Isnin, 22 Oktober 2012

22 TAHUN MEMERINTAH TANPA PEMBANGUNAN

Hari ini genap 22 tahun Kelantan diperintah dibawah kerajaan PAS yang mana pada hari ini juga genap Tuan Guru Nik Aziz menjadi Menteri Besar negeri itu.

Namun apa yang kita dapat lihat selama 22 tahun ini di Kelantan?

Adakah pembangunan di negeri itu pesat seperti negeri negeri lain yang diperintah oleh Barisan Nasional?

Semua pembangunan yang ada pada hari ini di Kelantan adalah peninggalan daripada kerajaan Barisan Nasional dulu dan ianya kekal hingga ke hari ini, namun pembangunan terdahulu telah dicemari juga dengan ketidak cekapan kerajaan PAS yang mengambil alih tampuk pemerintahan pada tahun 1990.

Seperti masalah air di Kelantan yang tidak menampakkan ianya diperbaharui hingga kita semua mengetahui dan diakui oleh warga Kelantan sendiri bahawa tahap kebersihan air di negeri itu adalah ditahap yang paling rendah berbanding negeri negeri lain di negara ini.

Selama 22 tahun ini juga, kita boleh bertanya kepada kerajaan PAS, berapa buah masjid yang dibina oleh kerajaan negeri itu?

Selain itu juga kita pernah diperdengarkan tentang isu ladang rakyat, dimana projek ini dikatakan telah gagal dan ramai penama penama dalam projek tersebut melahirkan rasa kekecewaan mereka.

Berbanding dengan kerajaan negeri dibawah kepimpinan Barisan Nasional dulu (sebelum PRU12), negeri Kelantan boleh dikatakan mundur dari segi kegiatan ekonomi berikutan ketakutan pelabur asing yang cuba untuk melabur dinegeri itu.

Ini juga jelas menunjukkan bahawa kerajaan PAS di Kelantan gagal untuk meyakinkan pelabur asing dalam menjana pendapatan negeri tersebut sekaligus mengurangkan peluang pekerjaan hingga anak anak Kelantan terpaksa keluar dari negeri tersebut untuk mencari rezeki.

Jika Kelantan kita telah melihat keadaan itu, kita juga tidak mustahil akan melihat kejadian sama di negeri negeri lain seperti Selangor, Kedah dan Pulau Pinang, bukan itu sahaja, jika PAS atau parti yang bersekutu dengan parti Islam tersebut menjadi pemerintah di negara ini, adalah tidak mustahil kejadian atau keadaan sama terjadi.

Jadi dalam kita mengelakkan perkara seperti ini terjadi, maka Sangkakala berpendapat kita perlu menolak parti parti ini dalam PRU yang akan datang demi kesejahteraan anak cucu kita kelak.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: