Rabu, 20 Mac 2013

NIZAR LANGGAR KATA ANWAR IBRAHIM @ZambryAbdKadir @tunfaisal @azwanbro @hairul_own

Kenyataan bekas Menteri Besar Perak, Nizar Jamaluddin dilihat seperti derhaka terhadap ketua umum PKR, Anwar Ibrahim.

Beliau mengumumkan bahawa beliau akan bertanding di DUN Changkat Jering yang mana sebelum ini dikuasai oleh PKR dan calon mereka sebelum ini disandang oleh YB Osman Jailu.

Oleh kerana tidak berpuas hati dengan pentadbiran kerajaan Pakatan Pembangkang selama 11 bulan maka Osman bertindak keluar parti dan menjadi ADUN bebas yang menyokong Barisan Nasional.

Setelah melihat beberapa tempat Anwar mengumumkan calon Pakatan, maka Nizar mengambil keputusan drastik yang mana beliau akan bertanding di kawasan tersebut dan meninggalkan kawasan beliau yang sedia ada di Pasir Panjang.

Yang menjadi persoalannya ialah, kenapa Nizar mahu bertanding di Changkat Jering sedangkan beliau memenangi kerusi DUN Pasir Panjang?

Adakah beliau sememangnya bermasalah di kawasan beliau sendiri dan kini mula beralih arah?

Seperti kata para pengundi di parlimen Bukit Gantang, Nizar dilihat tidak menjalankan amanah yang dipertanggungjawabkan kepada beliau selaku ahli parlimen kerana sibik menabur fitanh terhadap UMNO dan Barisan Nasional dan yang menjadi mangsa fitnah beliau ialah YAB Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abd Kadir.

Pelbagai tohmahan dan cacian dilemparkan kepada YAB Menteri Besar namun semua yang diperkatakan oleh beliau dapat dihidu sebagai satu pembohongan oleh rakyat dalam negeri Perak.

Seperti biasa, Nizar sibuk untuk mengejar semula jawatan beliau sebagai Menteri Besar Perak dan ini membuatkan kawasan beliau terabai.

Jika bertanding di Changkat Jering, adakah beliau mendapat restu dari Anwar? Semua ahli PKR mengetahui bahawa kerusi DUN tersebut milik PKR dan sudah ada ura ura bahawa PKR akan meletakkan calon mereka di situ.

Mungkinkah juga akan ada pertandingan 3 penjuru sepertimana yang bakal terjadi di Bagan Serai dimana ahli PAS menginkankan calon PAS diletakkan tetapi Anwar tetap meletakkan calon PKR di kawasan tersebut yang membuatkan para pengundi dari kalangan PAS berasa tidak puas hati.

Jelas kita lihat disini bahawa Nizar memang kaki mengacau tidak kira dimana mana sekalipun, baik didalam parti sendiri mahupun parti lawan.

Orang sebegini sememangnya tidak layak untuk memimpin sebuah negeri, kawasan atau apa apa sahaja.


pssttt..buat semak je orang macam ni..


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: