Rabu, 14 November 2012

KAMALANATHAN MINTA KERAJAAN SELANGOR DEDAHKAN MINIT MESYUARAT KEPADA RAKYAT




Lagi isu tentang kelulusan kondominium di kawasan Batu Cave yang kini hangat diperkatakan, kerajaan Selangor telah menunding jari kepada Barisan Nasional kononnya semasa kerajaan Barisan Nasional memerintah, kelulusan telah diberi kepada pemaju.

Sangkakala menghubungi YB Kamalanathan untuk mendapatkan kisah sebenar disebalik apa yang berlaku sebenarnya tentang isu kondominium 29 tingkat tersebut.

Menurut YB Kamalanathan, kelulusan awal bagi pembinaan kondominium telah diberi oleh Majlis Perbandaran Selayang pada tahun 2007 dengan syarat kepada pemaju untuk membolehkan pemaju mendapatkan kelulusan dari pada pihak-pihak yang bertanggungjawab.

Menurut YB Kamalanathan lagi, kelulusan ini perlu diberi kepada pemaju untuk membolehkan kelulusan dari Jabatan Alam Sekitar dan sebagainya diperolehi dan kelulusan awal ini tidak membolehkan pemaju mejalankan kerja-kerja pembinaan.

Menurut beliau juga, seperti kebiasaan, pemaju akan mengemukakan kertas cadangan kepada Majlis Perbandaran untuk dibawa kepada mesyuarat Jawatan Kuasa Pembangunan, dan Majli Perbandaran telah mengeluarkan kelulusan awal untuk kerja-kerja kajian kesesuaian tanah serta kawasan.

Tapi menurut satu sumber dari Majlis Perbandaran Selayang pula ada mengatakan bahawa, kelulusan untuk menjalankan kerja-kerja pembinaan telah diberi kepada pemaju pada bulan March 2008 dan ini adalah selepas pilihanraya umum ke 12 dimana kerajaan Pakatan Rakyat telah memenangi kerusi DUN negeri Selangor serta menjadi kerajaan bagi negeri tersebut.

Namun kelulusan akhir tersebut dibuat sebelum ada perlantikan ahli majlis yang baru kerana Ahli Majlis Perbandaran Selayang hanya dilantik pada pertengahan tahun 2008.

Menurut kebiasaan yang dilakukan, pentadbir Majlis  Perbandaran perlulah mengemukakan projek-projek yang telah diluluskan sebelum perlantikan baru untuk makluman kepada ahli-ahli majlis yang baru dilantik dan sekiranya terdapat apa-apa bantahan maka projek tersebut boleh dibatalkan atau ditangguhkan sementara waktu.
  
Bagi YB Kamalanathan lagi, adalah lebih baik sekiranya kerajaan Selangor mengemukakan minit mesyuarat kelulusan dari awal permohonan hinggalah kepada kelulusan akhir projek tersebut untuk membolehkan rakyat menilai siapa yang bersalah.

Satu lagi kata beliau, kenapa setelah 4 tahun kelulusan diberikan, barulah kerajaan Selangor tampil menunding jari mengatakan bahawa itu adalah kesilapan kerajaan Barisan Nasional? Bukankah kerajaan negeri mempunyai kuasa untuk membetalkan projek tersebut?

Ini semua sebenarnya adalah gimik politik kerajaan Pakatan Rakyat Selangor untuk memburuk-burukkan Barisan Nasional dan mereka (PR) sendiri tahu, jika meereka membataalkan kelulusan tersebut, maka kemungkinan besar untuk diambil tindakan oleh pemaju adalah tinggi kerana kelulusan akhir diberi semasa pemerintahan mereka.

Mungkin kerajaan Selangor sudah ketandusan isu untuk memburukkan Barisan Nasional yang dilihat begitu mengambil berat tentang kebajukan rakyat.

kita semua perlu juga melihat dimana kekejaman kerajaan Selangor terhadap rakyat berbanding dengan kerajaan Barisan Nasional yang sentiasa mengambil berat tentang kebajikan serta keselesaan rakyat.

Sebagai contoh, kerajaan Selangor kini tidak mahu memberikan kerjasama dalam isu air yang mana mereka mengatakan bahawa simpanan air di negeri itu mencukupi sedangkan telah banyak rungutan dan laporan yang dikemukakan bahawa air di Selangor pada ketika ini adalah kritikal.

Menteri Besar pula telah mengeluarkan kenyataan-kenyataan bodoh dimana beliau sendiri mengatakan bahawa Selangor akan menggunakan air lombong dan sebagainya untuk menampung keperluan air bagi rakyat di negeri itu. Adakah ini ciri-ciri seorang pemimpin yang mengambil berat tentang rakyat? Sanggup melihat dan memberikan rakyat menggunakan air yang tidak diketahui puncanya.

Sama juga dengan isu AES, kerajaan Selangor memberikan tempoh kepada kementerian Pengangkutan supaya mencabut kembali kamera yang telah dipasang di beberapa kawasan di negeri tersebut.

Adakah kerajaan Selangor mahu membiarkan pengguna-pengguna jalan di negeri itu diundang kecelakaan akibat dari kemalangan yang mana negeri Selangor adalah pencatat kemalangan tertinggi di dalam negara.







Tiada ulasan: