Selasa, 24 Mac 2015

MAJLIS PENGANUGERAHAN SELENDANG GAYONG PENUH ISTIADAT MELAYU @NajibRazak @NohOmar

Malam ini berlangsung satu majlis penganugerahan selendang gayong di Pusat Kesenian dan Kebudayaan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Universiti Putra Malaysia Serdang yang disampaikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia.

Seramai 10 orang penerima selendang dan 11 orang penerima pingat seni Gayong Yang dipakaikan sendiri oleh YAB Perdana Menteri Malaysia dalam satu adat istiadat keMelayuan.

Majlis yang dinamakan Majlis Himpunan Sang Sapurba Segayong dianjurkan oleh Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia dengan kerjasama Badan Amal Tarbiah Sejagat (BATAS) Malaysia.


Himpunan ini nampaknya berjaya mengumpulkan hampir 5 ribu orang penggiat atau anak anak gayong dari seluruh pelusuk negara.

Diantara penerima penerima selendang Gayong pada malam ini ialah Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Menteri Kementerian Perdagangan Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hassan Malek, Ketua Menteri Melaka, YAB Datuk Seri Ir Idris Haron serta beberapa orang penggiat seni serta ahli korporat serta pegawai tinggi kerajaan.













Antara yang hadir pada malam ini ialah, YB Datuk Ahmad Maslan, YB Datuk Seri Noh Hj Omar, YB (Senator) Datuk Suhaimi Abdullah dan beberapa VIP lain mengiringi YAB Perdana Menteri Malaysia.

Dalam ucapan perasmian Perdana Menteri, beliau melahirkan rasa bangga diatas usaha Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia yang berjaya mengumpulkan penggiat penggiat seni silat dari seluruh Malaysia serta menubuhkan Yayasan Pembangunan Gayong Malaysia dan beliau berjanji akan terus memberikan bantuan kepada Yayasan tersebut untuk terus maju kehadapan dalam usaha memperluaskan seni silat Gayong.

Perdana Menteri juga mengatakan bahawa pesilat pesilat tanah air adalah benteng ketiga pertahanan negara dalam menangani serangan musuh tidak kira dari dalam mahupun luar negara.

Sangkakala juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada penganjur yang menjemput Sangkakala untuk bersama sama dalam menyaksikan majlis yang penuh adat istiadat dan gemilang pada malam ini.


Tiada ulasan: