Rabu, 18 April 2012

BANTUAN PUN DEPA NAK POLITIKKAN

Kerajaan negeri Pulau Pinang diselar kerana mempolitikkan pemberian bantuan Skim Pelajar Emas apabila pemohon disyaratkan menyerah borang bantuan kepada pejabat-pejabat wakil rakyat pakatan pembangkang.

Presiden Persatuan Kebajikan Insan Mulia (PKIM), Aminah Abdullah berkata borang bantuan yang diedarkan di sekolah rendah dan menengah mulai semalam itu terhad untuk pelajar pelajar Tahun 1, Tahun 4, Tingkatan 1 dan Tingkatan 4.

Skim Pelajar Emas yang memperuntukkan RM100 kepada setiap pelajar sebagai bantuan kepada murid darjah 1, darjah 4, tingkatan 1 dan tingkatan 4.

"Jika hendak beri bantuan kenapa mesti memilih. Ini bantuan untuk pelajar sekolah, lebih baik jika borang ini diserahkan kepada pentadbiran sekolah untuk dinilai sama ada layak atau tidak," katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Beliau yang juga Bekas Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat negeri berkata ibu bapa pemohon juga perlu mengisi maklumat kawasan Adun dan Parlimen masing-masing pada borang itu disamping wajib menjadi pemilih berdaftar dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di negeri ini bagi membolehkan permohonan mereka diproses.

Tiada ulasan: