Isnin, 19 November 2012

HADI KATA AZIZAN TAK IKUT CARA RASULULLAH





Memetik ucapan penggulungan Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang semasa muktamar PAS ke 58, beliau ada mengatakan bahawa Menteri Besar Kedah tidak mengikut apa yang dilakukan oleh Rasulullah.

Apa dah jadi ngan Hadi Awang ni? Bukankah kenyataan begitu akan memalukan seorang pemimpin yang digelar sebagai ustaz?

Hadi berkata:" Saya tidak mahu menjadi seperti Ustaz Azizan (Abdul Razak), dia tahu saya suka memancing.  Saya pergi Kedah, dia ajak saya memancing di laut, sebelum pergi, dia minta anak buah dia tumbuk rempah siap-siap nak masak ikan jenahak," katanya yang iringi gelak ketawa hadirin

"(Tetapi) pergi ke laut boleh ikan belukang... Belum apa-apa lagi dah tumbuk rempah... Dan kita perlu mengikut apa yang diajar oleh Nabi SAW," katanya.

Tidakkah Hadi merasakan bahawa apa yang diakatakan oleh beliau itu memalukan Azizan yang menjadi ketua di negeri Kedah?

Kalau dah pemimpin sendiri pun Hadi sanggup malukan, apatah lagi orang lain. Bukankah mengaibkan orang itu juga satu dosa?

Hadi perlu minta ampun dengan Azizan, mungkin Azizan boleh tersenyum namun dalam hati beliau siapa yang tahu.



1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

maksud yang tersirat ialah azizan tak layak ... azizan boleh belah ... saya sokong calon lain walaupun saya bersama azizan kerana azizan hanya mampu berangan sahaja ... lain yang dia nak buat lain yang jadi ... jom tukar kedah haji adi dah bagi green light ...