Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah membayangkan bahawa pilihan raya ke 13 boleh diadakan bila-bila masa mulai sekarang. Beliau menyeru agar semua jentera parti bersiap sedia untuk menghadapi satu pihan raya yang hebat dan sengit.
“Tun Dr Mahathir juga berpendapat bahawa PRU 13 wajar diadakan dalam masa tedekat memandangkan sokongan rakyat terhadap kerajaan sekarang berada pada tahap yang baik.” beliau berkata demikian selepas sambutan Hari Pengasasan Ke 28 Universiti Utara Malaysia hari ini.Parti pembangkang juga dilihat semakin giat berkempen dan berdemontrasi saban minggu untuk megurangkan kepercayaan rakyat terhadap kerajaan. Kebelakangan ini boleh dikatakan setiap hujung minggu sekurang-kurangnya satu demotrasi diadakan di ibukota Kuala Lumpur.
Pakatan Pembangkang dilihat menggunakan setiap inci peluang yang ada samada di media maya, di pentas awam untuk memburukkan pentadbiran kerajaan.
Anak-anak muda juga sama naik mengkritik pentadbiran kerajaan terutama dalam isu harga minyak dan ptptn. Mengutuk pentadbiran kerajaan bermakna mereka mengutuk saudara mara mereka sendiri. Anak-anak di universiti yang masih daif pemikirannya harus ingat bahawa abang-abang senior mereka yang sama menuntut di universiti dengan pinjaman ptptn dan biasiswa yang sama, mereka lah yang menjalankan tugas dan memikul tanggung jawab untuk mensejahterakan rakyat dengan pelbagai perancangan dan polisi yang mereka ilhamkan.
Anak-anak muda diminta supaya berfikiran positif , kreatif dan kritis dalam memproses maklumat. Jangan mudah terpedaya dengan janji-janji manis pihak pembangakang yang seumpama janji syurga oleh Si Dajjal.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan