Isnin, 29 Oktober 2012

KHALID IBRAHIM SUSAH HATI

Menteri Besar Selangor kini berasa lega apa bila Anwar Ibrahim selaku Ketua Umum PKR memberi jaminan bahawa Khalid Ibrahim akan kekal sebagai Ahli Parlimen Bandar Tun Razak.

Namun itu masih belum cukup untuk melegakan beliau untuk mengekalkan kerusi empuk sebagai Menteri Besar Selangor.

Desas desus yang mengatakan bahawa Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali akan mengambil alih kerusi Menteri Besar makin kuat diperkatakan.

Adakah selepas apa yang dilakukan oleh Khalid selama menjadi Menteri Besar akan mendapat perhatian Anwar Ibrahim?

Khalid yang dikatakan telah membelanjakan jutaan ringgit untuk memberi keselesaan kepada Anwar kini perlu berhadapan dengan Azmin Ali yang begitu berkehendakkan jawatan Menteri Besar tersebut.

Seperti bukti yang dikemukakan oleh laman2 blog sebelum ini yang mana bas mewah jelajah merdeka kepunyaan PKR ditaja oleh Khalid dan kenderaan tersebut didaftarkan dibawah nama beliau sendiri.

Bas tersebut yang dikatakan adalah hasil daripada pembelian lori sampah Selangor.

Bukan itu sahaja, malah pentadbiran Khalid juga dikatakan telah menjual aset milik Perbadanan Kerajaan Negeri Selangor (PKNS) yang melibatkan nilai ratusan juta ringgit.

Kita juga sedia maklum bahawa Azmin adalah anak didik kesayangan Anwar dan mana mungkin Anwar akan menolak sekiranya Azmin berkehendakkan jawatan tersebut.

Tidak mustahil Anwar akan menempatkan Azmin untuk menyandang jawatan tersebut berikutan Azmin lebih mendengar kata kata dari Anwar Ibrahim dan sudah tentulah kekayaan kerajaan negeri Selangor lebih mudah di rampas oleh Anwar jika meletakkan Azmin sebagai Menteri Besar.

Jika Anwar benar benar telus dalam menentukan kedudukan Khalid, sudah pastilah beliau dengan tanpa ragu ragu akan mengatakan bahawa Khalid akan kekal sebagai Menteri Besar.

Namun beliau enggan menyatakan kedudukan tersebut, cuma menyatakan bahawa Khalid akan kekal sebagai calon PKR sebagai ahli parlimen.

Memang selama ini kita semua tahu bahawa Anwar bijak bermain kata kata dan beliau cukup pandai memujuk rayu khususnya para pengundi.

Namun rakyat Selangor perlu mengambil iktibar dari apa yang terjadi di Selangor kini. Rakyat Selangor perlu memperbetulkan kesilapan yang telah dilakukan semasa PRU12 yang lalu yang mana rakyat Selangor telah memberi ruang dan peluang kepada Pakatan Rakyat untuk menyamun hasil kekayaan negeri tersebut.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

1 ulasan:

Talk With Hand berkata...

RAKYAT SELANGOR PERLU SEDAR !!!!

Mengubah dan menjadi ejen untuk mengubah bukan lah mudah . Terutama sekali apabila perlu menjaga setiap hati rakyat. Ya memang UMNO masih belum untuk berkesempatan utk memuaskan hati setiap inchi hati rakyat Selangor . Tetapi setiap perubahan yang cuba dibawa oleh UMNO dahulu , adakah segelintir sahaja yang merasainya atau , seluruh Rakyat Selangor merasakanya?

Kita kena melihat sebuah agenda yang jauh dimasa hadapan. Kalau pun kita tidak sempat untuk merasainya , tetapi Ahli keluarga kita pasati akan dapat merasainya. Contoh mcm kita sekrang la . Kalau UMNO dahulu tidak kuat , adakah kita akan merasai apa yang kita sedang nikmati ketika ini. Baca kat situ sudah la.

Renung-renungkan ..