Selasa, 19 Mac 2013

DR ASRI GANTI MANSOR TKM1 DI PULAU PINANG

Datuk Mansor Othman, Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang secara terang terngan ditolak oleh Anwar Ibrahim.

Perkara ini jelas kelihatan apabila Anwar Ibrahim sendiri telah menawarkan kerusi Timbalan Ketua Menteri tersebut kepada Dr Asri, bekas mufti negeri Perlis.

Namun setelah tawaran dibuat, Dr Asri menolak kerana tidak berminat dengan politik.

Atau Dr Asri memang tidak berkenan dengan politik pembangkang uyang penuh dengan onar dan keaiban.

Berbalik kepada Mansor Othman, rasanya setelah beliau mengeluarkan beberapa kenyataan yang menghentam kepimpinan Ketua Menteri.

Dalam kata lain, Mansor perlu bersiap sedia untuk di letakkan ketepi.

Sudah menjadi sikap Anwar tidak menghormati orang lain apatah lagi menjaga sensitiviti dalam menjaga air muka orang lain.

Seperti Mansor, beliau juga berjuang bersama sama dengan PKR sudah agak lama, tetapi sekelip mata beliau akan diturunkan dari kerusi tersebut.

Walaupun Dr Asri tidak menerima perlawaan PKR untuk menjadi calon tersebut, ini tidak bermakna beliau akan kekal sebagai Timbalan Ketua Menteri.

Tidak mustahil akan ada calon lain yang akan menduduki kerusi tersebut selepas pilihanraya nanti dan ini boleh dikatakan pasti kerana sudah jelas terbukti apabila PKR menawarkan kerusi tersebut kepada Dr Asri.

Jadi perlukah lagi Mansor menyertai PKR? Dimana maruah beliau sebagai orang tua dan pemimpin?

Kita sama sama nantikan apa akan jadi seterusnya.




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: