Isnin, 19 November 2012

MB SELANGOR BERDOLAK DALIK






Selepas mengeluarkan kenyataan bahawa kelulusan kondominium setinggi 29 tingkat di batu Cave diberi kelulusan semasa barisan Nasional memerintah negeri Selangor, Yang DiPertua Majlis Perbandaran Selayang, Datuk Zainal Abidin A'ala diarahkan bertukar ke Institut Tadbiran Awam negara (INTAN).

Menurut kata kerajaan negeri, pertukaran tersebut dibuat oleh kerajaan pusat ekoran dari kenyataan tersebut.

Jelas menteri Besar dan kerajaan Selangor berdolak dalik dalam isu ini, kerana pada hari ini, Menteri Besar Selangor menjelaskan, cadangannya kepada pegawai penjawatan dari pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri itu adalah untuk memastikan kesinambungan dalam pengurusan sumber manusia untuk pegawai kerajaan yang berkhidmat di Selangor.

 Jadi bukanlah kerana kerajaan pusat atau Barisan Nasional yang mengarahkan Datuk Zainal bertukar bahkan ianya adalah daripada permintaan kerajaan negeri sendiri.

Kenapa isu ini pun kerajaan Selangor masih nak simpan dan memutar belitkan situasi dengan menunding jari kepada kerajaan barisan Nasional?




1 ulasan:

Bicara Perjuangan berkata...

salam. saya dh pautkan blog tuan di blog saya. saya juga dh follow. org berbudi kita berbahasa. mohon tuan juga berbuat demikian terhadap blog saya. terima kasih tuan....