Pada hari ini di Masjid Negeri Shah Alam telah tersebar risalah-risalah yang dikatakan fitnah terhadap Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) bahawa mereka akan melakukan satu demonstrasi pada hari ini bagi menentang Kerajaan Negeri Selangor.
Setiausaha SMM, Haziq Abdullah Abdul Aziz berkata, tuduhan yang dilemparkan adalah tidak berasas sama sekali memandangkan SMM mengagumi pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor yang mesra rakyat, telus, cekap dan beramanah.
Tambahan lagi, ujarnya kerajaan negeri Selangor adalah antara kerajaan negeri yang terawal menyahut seruan Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik yang dibawa oleh SMM dan isytihar bahawa Selangor negeri bebas AUKU.
“SMM menafikan fitnah yang dilemparkan dan mengutuk tindakan mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab.
“SMM menolak politik fitnah dan politik samseng yang semakin menjadi-jadi dalam negara,” tegasnya dalam satu kenyataan.
Tegasnya lagi, SMM yakin bahawa fitnah itu dibuat oleh pihak yang merasa tergugat dengan gerakan mahasiswa dan demonstrasi 14 April ini yang akan diadakan di Dataran Merdeka jam 2 petang.
“Walau apa fitnah dan tekanan ke atas SMM, demonstrasi 14 April ini tetap akan berjalan dan SMM komited untuk bersama Bersih 3.0 pada 28 April ini,” ujarnya.
Apa yang peliknya, kenapa SMM tidak memperjuangkan hak pelajar-pelajar di UNISEL? Adakah mereka itu bukan dikalangan rakyat atau penuntut-penuntut tempatan? Adakah mereka ini mendapat dana dari kerajaan Pakatan Haram hingga tangan terikat kelangit, kaki terpasung kebumi untuk menuntut hak pelajar-pelajar di UNISEL?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan