Selasa, 17 Mac 2015

EXCO PAS KAWASAN LETAK JAWATAN !! BUKTI KESETIAAN MAKIN KURANG

Sangkakala dengar 17 orang ahli jawatankuasa PAS kawasan Batu meletakkan jawatan ekoran rasa kecewa dengan Presiden PAS.


Mereka mengatakan bahawa hanya akan kembali jika hubungan PAS dengan Pakatan Rakyat kembali terjalin.

Betul ke itu sebagai alasan atau mereka ini mahukan Mat Sabu menjadi Presiden dan ini semua adalah ugutan terhadap Presiden PAS yang mula lantang menyuarakan ketidak puasan hatinya apabila PAS menjadi kambing hitam dalam PR?

Kita semua tahu bahawa di Batu, ahli parlimennya adalah dari PKR iaitu Tian Chua yang Sangkakala rasa menjadi dalang perkara tersebut berlaku.

Sebab apa? Sebab kita semuabtahu bahawa Mat Sabu sebenarnya lebih banyak disokong oleh PKR berbanding PAS sendiri dan ada yang mengatakan bahawa ketua kepada kumpulan Anwarinas didalam PAS adalah Mat Sabu.

Ini tidak mustahil adalah agenda untuk menjatuhkan Hadi Awang serta menaikkan Mat Sabu agar pergerakan PKR lebih kukuh.

Kita dapat melihat apabila himpunan yang diadakan oleh kumpulan PKR baru baru ini di hadapan pasaraya SOGO tidak mendapat sambutan ekoran ketidak hadiran penyokong PAS.

Selama ini yang meramaikan himpunan PKR adalah dikalangan Unit Amal PAS serta pengikut parti tersebut tetapi PKR secara terang menggunakan mereka ini sebagai benteng pertahanan utama kononnya mereka (PKR) mempunyai penyokong yang sebegitu ramai.




1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sesiapa yang kecewa dalam perjuangan, mereka ibarat golongan yang takut menghadapi ombak. Tiada tempat dalam politik kepaa golongan yan gmerajuk , kecewa, hilang arah tuju perjuangan parti. Jadi PAS perlu melantik AJK yang baru dan meneruskan agenda perjuangan parti. Pemimpin datang dan pemimpin pergi. Patah tumbuh hilang berganti.