Selasa, 30 Oktober 2012

PEGANG JAWATAN SAMPAI MATI

Menteri Besar Kelantan yang juga Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat menyatakan pendirian beliau untuk tidak melepaskan jawatannya sebagai Menteri Besar walaupun atas desakan mana mana pihak.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Sambutan Hari Inovasi Peringkat Negeri Kelantan.

Pernah satu masa dulu Sangkakala terdengar bahawa Nik Aziz akan meletakkan jawatan jika mantan Perdana Menteri pada ketika itu Tun Dr Mahathir melepaskan jawatan beliau sebagai Perdana Menteri.

Namun setelah bertahun Tun Mahathir melepaskan jawatan Perdana Menteri nampaknya Nik Aziz masih lagi memegang jawatan Menteri Besar Kelantan sekaligus melihatkan beliau tidak berpegang dengan apa yang diucapkan.

Mungkin agaknya Nik Aziz berkeinginan untuk memegang jawatan tersebut hingga ke akhir hayat dan menemui ajal sebagai Menteri Besar.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

N.Ajis tak boleh letak jawatan takut segala fail2 rahsia PAS makan komisen lombong emas haram, rampas tanah rakyat jual kat cina singapork, kes curi pasir, seleweng pinjaman 700juta air rakyat buat biaya parti, kes songlap derma masjid, zakat, kutip derma atas nama projek palsu dsb - semua dalam laci pejabat MB.Tunggu masa untuk didedah jika BN ambil alih.