Sabtu, 23 Mac 2013

MAJLIS MAKAN MALAM UMB PERAK BERSAMA PENGERUSI UMB @ZambryAbdKadir @tunfaisal @azwanbro @hairul_own

Majlis makan malam diantara Unit Media Baru negeri Perak diadakan di restoran Nasi Ayam Kampung Ipoh.

Majlis makan malam yang diadakan secara santai dihadiri oleh 26 orang ahli UMB Perak.

Ucapan yang disampaikan oleh Pengerusi UMB Perak, saudara Hairul yang memberikan laporan bahawa UMB Perak kini dalam perancangan untuk bekerjasama dengan warroom negeri dan UMB Perak akan memberikan kerjasama bagi memastikan kemenangan kerajaan Barisan Nasional.

Satu lagi perkhabaran yang diberikan oleh saudara Hairul ialah Com Centre UMB Perak yang kini sudah hampir siap sepenuhnya dan boleh diduduki dalam masa 2 ke 3 hari lagi.

Dalam ucapan Pengerusi UMB Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Tun Faisal Ismail mengucapkan terima kasih kepada Pengerusi UMB negeri dan semua yang hadir pada malam ini.

Beliau mengucapkan syukur karana pada hari ini dapat bertemu sekali lagi selepas perhimpunan BNYCT di The Curve Damansara Kuala Lumpur.

Semasa tahun 2008 kita amat ketinggalan dalam media baru, dan kursus yang pertama diadakan di Janda Baik pada masa itu barulah media sosial digunapakai dengan meluas.

Kalau dulu cybertrooper Barisan Nasional tidak menggunakan gajet yang canggih, yang ada pada masa itu cumalah handphone Nokia dan boleh dikatakan semua cybertrooper menggunakan peralatan yang tidak canggih seperti hari ini.

Tun Faisal memberikan nasihat kepada semua jentera UMB Perak akan bersatu kerana sejak akhir akhir ini UMB Perak diserang oleh pihak tertentu dan beliau amat yakin dengan kepimpinan saudara Hairul selaku Pengerusi UMB Perak semua jentera UMB Perak akan bersatu.

Beliau juga mengatakan bahawa pada permulaannya, UMB Perak tidak mempunyai bajet kerana Perak bukanlah negeri kalah dan bajet yang ada hanyalah untuk negeri yang kalah.

Beliau juga mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada blogger TaipingMali yang boleh dianggap sebagai orang lama dalam media sosial.

Walau pun masih baru, beliau mengatakan bahawa UMB Perak telah menunjukkan komitmen yang tinggi.

Tugas UMB Perak yang paling penting ialah memastikan setiap program yang dijalankan oleh kerajaan dari semasa ke semasa.

Beliau juga berharap semua UMB Perak akan bersatu dibawah kepimpinan saudara Hairul dan jangan lagi menoleh ke belakang dalam usaha untuk membantu kerajaan.

Dalam menyampaikan rasa penghargaan diatas segala usaha dan kerja keras, UMB telah memberikan cendera mata kepada blogger TaipingMali berbentuk sebuah. handphone BlackBerry.

Beliau juga diminta untuk memberikan sepatah dua kata sebagai azimat kepada cybertrooper UMB memandangkan beliau adalah penggiat media lama.

Beliau kini dalam usaha untuk membuka sebuah comcentre di kawasan Bukit Gantang dan Taiping.

Beliau juga berkata bahawa beliau akan memberikan kerjasama kepada semua jentera cybertrooper UMB Perak.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: