Sabtu, 28 April 2012

KESILAPAN DIN PUDU KALI NI

Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub, yang membuat persediaan untuk bertanding di Johor pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), di Kampung Skudai Kiri di sini semalam, penduduk berasa kurang senang dengan kehadiran beliau lantas berlaku sedikit kekecohan.

Kekecohan, yang dilihat sebagai ujian awal ke atas beliau, berlaku apabila sebahagian mereka berkeras tidak mahu pemimpin parti itu mencampuri urusan berkaitan pemilikan tanah di kawasan berkenaan.

Kedatangan Salahuddin yang ditemani Ketua Pemuda Pas negeri, Suhaizan Kaiat bersama lebih 20 penyokong pada jam 12.25 tengah hari menerima sambutan dingin penduduk, malah kenderaan pacuan empat roda yang mereka naiki diketuk dari luar sehingga memaksa pasukan polis datang untuk menenangkan keadaan.

Setelah keadaan beransur reda, Salahuddin yang kelihatan tenang kemudian menghampiri sekumpulan orang kampung yang sedang berkumpul setelah diberi tempoh sepuluh minit untuk bercakap oleh pihak polis.

Ahli Parlimen Kubang Kerian ini disahkan akan bertanding di Johor kali ini tetapi kerusinya belum disahkan lagi.

Dalam ucapan ringkas beliau berkata, Ahli Parlimen Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed adalah rakan baiknya di Parlimen dan kehadirannya di kampung itu adalah untuk membantu menyelesaikan masalah penduduk.

“Umno dan Pas adalah parti sahaja. Kita semua orang Melayu dan tidak perlu bergaduh. Kalau saya bertanding di sini pun, belum tentu menang atau kalah, jadi biar kita sama-sama perjuangkan hak rizab Tanah Melayu ini.

“Kedatangan saya ke sini sekadar mahu memberi bantuan. Saya akan cuba memanjangkan isu ini ke peringkat Parlimen dan kementerian yang berkaitan bagi menuntut hak kepada mereka yang berhak,” katanya sebelum beredar menuju ke kenderaannya semula.

Sangkakala rasa ayat yang dilontarkan oleh Din Pudu ni cuma ayat untuk coverline je sebab dah malu dengan sambutan penduduk setempat.

Sangkakala ucapkan tahniah kepada Ketua Umno Cawangan Skudai Kiri 2, Mohd Sultan Abdul Rahim yang berkata, kehadiran Salahuddin memang tidak dapat diterima, apatah lagi Pas tidak mempunyai cawangannya di kampung tersebut.

Malah dakwanya, dokumen memorandum penduduk yang dibawa Suhaizan juga adalah salinan kepada apa yang telah disuarakan mereka selama ini.

“Bagi saya kehadiran mereka (Salahuddin dan Suhaizan) hanya menyemak di sini. Isu yang cuba dibawa juga telah kami perjuangkan sejak tahun 2003 lagi.

“Kami yang membawa segala bentuk tuntutan penduduk Skudai Kiri kepada Ahli Parlimen, Datuk Nur Jazlan Mohamed dan Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman. Tiba-tiba orang Pas datang dan kata mahu perjuangkan nasib penduduk," katanya.

Sementara itu, bekas ketua kampung, Mohamed Ibrahim berkata, segelintir penduduk tidak faham dan tidak sabar dengan permohonan yang dibuat, lalu mewujudkan laluan kepada orang luar untuk mengambil kesempatan.

Katanya, segala permohonan yang dibuat itu perlu melalui prosedur dan protokol yang ditetapkan.

“Sebagai contoh, kawasan yang ditambak di bahagian belakang bukan sebahagian daripada kampung itu tetapi adalah milik Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ).

"Namun, kontraktor datang memberi pampasan, malah laluan sungai untuk kegunaan nelayan juga telah diusahakan,” katanya.

Tiada ulasan: