Naib Presiden PAS ini mungkin agaknya separuh gila atau pun sudah gila ekoran dari kenyataan beliau berkenaan Datuk Seri Shahrizat yang telah menyatakan bahawa beliau tidak agi berminat untuk menjadi menteri setelah habis tempoh penggal senator beliau.
Ini berikutan kenyataan beliau yang masih lagi menempelak Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia itu dan kali ini beliau cuba untuk membabitkan datuk Kamilia pula selaku Naib ketua pergerakan tersebut yang kononnya menyatakan bahawa Shahrizat pembawa penyakit berjangkit.
Beliau juga berkata bahawa Kamilia ada menyatakan bahawa jika Sahhrizat masih lagi memegang jawatan Ketua Pergerakan Wanita maka pergerakan itu mendapat malu dengan gelaran wanita UMNO sebagai lembu dan sebagainya.
Mahfuz kena memandang satu lagi sudut dimana, Anwar Ibrahim pernah ditahan serta dipenjarakan akibat dari kesalahan beliau meliwat Sukma dan Azizan satu masa dulu. Jadi kini apabila Ketua Pembangkang itu memegang jawatan Ketua Umum Keadilan maka boleh dikatakan bahawa PKR itu adalah parti peliwat dan sudah tebtunya itu yang cuba diperkatakan oleh Mahfuz.
Timbalan Presiden PAS (Mat Sabu) sendiri pernah ditangkap khalwat dan pasangan beliau menuntut cerai dari suaminya dan seterusnya menjadi isteri kepada kepada beliau dan bolehlah rakyat mengatakan bahawa PAS adalah parti khalwat.
Sudah-sudah le tu Mahfuz, jangan le meroyan sangat, nanti sendiri dapat malu. Sikit hari lagi Mahfuz akan menadapat malu yang amat besar hingga mungkin beliau akan melarikan diri setelah Sangkakala dedahkan sesuatu berkenaan dengan PAS.
Kita tunggu saja cerita yang akan Sangkakala dedahkan sikit hari lagi.
1 ulasan:
Assalamualaikum,
Jangan hanya dek imbuhan wang yang tak seberapa dan posisi jawatan yang sementara,anda sanggup menyebarkan berita yang belum pasti kebenarannya.Bayangkanlah bagaimana mungkin anda menyuapkan hasil dari sumber yang menjijikkan ini ke mulut ahli keluarga anda.Bersegeralah untuk bertaubat dan hadirkanlah diri ke majlis-majlis ilmu supaya diberikan panduan untuk anda melihat dengan mata hati yang mana satu kebenaran dan yang mana satu kebatilan.
Catat Ulasan