Isnin, 18 Mac 2013

SEKALI HASAN ALI SWING PAS JATUH TERGULING @ZambryAbdKadir @tunfaisal @azwanbro @hairul_own

Bekas EXCO kerajaan Selangor, Datuk Hasan Ali berkata bahawa rakyat perlu menolak PAS dalam pilihanraya akan datang.

Ini menurut beliau PAS tidak lagi mengikut landasan yang sebenar seperti dahulu kerana terlalu mengikut kehendak PKR dan DAP serta nafsu untuk memegang jawatan.

Beliau berkata begitu dalam satu sesi penerangan di pejabat UMNO negeri Perak petang tadi.

Nampaknya Datuk Hasan Ali memang dah swing 360 darjah yang membuatkan PAS jatuh sambil berpusing pusing.

Kenyataan tersebut perlu dijadikan iktibar oleh para penyokong PAS khususnya di negeri Perak.

Sedangkan orang yang begitu taksub dengan PAS satu masa dulu dan pernah memegang jawatan didalam PAS akhirnya ditendang seumpama bola ditengah padang.

Hasan Ali dibuang hanya kerana beliau menjalankan tugas sebagai EXCO yang dipertanggungjawabkan kepada beliau oleh kerajaan negeri dan kerana tangan hitam yang mengganggu, maka beliau dikeluarkan hanya kerana bertindak untuk menegakkan kebenaran Islam.

Begitu juga dengan Ustaz Nasha yang pernah menjadi 'ulul amri di dalam PAS dan pernah memegang jawatan Timbalan Preisden juga di tendang keluar hanya kerana melawat Gaza bersama Perdana Menteri.

Ini semua akibat daripada seperti yang dikatakan oleh Hasan Ali, PAS kini lebih bernafsu untuk menjadi pemerintah dan memegang jawatan dalam kerajaan hingga lupa dengan jalan asal mereka.

Untuk bacaan lanjut sila klik

http://bit.ly/YC5gWn


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: