Ahad, 15 April 2012

HIMPUNAN MAHASISWA DIBERI TAJAAN

Semalam telah diadakan satu himpunan oleh mahasiswa Malaysia yang kononnya mengatakan bahawa mereka memperjuangkan hak mahasiswa dalam pinjaman PTPTN.

Apa yang menghairankan Sangkakala ialah, mahasiswa ini sebenarnya tidak konsisten dalam perjuangan mereka. Mereka ini lebih terikut-ikut dengan cara pembangkang yang lebih suka mempergunakan sesetengah individu untuk kepentingan diri sendiri.

Sangkakala katakan begitu apa bila Sangkakala melihat dari awal lagi tentang mahasiswa ini, pada permulaannya mereka menentang AUKU, hinggalah terjadinya kisah penurunan bendera gambar Perdana Menteri di PWTC dan Adam Adli diangkat menjadi ikon.

Setelah kejadian tersebut berlaku, mahasiswa ini telah mengadakan himpunan pula di UPSI untuk menuntut perkara yang sama.

Dikala AUKU masih dalam perundingan di peringkat kepimpinan, kini Adam Adli membawa kepada pelbagai masalah kemasyarakatan, seperti kes di kg Kerinchi baru-baru ini hingga menyebabkan terjadi kes pukul memukul diantara penduduk dengan Adam Adli.

Kini mahasiswa ini cuba mengalih perhatian dengan membawa pula PTPTN hinggalah membawa pula kepada himpunan semalam di Kotaraya Kuala Lumpur.

Sangkakala melihat perkara ini ada kaitan dengan sesetengah pihak yang cuba untuk mempergunakan mahasiswa ini demi kepentingan mereka semata-mata, tapi adakah mereka ini tidak mampu untuk berfikir secara matang?

Seperti himpunan semalam, mahasiswa ini membawa gambar Perdana Menteri yang dikalungkan dengan bunga malai tetapi ianya adalah bunga malai untuk upacara kematian, adakah ini lambang mereka memperjuangkan mahasiswa tanpa campur tangan politik?

Mahasiswa hari ini perlu memikirkan apa yang akan mereka perolehi di masa akan datang, bukan dengan cara menunjuk perasaan tidak puas hati dengan apa yang telah mereka sendiri persetujui seperti didalam perjanjian PTPTN.

Kepada adik-adik di luar sana, Sangkakala memikirkan adalah anda semua belajar hingga benar-benar berjaya, janganlah kerana sesetengah pihak kita sanggup menjadi balaci mereka dan menggadai masa depan yang mana ianya adalah harapan dari orang tua kita. Mereka bertungkus lumus dalam memastikan kamu semua sampai ke menara gading dan janganlah ini menjadi mimpi ngeri kepada mereka.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tlg perjuangkan sekali..wang bailout tajuddin ramli-rm589j..pnjmn NFC Rm250j di salahguna..bailout kmpln renong...dptkan smula duit tu dan beri semula pada rakyat...hapuskan rasuah...jgn hny nmpk rasuah pd ikan bilis sahaja..sdgkan rasuah ikan jerung ditutup...hormati pemimpin2 yg dipilih rakyat...berckp biar ada fakta bkn auta...rakyat 2012 semakin matang...bkn mcm tahun 1957 dahulu...

Tanpa Nama berkata...

Terlalu banyak fitnah dalam blog ini. Sila berikan fakta yang jelas dan tepat serta bukti2 bila menulis sesuatu isu. Jangan hanya menjilat dan mencacai bila menulis.

Tanpa Nama berkata...

huh...bila puak ko kena hentam korang minta fakta bagai... tapi puak korang menhentam, bapak segala auta korang guna pakai....dah la.. toksah belagak mcm pandai ... korang ni disuapkan dengan pekra benar pun tetap akan bebal.. dok nampak sebelah Pakatan haram ni jugak yang betul...

jawaselatan berkata...

assalam. Anonymous 14/4/2012 8.31pm. Kerajaan PR selangor beli hutang Talam Coporation RM 392m. apa cte.