Rabu, 4 April 2012

SAMAD SAID TAKKAN MAMPU UNTUK KAWAL

Dengar cerita BERSIH 3 akan diadakan pada 28 April ni, dan kali ni dengan slogan bantah duduk. Himpunan ini dikatakan sebagai kesinambungan kepada himpunan BERSIH 2 yang ternyata telah berjaya mengotorkan Bandaraya Kuala Lumpur dengan sampah sarap.

A. Samad Said selaku salah seorang penganjur BERSIH 3 mengatakan bahawa himpunan ini akan dilakukan secara duduk oleh peserta.

Persoalannya, mampukah Samad Said untuk mengawal setiap peserta daripada membuat kecoh sepertimana yang telah terjadi pada himpunan sebelum ini. Samad Said yang dikenali sebagai seorang sasterawan ternyata tidak bijak apabila membiarkan diri beliau dibelenggu oleh politik Anwar Ibrahim.

Kenapa Sangkakala katakan begitu? kita tau bahawa umur Samad telah membolehkan beliau mengundi dalam PRU lebih dari 5 kali. Setiap kali pilihanraya itu telah diterajui oleh Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia. Tapi kenapa sekarang baru beliau beriya-iya mengatakan bahawa sistem pilihanraya negara ini tidak bersih? Atau beliau dijanjikan sesuatu oleh Anwar serta pemimpin Pakatan Haram? Atau mungkin juga beliau menerima sesuatu demi untuk menerbitkan buku-buku sastera?

Jawapan kepada ini semua ada pada tangan sasterawan yang dulu dikenali dan dihormati oleh semua lapisan masyarakat tetapi kini ianya seperti ada tembok pemisah. Tembok pemisah ini sebenarnya dicipta sendiri oleh Samad setelah beliau turut sama menyertai himpunan BERSIH 2 dahulu.

Sepatutnya Samad yang begitu bijak dan cerdik tidak sesekali membiarkan diri beliau tebabit dalam himpunan yang merosakkan kredibiliti beliau sebagai seorang yang berkelulusan tinggi dan dihormati.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

apabila terjadinya sangkakala...bumi akan hancur maka kehidupan yang abadi pun bermula dengan amalan mula dipertimbangkan.

begitu juga dengan sasterawan kita...kiamat kecil mula melanda fikiran dan mencari kehidupan yang abadi pun bermula untuk bekalan hari amalan dipertimbangkan.

tak usah lu nak pertikaikan sasterawan negara yang ingin mencari kebaiakan untuk hari amalan dipertimbangkan jika lu sendiri tak faham apa erti sebenar sangkakala.

jangan dicemuhi RAKYAT dengan lontaran propaganda lu jika lu sendiri takut akan sangkakala dalam fikiran lu.

lu banyak bangang la...kakakaka