Rabu, 7 November 2012

PKR BAKAL HILANG UNDI MELAYU

Kenyataan Nurul Izzah, Naib Presiden PKR tentang kebebasan beragama di negara ini bakal menempah bala.

Bukan sahaja rakyat, malah parti yang menjadi kroni pakatan mereka kini mula bangkit dan marah apabila beliau mengeluarkan kenyataan sebegitu.

Apa yang kamu nak buat ni Nurul? Dah habis pikir ke? Takkan nak gadai agama anak bangsa semata mata kerana kuasa politik yang kamu dan bapa kamu idam idamkan selama ni?

Kita semua pernah dengar bahawa Anwar menyokong tentang seks bebas, kini anaknya pulak si Nurul Izzah menyokong kebebasan beragama.

Adakah ini rupa pemimpin yang kita nak julang sebagai pemimpin negara ini?

Jangan sekali kali kita semua khususnya orang orang Islam memberi peluang kepada mereka ini untuk menjadi pemerintah.

Sangkakala juga ada mendengar bahawa mereka ini sekarang sedang mengikut telunjuk DAP yang berjanji akan memberikan kuasa sebagai Perdana Menteri kepada Anwar.

Kita juga perlu berfikir, sejauh mana DAP jujur dengan kata kata mereka?

Selama mana DAP akan memberikan kuasa sebagai Perdana Menteri kepada Anwar?

Kita perlu berfikir sedalam dalamnya semasa PRU13 nanti jika ingin memangkah parti yang mana pemimpinnya sudah kehilangan Aqidah ini.

Jangan digadaikan apa yang telah di warisi oleh nenek moyang kita kepada kita, jangan kita perjudikan agama Islam semata mata kerana parti yang mempunyai pemimpin seperti mereka ini.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

PR TIDAK AKAN KEHILANGAN UNDI MELAYU SELAGI UMNO TERUS LENA, SEBENARNYA UMNO TIDAK PERNAH MENGAMBIL KESEMPATAN DENGAN SESUATU ISU SEPERTI PR,KALAU ISU NI DIMULAKAN OLEH BN SAYA PENUH PERCAYA PR TELAH MENJELAJAH HAMPIR SELURUH NEGARA MENGGUNAKAN ISU NI UTK DIJADIKAN MODAL,BN/UMNO TERUS LENA DAN LENA MENGHARAPKAN TV,RADIO SERTA AKHBAR SAJA UNTUK DISAMPAIKAN KEPADA RAKYAT.

Tanpa Nama berkata...

apalah diharapkan pada tv utk sampaikan maklumat pada rakyat kalau lebih pentingkan duit,tentu ada orang yg melenting kan!contohnya berita jam 8 malam masa keudara 1jam, tapi adakah masa itu dipenuhi dengan berita serta maklumat buat rakyat,hampir separuh masa dipenuhi dengan ikhlan yg sama tiap hari menyebabkan penonton naik mual lalu menukar ke saluran lain sedangkan pembaca berita pun bertukar,sepatutnya siaran berita tv waktu perdana bebas ikhlan.kalau orang yg dipertangongjawabkan terus tidur cukup bulan ambil gaji lepas pru 13 cukup bulan tak akan ada gaji lagi,