Rabu, 17 Oktober 2012

INDUSTRI PERKHIDMATAN PELANGGAN & PUSAT PERHUBUNGAN MALAYSIA 2012 MENJANJIKAN PELUANG KERJAYA YANG LUMAYAN

KENYATAAN MEDIA
12 OKTOBER 2012

INDUSTRI PERKHIDMATAN PELANGGAN & PUSAT PERHUBUNGAN MALAYSIA 2012 MENJANJIKAN PELUANG KERJAYA YANG LUMAYAN

Kuala Lumpur – Y.A.Bhg. Datin Paduka Seri Rosmah Mansor, Isteri kepada Perdana Menteri Malaysia telah hadir merasmikan Majlis Anugerah Industri Perkhidmatan Pelanggan Dan Pusat Perhubungan Malaysia 2012 buat kali ke-13 di Hotel Istana.

Industri Perkhidmatan Pelanggan dan Pusat Perhubungan di Malaysia semakin berkembang pesat dan telah membuktikan bahawa industri tersebut berupaya menawarkan peluang pekerjaan serta tangga gaji yang tinggi.

Lebih 40,000 peluang pekerjaan wujud sehingga tahun 2020 yang yang menawarkan gaji minima secara purata sebanyak RM 1,500.00 sebulan. Ianya selari dengan saranan Y.A.B Perdana Menteri Malaysia untuk menjadikan Malaysia sebagai Negara maju berpendapatan tinggi.

Y.B. Senator Dato’ Maznah Mazlan, Timbalan Menteri Sumber Manusia juga turut hadir ke Majlis tersebut.

Menurut beliau Industri Perkhidmatan Pelanggan dan Pusat Perhubungan di Negara ini merupakan sebuah industri yang berpotensi tinggi dan dapat membantu meningkatkan produktiviti serta pembangunan negara melalui peluang pekerjaan serta perniagaan yang ada.

Customer Relationship Management And Contact Centre Association of Malaysia atau lebih dikenali sebagai CCAM merupakan sebuah Pertubuhan tunggal yang mewakili setiap Organisasi-Organisasi yang menyediakan perkhidmatan pelanggan serta mempunyai pusat perhubungan.

“Kementerian Sumber Manusia menyokong inisiatif penubuhan CCAM selaku Pertubuhan tunggal serta menyambut baik segala inisiatif diambil yang merangkumi aspek latihan, jaminan pekerjaan, kajiselidik, pendedahan yang lebih agresif serta mewujudkan nilai tambahan seperti kredibiliti dan keupayaan”. Tambah Y.B. Senator Dato’ Maznah Mazlan.

Majlis Anugerah Inudstri Perkhidmatan Pelanggan dan Pusat Perhubungan Malaysia 2012 yang dianjurkan tahun ini telah mencipta sebuah rekod baru melalui penerimaan jumlah penyertaan yang tertinggi sebanyak 491 berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Majlis tersebut dianjurkan bagi memberi pengiktirafan kepada individu serta organisasi yang telah memainkan peranan serta menyumbang ke arah pembangunan Industri Perkhidmatan Pelanggan dan Pusat Perhubungan Negara. Y.A.Bhg. Datin Paduka Seri Rosmah Mansor juga telah menerima Anugerah Tokoh Prihatin melalui keprihatinan, komitmen serta pengorbanan beliau dalam memastikan golongan yang kurang bernasib baik mendapat tempat, perhatian dan bantuan daripada pelbagai pihak jelas terbukti dengan penglibatan aktif Y.A.Bhg. Datin Paduka Seri terhadap aktiviti khidmat komuniti dan kemasyarakatan.

“Seramai 1,300 orang yang terdiri daripada golongan professional hadir pada majlis yang berprestij ini sebagai tanda sokongan berterusan mereka terhadap Industri yang unik ini serta meraikan kejayaan rakan-rakan seperjuangan.

CCAM akan meningkatkan lagi jaringan strategik bersama-sama Agensi-agensi Kerajaan serta sektor korporat dalam dan luar negara bagi memastikan Industri ini akan terus relevan bagi memberi faedah kepada rakyat Malaysia.” Kata Mohd Irwan Rizal, Presiden Customer Relationship Management and Contact Centre Association of Malaysia.


MOHD IRWAN RIZAL
PRESIDEN
CUSTOMER RELATIONSHIP MANAGEMENT AND CONTACT CENTRE ASSOCIATION OF MALAYSIA

Tiada ulasan: