Khamis, 28 Mac 2013

#lahaddatu PAKCIK NI APA HAL PULAK ???

Semangat pakcik ini amat tingg, mungkin beliau mengimbas kembali zaman penjajahan British dan kemasukan tentera Jepun dan zaman keganasan komunis di tanah air.

Atas semangat keberanian beliau dan juga rakan rakan seperjuangan di seluruh negara, maka negara ini bebas dari di belenggu oleh kekejaman tentera Jepun dan kesusahan semasa dalam pemerintahan komunis selama 14 hari satu ketika dulu.

Namun adakah semangat ini kembali menyemarak di dalam batang tubuh anak ank muda kini? Atau mereka hanya berpeluk tubuh membiarkan sahaja apa yang terjadi biarkan terjadi.

Dalam kejadian di Lahad Datu baru baru ini, telah terbukti bahawa anak muda dalam negara tidak begitu, telah terlakar dalam lipatan sejarah pada 1 March 2013, ada anak Malaysia yang terkorban akibat daripada pertempuran dengan pengganas dalam kes pencerobohan di Lahad Datu.



Semangat itu tidak luntur dari dalam diri setiap anak Malaysia yang begitu cintakan tanah air.

Sangkakala amat yakin bahawa setiap daripada anak anak kelahiran negara ini akaj mempertahankan tanah air yang tercinta daripada di aibkan oleh bangsa dari negara luar dan ini tidak akan terjadi sama sekali.

Semangat yang di tunjukkan oleh para anggota keselamatan di Lahad Datu menjadi batu pengukur dimana mereka yang berjuang tidak mengira tentang nyawa mereka yang boleh melayang pada bila bila masa demi untuk menjaga tanah air ini.