Kali ni Dr MAZA mengatakan bahawa Zakat kepada bukan Islam Relevan, dimana relevannya? Atau MAZA sememangnya mufti yang suka mencari publisiti murahan dengan melakukan provokasi terhadap agamanya sendiri?
Diatas adalah petikan kata kata Dr Maza dalam Sinar Harian dan artikel penuh boleh baca DISINI.
Mungkin apa yang diperkatakan oleh MAZA itu ada kebenarannya, tapi kita perlu lihat juga dalam konteks yang lain dimana Malaysia mempunyai Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Jabatan ini memberikan bantuan kepada semua golongan dan lapisan masyarakat di Malaysia.
Kalau nak dikira pula di zaman Rasulullah SAW atau para sahabat Baginda, pemberian zakat kepada bukan muslim memang perlu memandangkan di zaman itu tidak ada Jabatan sepertimana yang diwujudkan oleh kerajaan Malaysia.
Kalau nak dikatakan ini untuk kesedaran, Sangkakala nak tanya pulak, berapa banyak bantuan dari pihak kerajaan tapi jelas kita lihat sebahagian besar orang bukan Islam menolak kerajaan Barisan Nasional.
Jadi adakah dengan pemberian zakat maka mereka akan menerima Islam sepertimana yang kita harapkan?
Kepada Dr MAZA, Sangkakala rasa tak perlu la nak bawa satu pemikiran yang tidak dapat diterima oleh akal manusia terutamanya orang Islam di Malaysia.
Dah kerap sangat tunjuk kebodohan diri, simpan sikit untuk jadi rujukan anak cucu dimasa akan datang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan