Jumaat, 9 November 2012

UTUSAN ATAU NURUL YANG PUTAR BELIT KENYATAAN

Hari ini Naib Presiden PKR, Nurul Izzah membuat laporan kepada JAIS yang mana beliau mendakwa bahawa akhbar Utusan telah memutar belit kenyataan beliau tentang kebebasan beragama yang dikeluarkan oleh beliau baru baru ini.

Kenapa Nurul hanya mendakwa Utusan tentang perkara tersebut? Sedangkan portal Malaysiakini juga dikatakan telah mengeluarkan klip video yang mana ianya menunjukkan bahawa Nurul memang ada menyatakan kenyataan tersebut.

Adakah Nurul takut jika beliau menamakan sekali portal Malaysiakini dalam laporan tersebut maka akan terjadi satu lagi musibah yang bakal melanda pemimpin PKR itu?

Nurul mendakwa bahawa Utusan telah memutarbelitkan kenyataan dan membawa klip video yang dikatakan mempunyai bukti beliau tidak menyatakan seperti yang didakwa.

Tapi apa yang kita lihat, dalam klip video yang dikeluarkan oleh beberapa laman blog jelas menunjukkan bahawa memang beliau ada menyatakan bahawa tiada paksaan dalam memilih agama.

Kita tunggu apa lagi putar belit Nurul setelah beliau kini terhimpit dengan kenyataan bodoh yang bukan sahaja membangkitkan kemarahan rakyat Malaysia, malah parti komponen mereka (PAS) juga mengecam tindakan tersebut.





Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: