Khamis, 5 April 2012

MAHFUZ BOLEH BUKTIKAN TAK PERLU TUNGGU SURUHANJAYA DIRAJA

Ahli parlimen Pokok sena tidak perlu menunggu Suruhanjaya Diraja ditubuhkan jika benar beliau mempunyai bukti yang mengatakan bahawa wujudnya taskforce yang memainkan peranan dalam memberi kerakytan kepada warga asing di negara ini.

Jelas menunjukkan bahawa Mahfuz sengaja mencipta isu berupa fitnah kepada kepimpinan kerajaan.

Timbalan Pengerusi Pilihanraya, Datuk wan Ahmad Wan Omar menafikan sekeras-kerasnya dakwaan yang dibuat oleh Mahfuz. turut sama dikaitkan ialah Setiausaha Majlis Keselamatan Negara Datuk Mohamad Tajhudeen Abdul Wahab.

Mungkin Mahfuz sudah ketandusan idea hingga sanggup mengatakan bahawa terdapat "taskforce" yang menjalankan kerja-kerja seperti itu.

Jika benar seperti yang didakwa oleh beliau, mengapa beliau tidak bertindak untuk melaporkan sahaja perkara tersebut kepada pihak berkuasa untuk menjalankan sisatan? Kenapa perlu untuk menubuhkan suruhanjaya diraja dalam menangani perkara tersebut? ini jelas menunjukkan behawa Pakatan Haram kini dirundung rasa resah gelisah setelah mendapati pengikut-pengikut mereka makin berkurangan dan sokongan terhadap mereka semakin pudar.

Mahfuz mungkin bertindak begitu untuk menangguhkan pilihanraya yang dikatakan oleh sesetengah pihak semakin hampir. Dengan menubuhkan Suruhanjaya Diraja, maka pilihanraya tidak dapat dijalankan selagi kertas siasatan belum lagi selesai. dan bila keratas siasatan hampir selesai pakatan haram yang diterajui oleh Anwar Ibrahim akan mencipta cerita baru pula dalam usaha mengaburi mata rakyat serta pengundi.

Sudah-sudah le Mahfuz, simpan saja lah fitnah sebegitu, rakyat kini sudah dapat menilai siapa dan apa itu Pakatan Haram dan semestinya kali ini Pakatan Haram akan tersungkur menyembah bumi.

Tiada ulasan: