Khamis, 4 Oktober 2012

PENERANGAN KEDAH TIDAK BERFUNGSI

Sangkakala seperti dipanggil untuk menyelidik tentang apa yang terjadi di negeri Jelapang Padi iaitu Kedah.

Negeri yang dulunya aman dan makmur dibawah kepimpinan UMNO dan Barisan Nasional akhirnya tumbang ke tangan PAS.

Kita semua didendangkan dengan pelbagai janji janji manis oleh PAS DAP dan PKR namun tidak satu pun yang mampu mereka buktikan selain dari pada menindas rakyat dan menipu.

Namun itu bukanlah isu yang Sangkakala akan ketengahkan dalam artikel kali ini.

Isu yang sebenarnya ialah, mampukah UMNO dan Barisan Nasional merampas kembali Kedah daripada Pakatan Rakyat yang diterajui oleh PAS di Kedah walaupun ianya dibawah telunjuk PKR dan DAP.

Sangkakala masih berasa sangsi dengan kemampuan badan perhubungan negeri Kedah sebenarnya, tambahan pula melihat kepada Ketua Penerangan Perhubungan UMNO itu sendiri.

Orang yang di pertanggungjawabkan untuk memberi penerangan bagi pihak UMNO dan Barisan Nasional di Kedah pula adalah bekas Bregadier KAGAT yang juga kini seorang senator iaitu Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Sangkakala selalu mengikuti perkembangan Menteri Agama kita ni, tapi makin di ikut jadi semakin pelik pulak dengan sikap beliau, tidak seperti sebelum beliau menjadi Senator seterusnya di lantik menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Oleh kerana jawatan beliau di dalam kabinet maka beliau telah di angkat untuk menjadi Ketua Penerangan Badan Perhubungan Negeri Kedah namun fungsi beliau menyandang jawatan (Ketua Penerangan) tersebut tidak menyerlah atau dalam kata lainnya tidak melakukan apa apa.

Sangkakala merasa sedikit hairan apabila ada yang mengatakan bahawa Jamil lebih banyak melakukan kerja kerja yang bukan didalam tugas beliau ataupun langsung tidak ada kena mengena dengan jawatan beliau sama ada di pusat mahupun negeri, yang itu Sangkakala akan masukkan dalam artikel yang lain satu masa nanti.

Kita imbas kembali apa yang patut dilakukan oleh Ketua Penerangan, mungkin juga Jamil Khir bukan dikalangan orang UMNO maka beliau mungkin tidak pernah membuka buku perlembangaan yang mana di dalam buku tersebut terdapat tugas tugas pegawai dari pada cawangan hinggalah ke pusat.

Sangkakala ada beberapa orang rakan di Negeri Kedah yang begitu aktif dalam politik, apa yang mendukacitakan menurut mereka ialah, Jamil seolah olah tidak mempedulikan apa yang akan terjadi bagi seluruh negeri Kedah tapi beliau lebih banyak menjaga Bahagian Jerai sahaja.

Kenapa jadi begitu? Ada juga yang mengatakan bahawa Jamil Khir berminat untuk mbertanding sebagai ketua bahagian Jerai hingga beliau tidak memberikan perhatian dalam memberikan penerangan berkenaan isu isu semasa dalam negeri Kedah dan oleh sebab itu juga beliau hanya memberikan tumpuan kepada bahagian Jerai.

Bagi Sangkakala, apa guna menang sebagai ketua bahagian jika negeri masih lagi di perintah oleh parti lain.

Mungkin ini juga tidak diambil berat oleh Jamil Khir yang mana pada pandangan Sangkakala tidak begitu arif tentang politik.

Mungkin sesuatu perlu dilakukan oleh perhubungan negeri dan juga UMNO Malaysia dalam memberikan penerangan kepada Jamil tentang tugas tugas beliau dalam memberi penerangan di negeri tersebut.

Tiada ulasan: