Khamis, 5 April 2012

MAZLAN ALIMAN TIADA PENYOKONG

Pengerusi ANAK, saudara Mazlan Aliman sebenarnya tidak mempunyai penyokong untuk menggagalkan rancangan Felda Global Ventures disenaraikan di Bursa Saham Malaysia. Sangkakala mendapat berita ini dari pada salah seorang rakan yang juga merupakan anak kelahiran Felda. Beliau sendiri mengatakan bahawa dengan penyenaraian tersebut maka ianya akan lebih menuntungkan peneroka berbanding dengan pendapatan yang diperolehi sekarang.

"saya tak tau kenapa Mazlan Aliman seperti orang gila dan beriya-iya sangat membangkang penyenaraian tersebut", kata beliau semasa berjumpa dengan Sangkakala kelmarin.

Rakan Sangkakala juga berkata, cumaada beberapa orang sahaja yang bertindak untuk menghalang penyenaraian tersebut dan kini mereka menghasut peneroka supaya mengikut mereka.

Apabila Sangkakala bertanya adakah beliau bersetuju dengan penyenaraian itu, beliau berkata kami anak-anak Felda memang menunggu saat tersebut kerana untuk pengetahuan, duit KPF sehingga kini tidak diguna pakai dan adalah lebih baik jika ianya dilaburkan demi untuk menambah pendapatan peneroka.

Beliau juga berkata, Mazlan Aliman satu hari nanti akan terpinggir akibat dari perbuatannya yang boleh dikatakan mengkhianati peneroka-peneroka Felda dengan cara memberikan maklumat yang salah kepada peneroka.

Beliau juga meminta supaya kerajaan mempercepatkan proses penyenaraian tersebut berikutan beliau merasakan adalah tidak adil jika kerajaan melambat-lambatkan usaha itu hanya semata-mata orang yang tidak sedar diri seperti Mazlan Aliman, beliau juga memberitahu Sangkakala bahawa beliau dan rakan-rakan lain akan terus bersama-sama Felda kerana beliau merasakan jasa yang telah diberikan oleh Felda kepada beliau serta keluarga tidak dapat dibalas atau dibayar dengan wang ringgit, apatah lagi kini Felda dalam usaha untuk menambah pendapatan mereka sekeluarga.

Tiada ulasan: