Jumaat, 23 November 2012

STAFF MAXIS KURANG AJAR

Sangkakala petang ni menghubungi Maxis untuk bertanyakan masalah prepaid broadband yang dikatakan bermasalah sejak beberapa hari lalu.

Untuk bertanyakan masalah tersebut, Sangkakala telah menghubungi no telefon bebas tol 1-300 820 120 dan seperti biasa, ada awek komputer yang sambut dengan suara yang merdu, sejuk juga hati dengar suara mcm tu.

Namun panggilan awek komputer ni biasa la, makan masa sikit sebab lembab bercakap lepas tu siap ada iklan lagi, dah ambil masa lebih kurang 2 minit.

Panggilan Sangkakala telah disambungkan kepada pegawai perkhidmatan dan disini yang tak memuaskan hati Sangkakala.

Bukan Sangkakala tak suka jika pegawai lelaki menjawab panggilan tersebut, namun cara pegawai khidmat pelanggan memang melampau, dengan tidak memperkenalkan diri, beliau telah bertanya apa masalah yang Sangkakala hadapi.

Sangkakala memulakan perbualan dengan beliau dengan bertanyakan bila masalah prepaid broadband boleh diselesaikan.

Namun apa yang terjadi ialah, pegawai tersebut terus memutuskan panggilan telefon Sangkakala, wahh..ini sudah lebih ni, satu syarikat besar boleh pulak menggajikan pegawai yang semacam ini.

Kalau tak silap Sangkakala panggilan tersebut dikatakan akan direkod untuk rujukan pihak Maxis.

Lagi satu Sangkakala dapat tahu bahawa setiap nombor talian bebas tol 1-800 atau 1-300 bernaung dibawah Customer Relationship Management & Contact Centre Association Malaysia atau CCAM.

Tugas CCAM pula dikatakan memberikan khidmat nasihat cara cara melayan pelanggan kepada pegawai pegawai yang berkerja di sektor tersebut.

Harapan Sangkakala ialah CCAM buat sedikit penyelidikan kepada pegawai pegawai yang bakal diberikan tugas kerana tugas tugas mereka ini sentiasa dengan pelanggan yang bermasalah.

Harap dapat diberikan perhatian sepenuhnya dari pihak CCAM
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: