Pembentangan Bajet 2013 di Dewan Rakyat baru-baru ini terbukti memberi kesan positif terhdap sokongan pengundi muda terhadap Kerajaan Barisan Nasional (BN).
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Khairy Jamaluddin menjelaskan, menerusi kajian yang dibuat sayap parti tersebut mendapati sejumlah 50 peratus pengundi Muda telah membuat keputusan menyokong BN berbanding hanya 20 peratus yang memihak kepada Pembangkang.
Manakala baki 30 peratus masih mengambil langkah pendirian berkecuali.
Beliau berkata, peratusan terkini sejurus pembentangan Bajet 2013 tersebut dilihat satu perubahan drastik berbanding laporan sebelum ini yang mendapati 60 peratus pengundi muda adalah berkecuali.
"Kajian terbaru ini menunjukkan lonjakan luar biasa...kita nampak kesan belanjawan ini amat baik sekali," katanya menerusi kenyataan kepada pemberita hari ini.
Sambil memperjelaskan kajian terbaru itu membabitkan 1,000 responden dari seluruh Negara, Ahli Parlimen Rembau itu menambah, keputusan kajian tersebut memberi semangat baru buat pergerakan Pemuda dan Puteri Barisan Nasional (BN) untuk lebih bekerja keras mendekati rakyat secara lebih agresif.
Sementara itu, Khairy dilaporkan telah selesai memberi perbahasan di Dewan Rakyat di sini bagi menyokong perbentangan Bajet 2013 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat lalu.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Tiada ulasan:
Catat Ulasan