Sabtu, 17 November 2012

PEMBOHONGAN KERAJAAN SELANGOR TERBONGKAR LAGI

Baru baru ini kerajaan Selangor telah memberitahu bahawa kerajaan pusat telah menukar Yang Dipertua Majlis Perbandaran Selayang, Datuk Zainal Abidin A'ala kerana isu kondominium 29 tingkat di Batu Cave.

Tapi cerita sebenarnya ialah, penamatan peminjaman Datuk Zainal Abidin A'ala sebagai Yang Dipertua (YDP) Majlis Perbandaran Selayang (MPS) mulai semalam adalah dibuat atas cadangan kerajaan negeri Selangor, demikian menurut Ketua Setiausaha Negara (KSN) Datuk Seri Dr Ali Hamsa.

Menurutnya, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor melalui surat bertarikh 15 Oktober lepas memaklumkan bahawa Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memutuskan untuk menggantikan Zainal Abidin dengan pegawai lain.

Jadi apa lagi yang nak di bohongkan oleh kerajaan Selangor selepas ini?

Apa lagi fitnah nak dilemparkan kepada Barisan Nasional oleh Pakatan Rakyat Selangor.




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: