Jumaat, 6 April 2012

JELAS KERAJAAN PERAK LEBIH MEMBERI KEBAJIKAN KEPADA RAKYAT

Hampir RM8.7 juta dibelanjakan oleh Kerajaan negeri melalui Yayasan Bina Upaya (YBU) khusus untuk membantu rakyat yang kurang berkemampuan menjana pendapatan sendiri menerusi skim pinjaman mikro kredit.

Exco Pembangunan Luar Bandar, Pembasmian Kemiskinan dan Perladangan, Datuk Saarani Mohamad memberitahu, sehingga Mac, seramai 1,099 penerima memperoleh bantuan tersebut melibatkan 797 orang Melayu, 126 Cina, 151 India dan 25 lagi Orang Asli.

“Sehingga Mac lalu, sebanyak 377 orang telah menerima bantuan perumahan melibatkan 183 pembinaan rumah baru dan 194 lagi untuk projek baik pulih.

“YBUDR telah membiayai pembinaan rumah dengan satu bilik bernilai RM20,000, dua bilik RM30,000 dan tiga bilik RM35,000. Bagi projek baik pulih rumah pula, ia melibatkan kos maksimum sebanyak RM15,000,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Datuk Dr Wan Norashikin Wan Noordin (BN-Kampung Gajah) yang mahukan penjelasan jumlah penerima bantuan YBUDR setakat ini.

Dalam pada itu, Saarani berkata, bagi bantuan kotak makanan pula, sebanyak 58,957 orang telah menerima sumbangan tersebut sehingga Mac lalu.

Tambah beliau, YBUDR juga telah menyalurkan bantuan berjumlah RM1 juta kepada 6,700 penerima bantuan musim perayaan.


YBUDR di ketuai oleh  Saudara Khairul Azwan Dato’ Harun atau lebih mesra di panggil Azwan bro (gambar) yang juga merupakan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Perak telah menunjukkan kesungguhan dalam menjayakan misi kerajaan dalam memberi bantuan kepada seluruh rakyat Perak yang memerlukan.

Sangkakala mengucapkan tahniah kepada YBUDR yang telah berjaya memberikan bantuan yang amat diperlukan oleh rakyat negeri Perak itu sendiri dan kini rakyat Perak telah melihat bahawa kerajaan di bawah kepimpinan UMNO dan Barisan Nasional sahaja yang mampu untuk memberikan bantuan kepada rakyat.

Sangkakala juga berharap agar rakyat di negeri Perak tidak lagi mengulangi kesilapan seperti yang telah terjadi pada pilihanraya umum ke 12 yang lepas.


psssttt..bak kate oghang peghak..kalo nunggu pakatan, hagham nak membagi..aje haob le nunggunye yop

Tiada ulasan: