Jumaat, 6 April 2012

SATU LAGI KUNCU PAKATAN HARAM AKAN MENUNJUKKAN KEBODOHAN MEREKA

Satu lagi kuncu Pakatan Haram akan menunjukkan kebodohan mereka. Parti Sosialis Malaysia yang akan menjadi hero bagi penduduk Cameron Highland mengatakan bahawa mereka akan membawa penduduk yang bermasalah di kawasan tanah tinggi itu dan berkampung di hadapan Pejabat Perdana Menteri.

Mereka mendakwa bahawa mereka adalah rakyat marhaen yang tertindas di kawasan tersebut. Isu-isu tersebut berbentuk begini:
  • Empat isu petani bertani selama 40 tahun tetapi tiada lesen TOL dari Blue Valley, Cameron.
  • Satu isu kawasan rumah didakwa diberi kepada kroni BN walaupun sudah 42 tahun menetap di sana dari Ringlet, Cameron.
  • Sepasang suami isteri tiada rumah/tanah untuk berpindah dari Kuala Terla, Cameron. Sudah memohon lebih 30 tahun tetapi tiada jawapan dari Pejabat Daerah Cameron.
  • Satu kes permohonan gerai ditolak dan kemudian kawasan yang sama yang lebih besar diberi kepada orang lain dari Blue Valley, Cameron.
  • Satu kes permohonan oleh ibu tunggal yang diberi harapan palsu untuk membina gerai dan kemudian gerainya diroboh dari Blue Valley, Cameron
  • Dua kes pemilik gerai kecil dari Kea Farm, Cameron yang gerai mereka akan diroboh oleh Pejabat Daerah untuk beri laluan kepada pemaju swasta.
"Ini adalah satu perjuangan rakyat marhaen dari Cameron Highland yang sudah muak menunggu kerajaan bertindak terhadap isu-isu mereka. Mereka akan datang ke Putrajaya," kata Setiausaha Agung PSM, S Arutchelvan.

Kalau kita kesemua yang tertera diatas, apa yang dapat kita lihat ialah masalah yang melibatkan kerajaan negeri, bukannya kerajaan pusat, jadi untuk apa mereka pergi berhimpun dan berkumpul di hadapan pejabat Perdana Menteri hingga mengatakan mereka hanya akan berganjak apa bila mendapat kata putus dari Perdana Menteri sendiri.

Nampak sangat kebodohan PSM dalam menangani isu-isu tersebut, sepatutnya mereka pergi berjumpa atau mengadu kepada Menteri Besar Pahang dan meminta penjelasan serta pertolongan.

Ini rupa setiausaha agung PSM? Tak tahu saluran yang mana hendak digunakan hingga melihatkan bahawa beliau amat bodoh, dan Sangkakala pelik kenapa penduduk Cameron Highland sendiri tidak pergi berjumpa dengan Menteri Besar dan meminta penjelasan? Kenapa perlu menggunakan orang yang tidak tahu saluran macam Setiausaha Agung PSM tu?

Fikir-fikirkan lah semua ye.

Tiada ulasan: