Jumaat, 6 Mac 2015

@SPRMMalaysia KES KDN !!! BAGAIMANA SYARIKAT TIADA DALAM SENARAI DAPAT PROJEK @NajibRazak @zahid_hamidi

Sekali lagi Sangkakala menulis tentang Datuk Awang Din yang dilihat agak pelik dalam menandatangani kelulusan kawalan keselamatan Maritim.



Menurut apa yang terdapat dalam page facebook 'kami anti rasuah' ada tertulis mengatakan bahawa Datuk Awang memanggil 3 buah syarikat untuk melakukan pembentangan berkenaan dengan projek keselamatan MARITIM.




3 buah syarikat ini telah dipanggil dengan suray rasmi daripada Kementerian tetapi yang sedikit pelik ialah syarikat yang memperolehi projek tersebut tidak tersenarai sebagai syarikat yang dipanggil untuk pembentangan kertas kerja berkaitan dengan projek tersebut.


Jelas dapat kita lihat dan baca seperti mana yang terdapat dalam surat panggilan oleh KDN dan surat tawaran yang dikeluarkan oleh Kementerian yang sama bahawa kedua dua syarikat yang memperolehi projek perintis Maritim ini tidak dipanggil semasa pembentangan, jadi bagaimana mereka boleh memperolehi projek tersebut?

Ini yang perlu diselidik agar nanti orang tidak menyalahkan Menteri atau Kementerian sedangkan yang melaksanakan tanggungjawab melaksanakan pemberian projek berkenaan agak tidak telus.

Satu lagi yang Sangkakala nak maklumkan disini, kedua dua syarikat yang dianugerahkan dengan projek tersebut selain daripada dorman, kedua dua syarikat ini adalah syarikat yang mengalami kerugian dan bagaimana sebuah syarikat yang mengalami kerugian diberi peluang? Tambahan pula kedua dia syarikat ini dilihat tidak mempunyai pengalaman dalam bidang keselamatan.



Datuk Awang Din perlu jelaskan segala kemusykilan yang ada pada masa ini supaya keadaan tidak menjadi bertambah buruk dan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia juga Sangkakala harap dapat memainkan peranan supaya negara ini bebas dari unsur unsur rasuah yang melibatkan pegawai tinggi kerajaan.

Bukan apa, mereka mereka ini yang melakukan kesalahan, namun akhirnya Menteri dan Kementerian serta kerajaan yang menerima kecaman.



Tiada ulasan: