Sabtu, 16 Mac 2013

PAS BUNUH KARIER POLITIK ANWAR DENGAN GAMBAR PORNO

Semua tak sangka apabila satu lagi kisah yang mengaitkan ketua pembangkang dengan salah laku biasa beliau.

Tapi kalau dulu, media milik pakatan pembangkang akan mengatakan bahawa perkara tersebut tidak benar dan diikuti pula dengan kenyataan kenyataan pemimpin mereka yang menyangkal tuduhan tuduhan tersebut.

Tapi semalam dikhabarkan perkara sebaliknya berlaku apabila gambar yang dikatakan mirip kepada ketua pembangkang tersebut bermesra dengan seorang lelaki didalam bilik didedahkan oleh portal berita milik PAS.

Yang lebih mengejutkan lagi ialah, portal tersebut adalah portal pertama yang mengeluarkan gambar mirip pemimpin itu di laman mereka.

Apakah ada konspirasi untuk menjatuhkan Anwar Ibrahim oleh PAS kerana semua orang maklum bahawa sekiranya berita begini keluar, maka yang akan menjadi sasaran pembangkang ialah UMNO dan Barisan Nasional.

Tanpe merujuk kepada mana mana individu termasuk Anwar Ibrahim sendiri, portal HarakahDaily menyiarkan gambar tersebut didalam portal mereka dan ini sudah tentu membuatkan Anwar berasa marah yang amat sangat.

Hari ini pula, berita tersebut telah ditarik semula atau dipadamkan dan adakah ianya kerana telah diketahui oleh umu dan ramai para blogger mengambil berita ini untuk dijadikan berita hangat?

Mungkin ramai yang akan mengatakan bahawa ini konspirasi UMNO dan Barisan Nasional, namun perlu di ingat, bagaimana portal berita tersebut boleh memiliki gambar yang dikatakan Anwar Ibrahim didalam simpanan mereka?

Dalam muktamar PAS yang lalu, ada usul dari pihak PAS yang menginginkan Hadi Awang menjadi Perdana Menteri kerana sifat beliau yang dilihat tidak melayakkan dirinya untuk menjadi pemimpin negara.

Tidak mustahil juga sekiranya PAS melakukan segala onar ini untuk menjatuhkan Anwar demi keutuhan politik mereka dan mereka sedar sekiranya mereka mengeluarkan gambar tersebut, yang akan di persalahkan ialah UMNO dan Barisan Nasional.

Cuba cuba kita fikirkan perkara ini sebelum PRU dijalankan.




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: