Khamis, 22 November 2012

PAS TAK LAYAK PAKAI NAMA ISLAM

Para pemimpin agama tempatan terdiri daripada guru pondok, golongan tahfiz, tabligh dan ustaz di negeri ini hari ini bangkit menyatakan bantahan terhadap Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berikutan kenyataan beliau yang memurtadkan sesama Islam serta doa Pas yang memohon kehancuran UMNO.

Mereka yang bernaung di bawah pertubuhan bukan kerajaan, Minda Pondok turut membuat laporan polis terhadap Menteri Besar Kelantan itu kerana mendakwa kenyataannya bukan sahaja bercanggah dengan Islam malah merosakkan akidah ummah.

Sah kini PAS telah lari dari landasan agama islam yang sebenar, dengan mendoakan kehancuran dan musiabah kepada sesama islam, adakah itu pegangan PAS selama ini?

Islam menggalakkan supaya umatnya mendoakan kesejahteraan serta kebaikan kepada seluruh umat di islam di seluruh dunia, namun PAS tidak sama sekali berbuat begitu.

Kenapa PAS tidak mendoakan kehancuran kepada rejim zionis yang kini sedang menzalimi rakyat Palestin, adakah kerana kenyataan Anwar Ibrahim bahawa bahawa beliau menyokong Israel kerana mempertahankan diri kononnya.

Jadi disini kita semua dapat membezakan siapa atau apa itu PAS dan parti tersebut tidak sama sekali layak untuk menggunakan perkataan Islam dalam parti mereka.

Tiada ulasan: