersebut malah PAS akan mengadakan kenyataan media dalam masa terdekat.

Bagi Sangkakala, jika sudah ada kata sepakat dan keputusan telah dicapai, kenapa perlu tunggu-tunggu lagi? Adakah mereka (PAS) masih mencari jalan untuk menyingkirkan Azizan?

Nasib la tok Jan, untung batu tenggelam, untung sabut timbul.

Walau macam mana pun Sangkakala rasa Azizan perlu kemas-kemas barang dalam kediaman Menteri Besar tu, bukan apa, takut tak sempat.





Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

APA SEBENARNYA DISEBALIK HIMPUNAN HIJAU

Rakan Sangkakala menghantar fakta ini utk renungan bersama.

Apa sebenarnya yang cuba dilaungkan oleh pembangkang dalam Perhimpunan Hijau 2.0?

Adakah mereka mahu memperjuangkan alam sekitar yang akan tercemar?

Adakah mereka mahu menentang perlombongan nadir bumi yang dioperasikan oleh LYNAS?

Atau mereka tercari-cari isu untuk menambat hati pengundi untuk PRU13?

Atau juga mereka rasa buku jingga mereka akan terancam kerana pelaburan yang digalakan oleh kerajaan Malaysia yang diterajui oleh Barisan Nasional?

Sekiranya anda atau mereka yang dari pembangkang menentang perlombongan nadir bumi cuba berfikir sejenak dengan apa yang ada disekeliling anda. Adakah anda menggunakan peralatan ini atau tidak?

1. Telefon pintar seperti iPhone dan Androids anda tidak boleh bergetar (vibrate) tanpa kuasa magnet yang diperbuat dari bahan nadir bumi yang dinamakan Neodymium (unsur 60)

2. Jantung turbin angin ialah sebuah magnet kekal yang dibuat dari nadir bumi yang dinamakan Neodymium (Unsur 60) yang membantu menjana tenaga elektrik dan tenaga mekanikal bagi mengerakkan turbin.

3. Lampu kalimantang bergantung kepada lapisan Logam Terbium (unsur 65) juga bahan dari nadir bumi yang digunakan untuk menghasilkan cahaya putih yang terang.

4. Peralatan ketenteraan juga banyak menggunakan bahan dari nadir bumi seperti Yttrium (unsur65) yang digunakan sebagai penebat haba didalam sistem ekzos jet.

5. Anda boleh menonton televisyen dirumah tanpa menggunakan bahan dari nadir bumi, tetapi gambar televisyen membosankan seperti ditahun 50-an dan 60-an kerana imej yang malap. Europium (unsur 63) digunakan ke dalam skrin televisyen bagi menaikkan warna merah ditelevisyen anda dan Terbium (unsur 65) digunakan untuk menghasilkan warna hijau terang.

6. Serium (unsur 58) adalah logam nadir bumi yang paling banyak digunakan. Ia digunakan kedalam bahan api (diesel) untuk membantu proses pembakaran lebih cekap. Ini juga bermaksud anda telah berjumpa dengan logam nadir bumi ini hampir disetiap jalan raya di Malaysia.

7. Disprosium (unsur 66) digunakan dalam pembuatan laser, injector bahan api, cakera padat dan didalam pembuatan kenderaan hibrid.

8. Europium (unsur 63) digunakan sebahagian dari proses mengesan pesakit sindrom Down.

9. Erbium (unsur 68) digunakan untuk menghasilkan penapis fotografi, kaca mata hitam, perhiasan dan penguat bagi gentian optik.

10. Holmium (unsur 67) mempunyai unsur magnet yang kuat dan digunakan dalam perubatan dan juga bidang pergigian.

GEMPAR KEDUTAAN MALAYSIA DI LONDON LEMAH

Sangkakala menerima Email dari seorang rakan yang menetap di United Kingdom.

Apa yang mengejutkan Sangkakala ialah email yang di hantar oleh beliau pada kali ini amat berlainan sekali dari email-email yang dihantar sebelum ini.

Menurut rakan Sangkakala, beliau sudah tidak dapat memendam rasa tentang apa yang berlaku di sana.

Ini semua adalah tentang pihak Kedutaan Malaysia di London yang dikatakan gagal untuk memberi perkhidmatan dan bantuan kepada rakyat Malaysia yang berada atau datang ke sana.

Ikuti apa yang rakan Sangkakala hantar melalui email..

Assalammu'alaikum bro..

Nak kongsi satu cerita tentang pegawai kedutaan Malaysia di London. Smlm ada 1 perempuan ni telefon saya minta tolong, dia minta pendapat, dia blur dan kusut, dia hubungi saya sebab nak bertanya. Cerita dia mcm ni, 28hb jan bapa dia (single father) umur 50 lebih dtg melawat dia di UK. Sebelum bertolak dari Malaysia bapa dia demam sikit, sampai di airport bapa dia pengsan koma tak sedar diri sebab infection, jadi diorang terus bawa dia pergi masuk ICU. Bila masuk ICU, doc bagi tahu nadi bapa dia stop beberapa saat masa di airport dan bernyawa dengan bantuan alat pernafasan. Jadi terpaksa duduk di hospital ICU buat operation mcm2 nak selamat bapak dia, jadi doktor kenal pasti otak bapa dia mengalami sedikit kemusnahan, jadi budak ni sorang2 duduk jaga bapa dia dihospital, kesian budak tu buntu, Kos untuk sehari duduk dalam ICU kat sini £2980, sebab bapa dia pelancong jadi terpaksa kena bayar, jadi anak dia yang kusut telah hubungi kedutaan Malaysia dan menceritakan hal tersebut, Bila dihubungi, kedutaan Malaysia menjawap yang kedutaan takde menghulurkan apa-apa bantuan pertolongan kepada sesiapa yang datang ke UK guna visa pelancong. Budak tu terus bertanya lagi, boleh tak kedutaan uruskan penghantaran pulang bapa dia ke Malaysia...kedutaan cakap diorang tak boleh buat apa-apa kecuali keluarkan surat minta derma kepada org ramai sahaja, lebih malang lagi diberi jawapan, kenapa bapa kamu tak amik insurans perjalanan? Kalo tak amik memang susah, Kami tak boleh tolong apa-apa kecuali keluarkan surat minta derma, Nangis budak tu cerita kat saya, Kesian dan susah budak perempuan tu, kedutaan plak buat tak tahu, kalo tak boleh tolong kewangan, tolong lah bagi jalan atau bantu bg contact mcm mana nak buat atau ajar cara, ni tak, biar budak tu sorang-sorang kat hospital, Nasib baik kwn2 dia yg lain prihatin...dtg support dia bg semangat.Bdk tu bgth saya kalo tak boleh bantu duit takpe, bantulah bagi tahu cara apa patut dia buat, dia bukan kenal orang atau ada sumber maklumat macam kedutaan, asyik jawap soalan tidak tahu, duta tak boleh buat apa-apa kalau orang Malaysia datang sini guna visa pelancong dan tanpa insuran perjalanan, saya dengar pun saya sakit hati dengan jawapan yang kedutaan bagi, apa guna duta ada kat sini? Apa fungsi kalau tak boleh tolong rakyat kita bila dalam kesusahan di sini? Kerajaan Malaysia habis duit berjuta bayar gaji diorang kat sini, apa diorang buat saya pun tak tau, setakat urus pelajar masuk universiti pihak universiti pun boleh urus. Yang depa tau, menteri dtg depa kipas. 2 hari lepas bapa dah pinda ke ward biasa...keadaan semakin pulih...perlu hantar bapa dia dgn kadar segera sebab bimbang takut-takut ada lagi benda lain yg akan berlaku.Kos sini memang mahal, kesian budak tu sorang-sorang kehulu kehilir buat urusan penghantaran pulang bapa dia saya sekarang kat Scotland, kalau kat London pasti saya pergi bantu, Duta apa pon tak bantu, saya cukup sakit hati, bro tgk kat mana benda ni boleh kita sama2 bawa ketengah. Terima kasih.

Itu email yang rakan Sangkakala hantar pada Sangkakala. Sedih juga dengar cerita tu.

Persoalannya ialah, jika benar apa yang dilaporkan oleh rakan Sangkakala ni, apa dah jadi dengan kakitangan kedutaan kita disana? Setahu Sangkakala tujuan kita meletakkan kedutaan adalah untuk membantu serta memantau rakyat Malaysia.

Kerajaan Malaysia beriya-iya membenatu rakyat luar yang berada dalam kesusahan hingga sanggup bergadai nyawa dan tak kurang juga yang mati di tembak, tetapi bila rakyat kita sendiri, lain pulak jadinya.

Harap menteri yang bertanggungjawab dapat memantau atau meneliti apa yang dilaporkan oleh Sangkakala dan tolong pastikan ianya tidak berulang.

Kepada kakitangan kedutaan pula, kita di beri amanah serta tanggungjawab dan lakukanlah sepenuh hati.

Sabtu, 3 Mac 2012

GENDANG PERANG HASAN ALI

Bekas EXCO kerajaan Selangor Datuk Dr Hasan Ali telah memalukan gendang perang dengan PAS apabila mengatakan bahawa pemecatan beliau sebagai ahli PAS merupakan punca kekalahan parti tersebut pada pilihanraya akan datang.

Beliau berkata demikian apabila ditemuramah oleh wartawan di kediaman beliau di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau berkata lagi gelombang pemecatan beliau serta isu kristianisasi serta Israel akan membuatkan pengikut PAS befikir semula untuk memilih calon PAS pada pilihanraya akan datang.

Beliau memerhatikan dari sudut jumlah kehadiran yang datang dalam setiap ceramah beliau dalam roadtour JATI.

Dalam bercakap tentang isu Mahfuz Omar yang mengatakan beliau mendapat dana dari Kementerian Belia sebanyak 30 juta pula, beliau berkata akan menyaman 'kuda tunggangan parasit PAS' itu.

Beliau juga menegaskan bahawa beliau tidak perlu terlibat dalam mana-mana perundingan dengan pihak kementerian belia dan sukan untuk membincangkan program latihan seperti dituduh ahli parlimen Pokok Sena itu.

Apa bila ditanya jumlah saman yang akan dikemukakan, beliau berkata mungkin 50 juta atau lebih.

Beliau juga berkata bahawa beliau akan membongkarkan cerita pembaptisan kristian terhadap orang Islam dalam masa terdekat.

Sangkakala berpendapat ini semua membuatkan PAS tak senang duduk pada ketika ini dan cuba mengalihkan isu kepada isu-isu yang bersifat sementara dan tiada fakta.




Pssttt..selamat jalan PAS..PASaway

PERLEMBAGAAN SELANGOR AKAN DIPINDA

Menteri Besar Selangor memberi kenyataan kepada beberapa media terpilih di pejabat beliau menyatakan keyakinan bahawa Pakatan Rakyat akan menang kerusi 2/3 DUN negeri itu.

Dalam kenyataan sama juga, beliau berkata bahawa Pakatan Rakyat Selangor kini cuma memerlukan sebanyak 3 kerusi lagi menjadikannya 38 kerusi dan seterusnya mendapat pegangan 2/3 yang membolehkan mereka meminda perlembagaan negeri Selangor.

Sangkakala mencabar Tan Sri Khalid untuk memberi tahu pindaan perlembagaan tersebut berbentuk apa dan apa yang akan di pinda dalam perlembagaan kerajaan negeri Selangor agar rakyat Selangor dapat menilai semula sama ada ianya telus atau tidak.

Sangkakala juga berharap kepada seluruh rakyat Selangor untuk menolak kepimpinan Pakatan Rakyat di Selangor berikutan beberapa isu besar yang melanda kini contohnya isu pasir yang terang-terangan menjadi mainan Pakatan Rakyat.

Tidak mustahil juga mereka akan menjadikan Selangor sebagai negeri untuk mendapatkan projek bagi membolehkan mereka mencari kekayaan kerana negeri itu memang terkenal sebagai negeri yang kaya.

Jika Pakatan Rakyat memperolehi majoriti 2/3 kerusi DUN Selangor sudah pasti negeri ini akan lubuk emas bagi kepimpinan Pakatan Rakyat.




Pssttt..jangan bagi puak ni dah..hancur Selangor nanti..itu pun dah berlubang-lubang

MAHFUZ SAMA MACAM MAT JENIN

Mahfuz Omar Ahli Parlimen Pokok Sena yang juga Naib Presiden PAS boleh dianggap sebagai Mat Jenin yang terlebih angan-angan dalam pentadbiran PAS.

Ditanya sama ada beliau akan bertanding sebagai ADUN di Negeri Kedah Ahli Parlimen itu mengatakan bahawa beliau akan mempertahankan kerusi Parlimen Pokok Sena.

"Saya nak jadi PM, mana boleh jadi ADUN kena la jadi Ahli Parlimen" kata beliau semasa di temuramah semalam.

Satu lagi soalan yang diajukan kepada beliau berkisar tentang ketidak serasian beliau dengan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Razak, beliau menjawab memang beliau tidak sehaluan dengan pemimpin berumur 72 tahun itu.

Nampaknya Mahfuz memang berani mati dengan kenyataan beliau itu, tidakkah beliau merasakan bahawa Lim Kit Siang sedari awal sudah mengatur kedudukan dalam kabinet bersama-sama dengan Anwar Ibrahim.

Tentang hubungan beliau dengan Azizan pula nampaknya betul juga kata-kata Datuk Dr Hasan Ali bahawa parasit-parasit ini sudah mula menyerang Azizan di Kedah sama macam mereka menyerang beliau di negeri Selangor.

Berkenaan dengan jawatan Menteri Besar beliau ditanya sama ada berminat atau pun tidak, beliau mengulangi pendirian bahawa beliau mahu menjadi Perdana Menteri dan tidak akan bertanding di peringkat DUN. Satu jawapan yang semua orang tau hanyalah lakonan semata-mata. Boleh dikatakan kebanyakan ADUN Pakatan Rakyat bertanding di kerusi DUN serta Parlimen.

Adalah amat mustahil Mahfuz akan menolak cadangan untuk beliau menjadi Menteri Besar Kedah menggantikan Azizan.


Pssttt..Pakcik Mahfuz nak lawan ngan Tok Jan ye? Dah habih pikiaq ka? Kot nanti Tok Jan bagi pakcik Mahfuz telanjang tak tinggai benang kot..hahahaha

RAZALI IBRAHIM CABAR MAHFUZ

Timbalan Menteri Belia dan Sukan YB Datuk Razali Ibrahim hari ini mencabar Mahfuz Omar mengemukakan bukti atas dakwaan beliau yang mengatakan Kementerian itu membiayai program ceramah bekas EXCO kerajaan negeri Selangor Datuk Dr Hassan Ali.

Razali yang juga Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang ditemui selepas majlis perasmian Sukan Anak Johor di Universiti Teknologi Malaysia di sini menegaskan dakwaan membabi buta menerusi kenyataan media satu cara politik yang tidak sihat dan bertanggungjawab.

Sekiranya benar ada bukti dakwaan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) beri peruntukan RM30 juta untuk membiayai program Datuk Dr Hassan Ali tunjukkan dan bukan sekadar buat kenyataan media, demikian gesaan Timbalan Menteri Belia dan Sukan itu.

"Itu hanya  dakwaan kalau benar ada bukti beri pada kita dan kita akan lakukan siasatan."

"Kalau ini jadi budaya tiap-tiap hari orang keluar surat khabar mendakwa itu dan ini tak jadi kerja kita", katanya mengulas tuduhan Naib Presiden Pas tersebut.

Mahfuz Omar yang mendakwa satu unit strategik di KBS telah menyediakan sejumlah dana untuk membiayai program Datuk Dr Hassan Ali.

".. ini bukan proses menghakimi mana-mana pihak dengan cara membuat kenyataan akhbar namun begitu dia (Mahfuz) bertanggungungjawab untuk pergi ke mana-mana balai untuk membuat laporan", ujarnya kepada MediaUMNO.

Bagi Sangkakala ini semua mungkin berikutan pergerakan aktif Kementerian Belia dan Sukan dalam memberi sokongan dan dorongan kepada para belia tanah air dan ini juga perkara yang sedang menjadi ketakutan Pakatan Rakyat.

Dengan fitnah dan tohmahan yang dilemparkan ini, Pakatan Rakyat mungkin berharap undi pengundi muda khususnya belia akan memihak kepada mereka.

Kemeterian Belia dan Sukan pada tahun 2011 telah berjaya mengumpulkan jutaan belia dari seluruh pelusuk negara dalam program Himpunan Sejuta Belia dan pada tahun ini Kementerian telah menukar tajuk program kepada Himpunan Jutaan Belia yang akan berlangsung di PutraJaya pada bulan Mei nanti.

Penukaran nama program ini juga dilihat tepat kerana sasaran Kementerian Belia pada tahun lepas melebihi dari apa yang disasarkan. Dan program tahun ini akan menjadi lebih hebat dengan penambahan program dan aktiviti di sekitar kawasan PutraJaya.

Mungkin kerana ini Pakatan Rakyat melihat kebangkitan belia khususnya dalam menyokong pihak kerajaan dimana Perdana Menteri sendiri mengiktiraf peranan belia dalam kemajuan negara.