Jumaat, 6 April 2012

AHLI PKR BENCIKAN AZMIN ALI

Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali yang terpalit dengan pelbagai dakwaan termasuk kisah kontroversi isterinya, Shamsidar Taharin bakal berdepan gelombang penolakan yang lebih besar daripada pemimpin akar umbi PKR selepas ini.

Beberapa bekas pemimpin parti tersebut juga percaya tempias gelombang penolakan berkenaan akan turut melanda Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana Ketua Umum PKR itu sendiri berdepan dengan pelbagai masalah moral yang sehingga kini gagal dijawab secara konkrit.

Bagaimanapun, bekas peguam Anwar yang juga Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin berkata, beliau yakin Azmin tidak akan menjawab segala desakan daripada pemimpin akar umbi PKR, sebaliknya pihak yang mempersoal perkara itu bakal dipecat.

"Sebenarnya gelombang penolakan terhadap Azmin ini sudah lama berlaku sebab itu kita lihat Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi, Datuk Zaid Ibrahim bertindak menentang beliau pada pemilihan PKR yang lalu. Zaid berbuat demikian kerana beliau mendapat sokongan dan mereka yang menyokong adalah akar umbi.

sumber dari Utusan

Kesian Azmin, rupanya ahli PKR tak berapa suka pada dia.

Tiada ulasan: