Isnin, 9 Mac 2015

CUEPACS SELAMATKAN KAKITANGAN ATAU JAHANAMKAN NEGARA @NajibRazak @AliHamsa55


Sejak kesatuan sekerja atau CUEPACS meminta kerajaan menimbangkan had umur persaraan daripada 60 kepada 62 tahun, pelbagai pandangan yang diberikan dan ini termasuk dari pandangan orang orang muda yang rata ratanya tidak berpuas hati dengan tindakan tersebut.

Rata rata anak muda ini risau dengan keadaan dimana mereka semakin kehilangan peluang untuk mendapatkan pekerjaan apatah lagi kenaikan pangkat apabila pegawai pegawai kerajaan dilanjutkan had umur persaraan sepertimana yang dicadangkan.

Berkenaan dengan para pegawai yang Sangkakala sebutkan tadi, pasti ada pegawai yang merasa selesa apabila kenaikan had umur ini dan Sangkakala bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh seorang pengguna laman facebook iaitu saudara Norizan Bin Sharif.


Kalau nak diikutkan memang ada kebenaran sepertimana yang ditulis oleh beliau bila tentang pegawai kerajaan dimana mereka ini hidup dengan penuh keselesaan semasa menjawat jawatan tetapi dilihat lebih tidak terurus apabila tidak lagi memegang apa apa jawatan.

Sebagai contoh, seorang jurutera di dalam jabatan kerajaan, sudah pasti semasa memgang jawatan beliau akan disanjung oleh kontraktor kontraktor dan tidak melampau rasanya jika Sangkakala mengatakan bahawa mereka (tak semua) ini mewah dengan segala hadiah dan sumbangan dari kontraktor kontraktor tersebut tetapi apabila mereka bersara maka dapat kita lihat kehidupan tua mereka yang sebenar.

Jadi kemungkinan besar juga CUEPACS cuba untuk membela agar mereka yang menjawat jawatan dalam kerajaan ini agar mendapat kehidupan selesa dan jika itu yang difikirkan maka eloklah jika penjawat awam ini dibenarkan berkerja sehingga ke akhir hayat.



4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Time senang tu..apsal tak berjimat?

Tanpa Nama berkata...

CUEPACKS ni makin melampau. Makin di layan makin menjadi. Cukup2lah sampai umur 60 tahun tu. Makin tua kudrat pun kurang x produktif tapi gaji nak besar. Bagi peluang orang muda ambil alih. Lagi pun inilah masa nak cover balik amalan yang mungkin kurang masa bekerja dahulu.

Tanpa Nama berkata...

cuepacks ni cuba la tolong pastikan ahli terutama yang diamanah sebagai penguatkuasa supaya jangan ambik duit dari tokey tokey. asyik sibuk naik gaji, pencen lambat, tambah elaun , tambah cuti, bomus dan sebagainya. tapi amanah kerja hancus.....memalukan kerajaan dan bangsa saje....

Tanpa Nama berkata...

admin ...kenapa dilayan Ibu Hayati ni