Ahad, 18 November 2012

CALON DAN BAKAL CALON BN JANGAN HANYA PANDAI BERJANJI



Semakin hampir pilihanraya, semakin banyak kita lihat kerenah kerenah pemimpin pemimpin peringkat bahagian melakukan pelbagai aktiviti.
Semua nak tunjuk pada kepimpinan tertinggi Barisan Nasional yang mereka mampu untuk melakukan tugas dan mejalankan amanah yang dipertanggungjawabkan kepada mereka sekiranya terpilih nanti.
Namun ahli politik masih juga ahli politik, cakap pagi petang belum tentu boleh pakai, janji awal jangan disangka sampai ke akhir.
Ramai yang Sangkakala lihat begitu pada hari ini, tidak seperti kepimpinan terdahulu, kini ramai yang mengejar peluang untuk menjadi wakil rakyat.
Tapi satakat mana kemampuan mereka untuk membantu rakyat di kawasan mereka? Adakah mereka benar benar ikhlas dalam memperjuangkan hak serta kebajikan rakyat?
Semua itu tidak mungkin dapat terjawab sekarang, namun ianya akan terjawab setelah apa yang mereka hajati tercapai nanti iaitu hajat untuk duduk di kerusi wakil rakyat dalam Sidang DUN mahu pun Parlimen.
Sudah menjadi lumrah pemimpin di peringkat kawasan tidak kira dari mana parti sekalipun, janji janji manis akan ditaburkan, janji setinggi langit seluas lautan.
Ayat yang biasa menjadi sebutan pula ialah "tegur tegurlah saya sekiranya saya silap" ayat normal yang digunapakai tak kira sama ada pemilihan parti atau semasa menjadi calon prilihanraya.
Tapi yang menjadi kesalan pula ialah setelah mereka terpilih nanti, ayat yang sama akan keluar, tetapi perkataannya diterbalik terbalikkan hingga berbunyi begini "silap kalau tegur tegur saya"..
Haha..ayat yang sama kan? Cuma diubah kedudukan ayat dan intonasi atau nada percakapan.
Ayat pertama tadi ("tegur tegurlah saya kalau saya silap") digunakan ketika merayu untuk menang, ayat seterusnya pula ("silap kalau tegur tegur saya") pula digunakan setelah mendapat jawatan serta apa yang diidamkan.
Ayat ini sebenarnya biasa digunapakai oleh orang orang UMNO, dan kerana itu jugalah rakyat menjadi muak dan jelak kepada parti keramat ini.
Rakyat mampu menilai jasa dan kebaikan UMNO/Barisan Nasional selama ini, tetapi oleh kerana adanya pemimpin seperti ini maka rakyat bangun untuk memberontak dan terjadilah peristiwa seperti PRU12 yang lalu, dimana kerajaan Barisan Nasional hampir hampir tumbang ekoran dari kepimpinan di peringkat kawasan yang jelas bekerja semasa musim pilihanraya sudah hampir.
Jika perkara ini terus berulang, tidak mustahil sekiranya satu hari nanti, Barisan Nasional akan menjadi pembangkang dalam dewan Parlimen serta dalam Dewan Undangan Negeri.
Dan semasa itu nanti juga segala sesalan sudah tiada gunanya lagi.
Kepada pemimpin pemimpin di peringkat kawasan, Sangkakala nasihatkan supaya JANJI DITEPATI, kerana apa? Jari jari yang digunakan sebelum dan semasa pilihanraya mampu untuk menggoncang kedudukan kalian di satu masa nanti.
Ini bukanlah satu ugutan, namun ini adalah kenyataan yang kalian harus terima.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone














Tiada ulasan: