Selasa, 17 April 2012

BETUL KE TANTAWI KATAKAN NI

Kenyataan berani Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin Hassan Tantawi yang menyatakan bahasa PAS merupakan “pakar demonstrasi”.

Hebat bukan? Bukan calang-calang bagi satu pihak untuk mengakui kepakarannya dalam sesuatu bidang, apatah lagi bidang demonstrasi!

Menurutnya, PAS sangat berpengalaman dalam menganjur dan mengawal demonstrasi tanpa menyebabkan berlaku sebarang kacau bilau. Satu lagi kenyataan hebat dari “pakar demonstrasi” negara ini.
Bila Nasruddin sudah mengaku sebagai “pakar” berdemo, maka jelaslah bahawa mereka memang sering menganjurkan siri demonstrasi-demonstrasi. Sehebat-hebat Anwar yang berdemo sejak bergelar mahasiswa, hebat lagi PAS dan Nasruddin.
Saya ingin membawa para pembaca mengingati peristiwa Memali. Ia merupakan salah satu demonstrasi PAS di Baling, Kedah. Apabila diminta menyerah kepada pihak berkuasa, para penyokong PAS itu menyerang pihak berkuasa sehingga ada yang terbunuh.

Dek kerana hilang kawalan, mereka nekad menyerang terus pihak berkuasa secara bersemuka dan mengakibatkan nyawa mereka melayang. Hebat benar PAS berdemonstrasi. “Aman” dan “terkawal” sungguh!
Pada siri demonstrasi Bersih 2.0 pada Julai yang lalu, beberapa pemimpin pembangkang termasuk PAS telah dilarang untuk memasuki kawasan ibu kota Kuala Lumpur.

Antara yang digazetkan tidak boleh memasuki kawasan bandaraya itu ialah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Pada Himpunan Bersih 2.0 itu juga beribu penyokong PAS membanjiri kawasan bandaraya itu. Meskipun jalanraya di sekitar ibukota ditutup dan dikawal ketat oleh pihak berkuasa ketika itu, para penyokong PAS yang dikerah hadir tetap menyusup masuk ke kawasan yang ditetapkan Ambiga.

Saya ingin bertanya kepada Nasruddin yang “pakar” mengawal demonstrasi itu, siapakah yang mengawal tingkahlaku Mat Sabu yang membonceng motosikal dan cuba menyusup masuk ke ibukota? Hadi Awang? Nik Aziz? Salahuddin Ayub? Atau Mahfuz Omar?

Sekiranya dia dikawal tingkah lakunya, mengapa sampai dia sendiri terbabas jatuh motosikal ketika cuba lari dari sekatan polis? Sudahlah cuba lari, jatuh pulak tu! Kemudian dia tuduh pula polis langgar dia dengan kenderaan pacuan empat roda.

Padahal, kenderaan pacuan empat roda itu sudah melepasi Mat Sabu dan hanya ada sebuah kereta peronda Waja milik polis di tepinya! Macamana Mat Sabu boleh dakwa dia dilanggar kenderaan pacuan empat roda itu sedangkan rakaman CCTV jelas menunjukkan dia jatuh sendiri!

Kekalutan itu mencerminkan sebuah himpunan “aman” dan “terkawal” di mata Nasruddin?
Bagaimana pula dengan para penyokong PAS yang melakukan provokasi terhadap pihak polis? Polis meminta mereka bersurai dengan baik, tapi puak-puak PAS “pakar demonstrasi” itu memaki hamun dan bersikap melampaui batas pula? Itu namanya “demonstrasi terkawal”?

Nasruddin dalam kenyataan terakhirnya berkata di Harakahdaily, “Beberapa hari sebelum perhimpunan pada 28 April, Pemuda akan bertemu dengan pihak polis meminta mereka menjaga keamanan,”.
Siapa yang “pakar” sebenarnya? Mengapa Nasruddin meminta untuk bertemu pihak polis dan meminta pihak berkuasa itu menjaga keamanan? Tadi dia bersungguh-sungguh menyatakan bahawa PAS pakar demo dan mampu mengawal para peserta demonstrasi.

Jadi, mengapa perlu bantuan polis pula?

Selama ini pihak PDRM terpaksa dikerah dari beberapa negeri bagi menampung kekurangan anggota pasukan keselamatan itu mengawal huru-hara demonstrasi yang dianjurkan PAS dan sekutunya. Tapi anggota polis itu dihina, dimaki, dihamun dan diprovokasi bagai binatang!

Dan sekarang dia minta bantuan polis untuk menjaga keamanan demonstrasi? “Pakar demonstrasi” minta bantuan anggota PDRM?

Mengapa tak kawal sendiri? Bukankah PAS “pakar” mengawal demonstrasi “aman”? Kawallah sendiri..!!!

Tiada ulasan: