Rabu, 11 Mac 2015

RAFIZI GAGAL KELUARKAN BUKTI !!! MERAPU BILA KENA KITAI DENGAN LOKMAN ADAM @NajibRazak

Malam tadi telah diadakan satu perdebatan diantara Rafizi Ramli, Dr Zaharuddin serta Lokman Nor Adam berkenaan dengan GST di Universiti Malaya.


Tapi malam ni jelas Sangkakala lihat bahawa Rafizi Ramli tidak mampu untuk menghuraikan apa itu GST yang dikatakan selama ini menyusahkan rakyat dan bakal membebankan rakyat.


Oleh kerana terlalu hendak menunjukkan bahawa GST itu bermasaalah dan untuk mematahkan hujah Lokman Adam, Rafizi mungkin tidak mengkaji bahawa permulaan cukai GST di Singapura sebenarnya bermula dengan 3% dan bukan 2% seperti yang disebutkan oleh beliau pada malam ni.

Lagi satu, mungkin untuk menunjukkan kehebatan beliau yang sebelum itu ditangkap oleh pasukan polis diatas akta perhimpunan aman, Rafizi jelas menipu bahawa beliau mengatakan bahawa jika beliau tidak dibebaskan untuk pergi ke UM malam ini maka pelajar UM akan merempuh balai polis Dang Wangi.

Alamak bro, ingat budak budak yang datang tu bodoh ke, itu semua budak budak terpelajar la, bukan cikai cikai nak dilambung dengan kata kata macam tu.

Berbalik pada kisah debat malam tadi, Rafizi jelas tidak mampu mengeluarkan fakta berbanding dengan Lokman Adam yang menjelaskan secara terperinci berkenaan dengan GST.

Rafizi hanya mampu membuat perbandingan dengan negara luar yang mana jelas dan nyata kadar GST mereka adalah tinggi.

Ini ke tahap pemikiran seorang Ahli Parlimen yang Sangkakala rasa kalau tak menipu bukan Rafizi namanya.

Jadi disini Sangkakala rasa, pelajar pelajar yang hadir tadi lebih memahami apa itu GST yang diterangkan oleh Lokman Adam berbanding dengan kisah merapu Rafizi Ramli.

Esok kita nanti kan video video menarik yang akan Sangkakala kongsikan untuk kita sama sama nilaikan siapa Rafizi Ramli.





2 ulasan:

Malaysianwatchgroup berkata...

Singapore bermula GST pada 01/04/1944 dgn 3%, pada 01/03/2003 dgn 4%, pada 01/01/2004 dgn 5% dan 01/07/2007 dgn 7%. Harus di ingat GST di Singapura meliputi kesemuanya termasuk perubatan, pendidikan termasuk barang keperluan setiap hari.

IBU RISKA berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.